as perasan,
tiap kali pesakit bayi yang datang ke department radiologi untuk prosedur x-ray/CT scan selepas jatuh, sama ada jatuh katil, jatuh buaian, jatuh macam-macam ada, mesti datang nak check bahagian kepala (skull) sama ada retak atau sebagainya.
Kepala dulu yang menjunam terkena lantai, atau tempat jatuhan barang berat. Pernah ada pesakit kanak-kanak datang untuk CT scan sebab TV jatuh ke atasnya. Dasyat bukan?
Namun, macam mana sekalipun berdarah terluka bengkak segala, pasti hasil x-ray atau CT scan adalah normal. As duk terfikir, golongan tak berdosa ni, pasti malaikat sambut depa time jatuh tu supaya tak ada pape fracture atau pendarahan di kepala.
ada juga bayi yang jatuh dari buaian, kepala bengkak. baru saja malam tadi. nak check bahagian kepala sama ada okay atau tidak, tapi disebabkan bayi tu jatuh dari buaian, kami dapat mengesan masalah di paru-paru nya. Jadi, datang nak check untuk benda lain, tetapi dapat tahu bayi tersebut mengidap radang paru-paru. Penyakit ni biasanya di kalangan bayi memang tidak menunjukkan tanda. Jadi, jatuhnya bayi tu dari buaian membawa kepada diagnosa penyakit itu. Indah aturanNya.
Sebab tu tiap perkara pasti ada hikmah, takde yang takde hikmah. Cuma kadang kala kita manusia tak dapat fikir apa hikmahnya. Dan kadang kala jua memerlukan masa untuk memahami dan menerima..
Ya Rabbi....fahamkan aku...dan bantulah aku untuk menerima ketentuanMu dengan selapang-lapang dada....
Sesungguhnya mereka dalam peliharaanNya..inshaALlah..
dan kita juga. ameen.
5 comments:
dulu cita2 Cahaya nak jadi doktor tapi ayah tak bagi sebab dapat scholarship universiti lain. kalau dapat jadi nurse pun takpe. tapi dah aturanNya, sure ada sesuatu yg lebih baik untuk Cahaya.
Lama tak bagi komen kat blog as. Ha'a.. betul kata as kita perlukan masa utk memahami dan menerima ketentuan-Nya..
Saje nak tambah.. kadang-kadang, kita jumpa orang luar biasa.. Sebaik sahaja dia melalui, terus boleh terima segala ketentuan Allah
Ni ke babygram yang as maksudkan malam tu? =)
oh... dak kecik.. die nye skull x mcm org dewasa.. diorg masih ada bahagian yg x cantum lagi.. so bila kene hentakkan .. mcm ade ruang untuk die terima hentakkan dan prolong the time of impact.. kalo ingat fizik, lagi lama masa impact.. lagi kurang force nye kan..
CAHAYA
yang diberikan itu yang terbaik sebenarnya
cuma jika sesuatu tu bg impact besar pada kita, mungkin kita mengambil masa yang lama untuk memahami sepenuhnya dan menerima sepenuhnya..sekuat mana pun kita..
***
mutiara_bd
akak..orang macam tu memang indah hatinya..
***
shafiq rahman
abang, nope nope..baby ni besar sket :)
***
anony
ikutkan fizik itulah logic nya. saje nak fikir kot lain..tentang aturanNya.. ^_^
Post a Comment