11 May 2012

Heart sore.


Al-Quran.
The best balm for my heart sore.
Bila rasa tak sedap hati, sedih, kecewa entah datang dari mana, kesakitan melampau dan pelbagai rasa tak best.
Hanya Al-Quran dapat beri tenang.
Dapat beri penawar.

Bila last time kamu baca Quran agaknya? 
Try sapu Quran ada debu tak?
Aku sendiri tak terlepas daripada muhasabah diri.
Sama ada cari Quran sesungguh hati just bila sedih atau..?

Ramai kita ummat Muhammad SAW hari ini sekadar membaca Al-Quran.
Dan menyangka baca tu dah cukup dikira sebagai dah beramal [Hassan Basri].
So kita ni perhati tak eh ayat-ayat dalam Quran tu..?
Atau hati kita dah keras gelap terkunci? [Muhammad: 24]

Nauzubillah..!

At least, baca 2-3 ayat Quran, usha makna sekali.
Cuba relate dengan kehidupan.
Cuba masukkan dalam kehidupan.

Cuba jaya insyaAllah.
Bila ada penghayatan, hidayah Allah turun ke mari.
Turun ke hati.
Bila kita teringin nak makan, takdanya makanan tetibe ada depan mata.
The same goes to hidayah Allah.
Berusahalah.

Berubahlah walaupun payah,
Jom kita langkah kaki sesama.
Jom!


6 May 2012

Suffering is an option.




Dalam beberapa keadaan,
ketika lemah tubuh melawan kesakitan,
tuntutan tetap diperah memenuhi keperluan,
akhirnya terkapar lemah mencari arah,
tafakkur tersebut dapat difahami...

Jatuh tu moga sebentar je, recharge iman dan tenaga.

I don’t know what the hardest part of having Fibro is, the pain, the depression because you are no longer the person you used to be, or the fact that no one believes you when you tell them you are sick, because you just don’t look sick. Hopefully sejarah lama tak berulang kembali.

Allah, mudahkanlah langkah kaki. Mudahkanlah. Verily, after calamity there is relief. Dan belum cukup beriman kita jika tak diberi ujian. Dunia adalah tempat ujian, bukan tempat kerehatan. Rehat nanti, kita rehat kat syurga tertinggi, syurga Firdaus. Amacam?

Hehe. Well, Allah is enough for me. :)

And for yOu. Definitely!



5 May 2012

Give your best shot!



SEMBANG JUJUR

"Weh aku jujur nak tanya kau satu soalan nih. Aku nak kau jujur ah jawab neh." 

Kepala terus berlipat paling menghadap tuan punya suara. Wajah maintain tenang. Bajet cool macam biasa. Sekilas mata bertentang. Cukuplah takleh lama, kalau tak mana nak hide anak mata unsur cuak neh!

"Tanyalah, takdak hal." Nada setenang air tasik tak menggambar ombak berpusar dalam jiwa.

Yelah weh bila orang da mula guna perkataan jujur tu means ada benda besaq depa nak heart to heart la tuh. Cuak duk pikiaq aku ada buat salah ka apa ka. Penat pikiaq, biaq pun setengah minit tak sampai senggang masa hat ada.

*ni satgi pakcik pharmacist-to-be ni sembuq ayaq lagi kat aku konon ligan duk speaking utagha. Nak buat lagu mana dah terkeluaq.~*

Oke, behave your language.

Si penanya pun berputar pusing-pusing konon nak susun ayat ter-comel agaknya.

"Kau agak-agak kan.." Dia mula bersuara. "Dengan kau sakit camni kan, agak-agak kau boleh kawin tak eh? Nak buat kerja rumah semua. Boleh tak?"

Ceh soklan level 1 je rupanya. Peanut lah~

"Sebab tu aku tak mencari weh."

"Aku tanya betul-betul ni. Kau agak kau mampu tak?"

Luar alam lah soklan tuh. "Kau tak boleh tanya aku, sebab hat tu aku sendiri pun nak kena tanya Allah."

"Yelah istikharah tu memang lah, tapi jujur diri kau sendiri rasa macam mana? Sakit teruk, banyak perkara kau kena limit bagai, agak-agak kau mampu tak nak kahwin? Nak kena manage rumah sendiri segala, tulah maksud aku."

"Ye aku faham je. Cuma still Allah je ada jawapanya beb." Aku jawab. Dan kemudian sambung dalam hati, 'Ada jodoh adelah tu cara Allah nak bagi aku boleh pulun buat kerja-kerja rumah walaupun tak semantap orang sehat segar bugar'.

Sejujurnya time kat Uni dulu aku buat je kerja-kerja basuh baju jemur baju lipat baju kemas bilik buat assignment driving panjat bukit redah hutan dan segala bagai, dengan kudrat dariNya. Tapi memang sambil hari-hari berendam airmata kesakitan extra power. Siap attend patients kat hospital dengan cemerlang lagi kot zaman belajar dulu kala. Hoho. There're good things I did for the ummah neway kan. :)

Silap ah, patutnya time dia tanya tuh aku tanya balik dengan soalan.
"Kenapa, kau ada calon untuk aku ke?" Ngaaa. Harap-harap mak aku tak bacalah artikel ni, haru kena sekeh buat statement lagu neh. Sungguh tak sopan anak gadis, bak kata mak.

KITA DAN KEHIDUPAN

Isu ni memang seriyes lah ada mahkluk Allah tanya kat aku. Dan ia antara yang aku tak fikir pun. Malas nak fikir.

Cuma aku sebenarnya nak tamsil (analogi) je kat korang, dalam kehidupan ni macam-macam akan datang. Kau tak boleh kata kau tak mampu selagi kau belum give your best shot. Belum involve, macam mana nak tau kau mampu, ye dak?

Sama jugak macam isu dakwah, isu berjihad, isu sambung belajar, isu ke depan untuk berucap atau pegang jawatan tinggi dan pelbagai lagi. Especially isu-isu yang mentaliti kita semua duk kena taram bahawa hanya golongan alim ulama' sahaja boleh buat. Macam dakwah. Tiap kita dah dilahirkan dengan kewajipan berdakwah Bro.

Even though kau tahu satu ayat je, tetap wajib kau sampaikan [Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadis al-Anbiya’, no: 3461]. Tak kira just ajak solat awal waktu ke, just ajak beri sedekah ke atau ape-apepun. Hatta sekecil-kecil perkara kebaikan.

Kitalah penyambung tugas Nabi SAW, sebar bunga-bunga syurga indah ke serata alam. Hallo, bukumuka kau tu boleh kira serata alam la jugak. Daripada kau duk re-post perkara yang manfaat nya zero kepada masyarakat baiklah kau post se-das kata-kata kebaikan atau nasihat.

Contoh simple:
"Think before you re-post."
DAKWAH IS EASY

Yup easy measy. Sepotong kata-kata nasihat dah cukup oke nak sebar kebaikan. Contoh kat bukumuka:
"Be wise."
Yelah skang ni bukumuka tu kira cam medium yang agak besaq lah, sebab orang-orang serata alam rajin nya lah spend masa membaca kat bukumuka tuh. Alang depa membaca tu baik lah kita post kan perkara kebaikan, mengalir jugak pahala.

Kau takyah pun bagi intro cam khutbah Jumaat in order nak sampaikan dakwah Bro. So ape kes yang payah ngat nye? Diri sendiri memang cabaran terbesaq. Kerja dakwah ni wajib Bro, bukan hobi buat masa lapang. Dan santai-santai je kau boleh buat dakwah. Sambil main guli, main bola hatta main sepak raga. Seriyes.

KONKLUSI

Cuba kau renung balik dalam-dalam, deep punya. Apa hakikat kejadian kau, kenapa Allah hantaq kau mai ke dunia dan cuba fikir last nanti ke mana kau akan kembali.

Cubalah fikir. Kita di sini atas satu tujuan, memikul amanah. Yang kelak di akhirat nan abadi akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Doalah moga Allah kuatkan langkah kaki kita. Ameen!

Yang tulus,
Hamba faqir yang masih merangkak mencari cahaya dalam kelam warna hati.


p/s: Nama penyakit - Fibromyalgia.