Kehidupan itu pasti bakal melalui pelbagai fasa, daripada kecil, dewasa hingga menjadi warga emas. Emas yang mendalam maknanya. Semakin bertambah usia, seharusnya semakin 'cerah' cara pemikiran kita. Lebih dewasa, jua meletakkan rasional di depan emosi.
Selesai sudah zaman pembelajaran saya di segala peringkat sekolah. Beralih pada fasa 'percutian' selepas graduasi. Mungkin ramai yang meletakkan ia sebagai fasa 'menanam anggur' mewakili diri mereka yang officially unemployed, tapi saya fikir mereka silap.
Selagi mana kita bergerak melakukan pelbagai kerja, termasuk kerja-kerja rumah seperti mengemas dan membantu ibu ayah, itu tidak dikira menganggur. Kan?
Fasa selepas graduasi juga adalah satu tarbiyah (didikan) buat seorang insan. Jika mereka merasa bosan duduk 'bercuti' di rumah, bosan itu juga satu tarbiyah. Itulah indahnya Islam. Tinggal lagi untuk seorang insan sama ada mahu mengutip pesanan-pesanan daripada Penaja alam tempat tinggal sementara kita ini.
Tamat pembelajaran, Ibu berpesan, duduk-duduk lah dahulu di rumah sebulan dua, usahlah bekerja. Saya, sebagai anak muda yang ada kalanya teringin hati menjengah dunia perkerjaan selepas tamat belajar, agak mempersoalkan permintaan itu pada mulanya. Namun hakikat redha Allah adalah pada redha ibu bapa, hati merasa tenang semula.
Tidak saya sangka Allah hadiahkan percutian yang sangat menDEWASAkan diri saya sebagai wanita, sebagai insan, seorang hamba jua sebagai seorang anak dan kakak kepada adik-adik. Hadiah yang saya kira paling bermakna dalam pengalaman kehidupan.
"Fasa komitmen sepenuhnya di rumah selepas graduasi, memberi tarbiyah yang sangat menDEWASAkan. Terima kasih Allah untuk pengalaman yang ada kalanya pedih tetapi sangat indah dan mantap. This is BAITI JANNATI!"
Saya seorang yang sangat-sangat banyak kekurangan jika kita menyebut perkataan 'rumah' sebelum ini. Lemah serba serbi agaknya. Alhamdulillah, Allah memantapkan jiwa dan perbaiki amalan saya melalui tarbiyah pasca graduasi. Allahuakbar!
Pada minggu yang akan menjengah, fasa kehidupan yang baru pula menghiasi taman kehidupan sementara. Again, permintaan ayah dan ibu. Alhamdulillah saya akan memulakan alam perkerjaan official yang pertama. Yelah, zaman praktikal di hospital tidak dikira official walau mungkin para doktor tidak tahu, banyak imej dihasilkan oleh pelajar *thank you teacher, thank you all hosp staffs!* Saya terpaksa menolak tawaran ke Haramain pada Ramadhan mendatang demi redha kedua ibu ayah yang mahu saya bekerja dahulu, redha yang saya kira wasilah untuk saya mendapat redhaNya. *Sape tanak pergi jengah Kaabah kan?* Ibu sebenarnya mahu saya membuka minda, banyak berfikir, mendalami ilmu baru dan tidak hanya sibuk di rumah. *serious, memang sangat sibuk jika betul fokus kerja-kerja di rumah. Percaya?*
Saya telah sedikit macam berniat untuk keluar daripada bidang yang saya belajar sebelum ini, sama ada untuk berkerja atau sambung belajar. Jadi kali ini saya akan bergandingan dengan pelbagai insan daripada bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah syarikat minyak, inshaAllah. Jika diberi medical term mungkin saya boleh mengangguk faham, tapi kali ini pelbagai term baru akan saya tempuh, dan jua alam pekerjaan yang totally different from what I've been taught. I don't have any real feelings at the moment, seriously. No excitement, no fear, no sadness. Just, I really wanted to seek His redha...really really wanted too.
I can't thank you enough Dear Allah. Ibadahku, perlakuanku belum cukup menyatakan kesyukuranku padaMu. Jika pada redha ibu dan ayah jalan menuju redhaMu, maka permudahkan langkahku. Berikanlah yang yang terbaik untuk dunia dan akhiratku.
18 June 2011
Fasa-fasa yang berubah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ahamdulillah... sejuk hati membacanya.
"bismillahillazi la yadhurru ma'asmi shai'un fil ardh, walaa fissamaa' wahuwas samii'ul 'aleem...
sediakan mental & fizikal, insya-Allah as boleh
Allah redha, ibu ayah redha, itu yang utama as, insyaAllah ok =)
Salam...kehidupan singkat untuk perkara yang remah ...hargai semua yang ada...tadbirNya berhikmah anakku....dalam rahmat dan kasih sayangNya buat kita semua..ameen.
Post a Comment