Tapi dalam satu isu yang as pasti, mengenai pemberian lesen judi untuk sukan supaya penipuan dapat dielakkan. Pasti sebab dinyatakan dengan jelas.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [5:90]
Takkan jadi halal judi itu walaupun diberi lesen. Kan kan..
Lesen manusia, bukan lesen dari Tuhan.
Sama seperti meletakkan logo halal Jakim pada pewarna rambut, tak semestinya itu bermaksud pemakaiannya adalah halal.
Adakah pihak yang memberi lesen tu confused jugak macam As salu confused? Confused dengan ayat "ya ayyuhal lazii.." (wahai orang-orang yang beriman)..maybe.
Pihak berkenaan berjanji tidak akan mengabaikan pembangunan Islam. Wah. Ini cukup bagus. Inilah negara Islam sebenarnya yang kita cari.
Lalalala..~
Time-time confused camni sebenarnya kita perlukan suara-suara mereka yang 'mengetahui' untuk menegur. Manusia, kena ketuk, baru beringat. Jika setelah diketuk belum beringat juga, doakan moga Allah letakkan hidayah di hati kita.
Camne pun, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yang kadangkala tak tercapai 'aqal kita untuk memikirkannya. Hati manusia sentiasa penuh rasa ragu. Termasuk As pun sama. Terjadinya perkara ini, menjadi isu hangat di sana sini. Pasti ada hikmah di sebalik untuk kita sama-sama fikirkan, untuk pihak2 sebelah A dan sebelah B turut sama memikirkan.
Inilah, petanda makin sangat dekat, dengan the end day. It is actually has landed long time ago..hanya kita tidak menyedari..
p/s: is currently at home, will off back to KL jap lagi. inshaAllah. harap hati lebih tabah. lebih cekal. lebih redha. lebih kuat. lebih telus. dan lebih-lebih mampu menerima segalanya..
wallahu'alam.
1 comment:
tingtong!
Post a Comment