6 March 2012

Expectation

Apa yang kau faham dengan perkataan expectation?

Jangkaan?

KIta ni macam asyik dan sentiasa duduk dalam dunia expectation manusia pada kita je kan?

Kan?

Jujur jelah Bro. Aku pun pernah tulis pasal ni kat sini.

Ramai mak ayah duk tanam dalam kepala anak-anak, belajar sungguh-sungguh nanti besar kerja bagus. Anak-anak pun sungguh-sungguh lah belajar sampai universiti dapat first degree untuk happykan mak ayah.

Lepas tu usaha cari kerja best-best supaya sesuai dengan degree yang diambil tuh. Panjat tangga sini sana pergi interview. Kerja koman-koman ni mana boleh layan, kan ada degree ni beb! At least gaji 2k. Kan? Pastu nak pakai kereta kaw-kaw pulak. Suzuki swift ke, vios ke. Barulah ada taste.

Then baru boleh jalan senang hati depan ahli keluarga pakcik makcik kawan-kawan jiran tetangga. Barulah orang pandang. Ye dak?

Kalau grad degree kerja kerani sah-sah orang persoalkan, kau nak kerja sampai bila jadi kerani nih? Tak terasa ke nak pakai kereta besar sikit? Beli rumah ke?

Pastu mak ayah suh kahwin pulak. Kenduri kendara sure nak gempak punya. Tiga-empat persalinan. Panggil photographer bayar dua tiga ribu. Kan trend skang. Mana gempak kalau takdak photographer. Siap outdoor session lagi. Souvenir kaw-kaw gempak. Malu la mak ayah bagi simple-simple murah murah je.

Oh dah kahwin orang tanya pulak bila nak dapat anak? Amboi macma kita ni Tuhan kot boleh jawab soalan dia. Heh!

Ni lah secara kasarnya expectation manusia yang penat kita nak penuhi. Hidup kita, tapi sibuk orang sana sini persoalkan apa yang kita buat. Kita pulak duk serabut stress nak penuhi ecpectation manusia. Padahal kalau hidup sederhana je oke je aman damai.

Kekawan mak aku dulu yang balik overseas terus jadi house manager, orang persoalkan jugak. Eh kau pergi belajar jauh-jauh obersi tu jbalik adi suri rumah je. Rugilah. Kalau tak boleh kerja gaji ribu riban. Fuh tu dia.

Materialistik.

Expectation manusia hanyalah duniawi semata-mata. Makin kejar makin penat. Makin banyak tercicir. Makin serabut. Arghhh...

Betul? Ke bahagia kejar dunia?

Try fikir jap. Apa yang kita tengah buat sekarang ni. Untuk kejar dunia atau kejar akhirat?

Hari ni aku dapat kol, survey daripada universiti lama aku. Depa terkejut dengar aku sekarang ni buat teaching. Dia ingat aku nak kerja sementara je. Dia tanya gaji. Dia tanya aku plan nak tukar kerja bila? Haha.

Yelah ramai kat madrasah aku tu plan nak hop in sekejap je sementara dapat kerja lain which should be better. Aku pulak? Daripada kerja with better pay, aku enter frame kat tempat yang lebih rendah gaji. Dalam masa yang sama aku dapat offer kerja best-best jugak kat bandar besaq. Dengan gaji besaq jugaklah.

Aku manusia beb. Terjejas jugak sesaat. Haha. Pastu aku stick semula dengan apa yang aku niatkan nak buat skang.

Kau. Hidup kau kena ada aim. Apa aim tu? Kalau kau Muslim, of course ultimate goal kita nak redha Allah. Dengan tu je kita boleh dapat syurga Dia.

Kau nak please Allah ke kau nak please manusia? Dunia sementara akhirat kekal abadi. Phrase ni macam bosan tapi so true, Bro!

Kejar dunia lari-lari akhirat tercicir tah ke mana. Anak-anak pun tah ke mana. Kehidupan pun tah ke mana. Asyik busy manjang kat ofis nak cop duit.

Kejar akhirat, kau dapat dunia sekali Bro. Package two in one.

Aku tau if aku involve dalam bidang aku atau dalam bidang professional sesuai dengan kelayakan aku skang, aku boleh dapat gaji triple gaji skang.

Tapi kalau kau ingat lagi entry aku kat sini pasal keberkatan rezeki. Sama jugak konsep dengan masa. Keberkatan masa.

Allah...

Aku ni yang menulis ni banyak jugak cacat cela. Jauh sudut hati memang aku nak establish kehidupan mantap macam geng-geng aku yang graduate sesama. Tapi tah untuk please sape jelah pun. Ultimate best kat dunia kalau boleh jadi house manager. Fuh best.

Ada ayah seorang murid ni tanya aku. Ape best sangat jadi house manager takpun jadi cekgu dengan degree aku ni. Aku cakap, ambil degree tu sekadar nak gain experience je pun. Knowledge dan experience tulah kita guna tuk didik anak-anak dan anak murid.

Ayah murid tu patut syukur apa jika orang-orang hebat sudi nak duduk ngajar kat situ. Kan? Tapi orang hebat tu bukan aku lah.

Sumhow aku rindu gak nak pakai semula white coat, attend pesakit dan duduk dalam suasana hospital. Aku rindu seriyes!

us
Masa buat praktikal pasal radiotherapy tak silap.

Kau fikir-fikirlah. Nak please Allah atau manusia? Expectation Allah atau manusia? Bye!


16 comments:

Anonymous one said...

Kita pulak duk serabut stress nak penuhi ecpectation manusia.

huhu betul selalu susah hati dengan angkaan orang padahal yang terbaik jalani kehidupan secara A,B,C,D,..

tak per as.. kerja cikgu pun best juga nanti anak murid dapat kecemerlangan dunia akhirat as dapat saham.. Insyallah.

p/s rindu white coat jadilah cikgu sains masuk lab wajibkan murid pakai white coat hihi :)

mesti comel kan.. saintis muda.. boleh pupuk minat dr awal.

As said...

Teringin nak ajar biology. Tapi takdak madrasah agama menengah kat area rumah neh. :)

Anonymous one said...

SAMA! kalau jadi cikgu pun nak sangat ajar biologi.

tak pa masa sains ke ataupun pendidikan seni as pakai la white coat. hihi cadangan jer ni :D

As said...

Haha. ^___^

Idea best!

As skang depa focuskan pada language sahaja. Jadilah As language educator sahaja. InsyaAllah banyak ilmu Allah nak tambah kat As jugak ni ^__^

InsyaAllah!

Anonymous one said...

aaa bagus2, kadang-kadang kita tak tahu apa yang menarik menanti kita.. so jalani dan nikmati hidup seara abcd hehe..

bukan biologi jer teringin kimia, fizik hehe...

Pencari ALLAH said...

Dunia ni pergurauan dan permainan. Kita memainkan watak untuk menentukan diri kita sepatutnya menang atau tewas.

~candlesky~ said...

Sayang,
I really like this post!! :))

yeah..yg paling penting skrg ni, nak kena 'penuhi imej yang dah diletakkan untuk kita'--> masuk U yang hebat, keluar kenalah kerja besar, dapat duittt banyak, dan seribu satu macam lagi mcm sanah ckp tu..even tak sampai setahun berada dalam alam kerjaya, banyak yang dapat dipelajari. job satisfaction tu bukan datang dari kerja yg 'bunyinya gempak,' but dengan hati yang TENANG. and of course lah hati yang tenang tu dtg drpd NYA kan :))

biar sedikit, asal berkat kan sayang Allah tu milik kita :))

p/s: tapi untuk mereka yg dpt keje gempak dan dpt digunakan untuk membantu mereka yg memerlukan, masyaAllah sgt bagussss ^^,

Zawani said...

nice entry..sangat susah kalau hidop just utk penuhi expectation manusia.rasa semua benda xcukop.tp kalau ultimate goal kita adalah akhirat semua akan jadi mudah..tp sebagai manusia kena kuat la supaya dpt bertahan :D

Madziani said...

Ada orang tanya, jadi cikgu boleh kaya ke?

Yup, boleh kaya. Kaya pahala. InshaAllah.

Meletakkan aim hidup untuk akhirat. Dunia bawah dagu, akhirat depan mata.

aku HIV positif said...

suka enty anak abah ni :)

saya cha. said...

mule2, nk cakap, sy suke komen candlesky.nasib xdk butang like kat situ. :)

yg kedua nk ckp, mane lg sorg wanita dlm gmbr ber-white coat itu?:p

yg ke-3, masyaAllah, sy suke entri ni..ade ayat2 yg dush dush terkena pada diri.
but I believe-the firm one-that HE is the one who brings you to it, and HE'll definitely bring you through it.^_^

fuad ansari said...

like, like and like this entry....

sy merasakan, tidak ada kebaikan yg saya akan perolehi bila saya memenuhi expectation manusia..

bagi saya, memuaskan hati manusia dalam keadaan hati sendiri tidak merelakan, bukanlah tindakan yg baik.. (",)

abu yusof said...

pedulikan semuanya asal saja kita akan bahgia..

Ummu Yahya said...

Ehehehe...

Well written, dear!

Yang tak sabor nak berhenti kije bulan tujuh nanti.

Ummu Yahya :)

As said...

Aci dop reply lagu ni kat semua orang?

In life you will try to please everyone around you, and this will usually lead to no one truly being pleased with you. Focus on pleasing, and attaining the pleasure of Allah and you will see how quickly the pleasure of those who count is attained. :)

Hamka said...

Salam..

“Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”


http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/menghina-kekasih.html