19 July 2011

Memberi tanpa syarat

Our latest version of dearie little one, welcome to the family Raihah :)

"Nah, here you go."

Minda keluar daripada fokus, menoleh kepada suara yang menyapa. Terlihat huluran secawan minuman oat panas oleh seseorang yang baru 2 minggu aku kenali. Aku sedikit terkejut.

"Lah buat susah-susah je. Thanks." Senyuman mesra terkoyak buat teman. Satu berbalas satu, sedekah yang paling mudah aku kira.

Aku berhenti menaip. Minuman enak merah jambu kuhirup perlahan menghilang penat di kepala, mata mengarah kepada muka jam. Hampir jam 7 petang, masih ada beberapa antara kami yang sedang menyiapkan kerja-kerja. Walaupun bidang ini terlalu asing dan segalanya sangat baru dan sukar, namun hati tetap berbunga bahagia memandang satu persatu wajah yang sangat aku senangi peribadinya..

________________________________

Lama tak menulis, rindu! 'Absence makes the heart grow fonder'. If you ever heard this. Kali pertama menulis entri setelah officially employed. Terlalu banyak yang berlaku, pendek cerita segalanya berlalu begitu pantas dan hectic. Yup.

Buat mereka yang merasa gembira memberi untuk orang lain, pasti merasa hairan jika terjumpa jiwa yang merasakan ada udang di sebalik mee, merasakan ada niat lain di sebalik kebaikan yang diberi. Atau istilah orang kebanyakan, 'membodek'.

Pertama kali aku terjumpa orang yang menuduh sedemikian, hati beristighfar. Sungguh. Seikhlas hati aku berkongsi di sini, aku sangat terkejut. Mujur saja Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik. Ibu sentiasa mengirimkan sesuatu untuk mereka nikmati, dan aku gembira jika dapat memberi 'hadiah' buat teman-teman, out of love. Aku gembira apabila mereka gembira. Untuk guru dan sesiapa jua walaupun tidak kenal nama.

Allah memberi pengajaran kepada aku bahawa tidak semua manusia menerima kebaikan atau pemberian manusia lain secara positif. Ada kalanya secara negatif. Serius aku tidak sangka.

Macam mana pun, moga Allah bukakan hati mereka bahawa bukan semua manusia memberi kerana mahukan balasan sesuatu. Ada yang memberi tanpa syarat, ada yang memberi out of love, ada yang memberi untuk kepuasan dan ada yang memberi kerana mahukan pahala. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan kita memberi hadiah (tak kiralah dalam bentuk apa pun) untuk mengeratkan silaturrahim sesama hamba.

Apabila Allah membuka hati kita untuk berkongsi rezeki kepada manusia lain, itu hanyalah wasilah Allah menyampaikan rezeki hamba tersebut melalui kita. Ilmu yang ada pada diri dan disampaikan kepada manusia lain juga adalah kepunyaan Ilahi, kita hanya sebagai pemegang amanah. Segala yang kita sangka milik kita, tiada milik kita, hanya Dia. Hanya Dia.

Di sini, di dunia aku yang baru. Semua, semua manusia begitu banyak memberi. Dan mereka memberi serta berkongsi tanpa apa-apa syarat. Im deeply in love with them! Dan aku pasti takkan lupa mendoakan mereka yang banyak memberi dalam dunia aku yang lepas. Rahmat Allah buat mereka. Ameen..

Bagi aku, MEMBERI kepada makhluk Allah yang lain, semakin memaknakan kehidupan aku sebagai seorang hamba. Segala puji hanya buatNya.


Nota tangan: What other people may think of you, is none of your business. No matter who they are. Hanya pandangan Allah yang utama. Dia je yang boleh baca apa dalam hati kita, manusia lain tatau pape. So, like I care? Heheh. Smile :)

Nota kaki: Setiap tahun pasti ada ahli keluarga yang baru. Aku hanya tumpang bahagia mencurahkan kasih untuk anak-anak orang2 yang aku sayangi. Out of love, for them :)

Pesan kalam agung: ‎[al-baqarah: 177]
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."

1 comment:

aku HIV positif said...

subhanallah, comei & indahnya lena mereka.
Spt biasa bfikir, fikir & fikir. Unconditional love milik Allah, rasul & insan2 yg mmahami nikmat keikhlasn & bbaik sangka lillahi taala. Mberi tnpa syarat, mnerima seadanya.
Slmt dtg ke dunia baru. Satu lagi pjalanan pjg bermula. Mulakn dgn syukur, optimistik & snyuman biar apapun bkl mdatang. DIA pasti ADA.