Hanya satu yang paling pasti di dunia ini, iaitu ujian daripada Tuhan.
Selama mana pun telah kita bertahan, sekuat mana pun dugaan, hanya satu pilihan yang diberikan, iaitu bersabar.
You have nothing else my friend. But to be tough.
Sesuatu yang terlalu kita sayang, terlalu kita tidak mahu lepaskan, sampai masanya jika Allah mahukan, ia pasti akan terlepas daripada genggaman. Mungkin itu yang sebaiknya untuk melegakan perasaan. Jika tidak terlepas, tetap jua ia akan pecah di genggaman, yang pasti lebih menyakitkan. Jangan kita tambah kesakitan itu dengan tidak mahu meredhai apa yang terjadi.
Rasa sedih, rasa kecewa, rasa bahagia gembira. Sama ada datangnya mereka, atau berlalunya mereka, jangan kita tutup segala rasa, terimalah seadanya terciptanya mereka sedemikian rupa.
Jalanan yang berliku, manusia-manusia yang dihadirkan ke dalam hidup kita jua banyak mendidik jiwa. Petiklah penawar paling mujarab, redha akannya. Demikianlah hidup ini, terlalu banyak tautan rasa yang banyak jua mengundang derita. Namun segala rasa sakit ini, hanya dariNya untuk kita yang sentiasa alpa.
Redahlah segalanya, segala perlakuan manusia terhadap kita, segala ujian dariNya, redahlah. Kerana Dia yang lebih besar daripada segala apa yang kita rasakan..lebih besar daripada apa yang kita hilang..
Ya Allah, sesungguhnya kesakitan ini lebih menyakitkan daripada kesakitan fizikal yang Kau berikan sejak bertahun yang lepas. Tuhan, berikan kami ketabahan, berikan kekuatan atas hati yang telah dilukakan, berikan kelembutan pada jiwa yang diperlakukan sedemikian, hanya Kau kasih yang berkekalan ! :'(
2 comments:
Dan DIA menemukan kita dgn watak2 yg berbeza utk kita belajar sesuatu darinya.
As..
BAru baca entri ni. As memang seorang penyabar.. Teruskan bersabar dan bertabah.
Ana suka tulisan macam ni..
Post a Comment