25 March 2012

Pakcik Sudais yang OSEM!

Pasal PakcikSudais tu satgi lah kita sembang kat bawah nung. La ni nak cerita hat lain dulu.

Dah lama tak memaksa diri untuk cycling tengok alam. Aku rasa sejak pasca Ramadhan dan umrah makin slow slow aku stop cycling. Dulu adalah merasakan macam kurang sesuai wanita mengayuh. Time syadid baru dapat hidayat kot.

So today aku start off semula. Wanita dan cycling, why not then? Maka menyapulah aku akan basikal putih yang dah bersawang dan tahniah, amatlah kotor asbab habuk-habuk alam. Sapu-sapu dengan tangan ala kadar jelah, Bro. Ada masa nantilah ajak mandi manda basikal tu. Nak antaq kat tempat basuh kereta lah, ahak!

Sebenarnya kira first time ah aku cycling dengan attire baru. Then baru pasan alhamdulillah sangat selamat daripada pandangan mata-mata walaupun dipandang. *walaupun orang tengok pelik, like I care? Dahlah kayuh macam pelesit.*

Islam itu indah dan tak pernah menyusahkan penganutnya. Setiap yang digariskan besar hikmahnya, termasuklah perkara aurat seorang wanita. Aku sekarang memang hobi suka perhati wanita-wanita berkelubung indah, sangat sopan comel sedap sangat mata memandang. Seriyes!

Oke habis! Skang ni isu PakcikSudais.

Antara yang paling best bila cycling nih, time dekat nak Maghrib aku akan lalu satu masjid ni yang memang akan pasang bacaan Pakcik Sudais dalam 20-30 minit sebelum masuk waktu Maghrib.

 
Bila balik Tanaim untuk miqat umrah, biasanya mintak cab stop dekat dengan Babu Fahd

Bila match Maghrib dan Pakcik Sudais, memang aku akan teringat sangat-sangat kat Al-Haram di Makkah. Aku tak sure waktu lain, time aku ke sana Ramadhan, Pakcik Sudais wajib buat appearance jadi imam Maghrib. Aku memang jatuh chenta la beb dengan suaranya. Menusuk jiwa-jiwa.

Time Ramadhan agak untung sebab ada solat tarawikh. So antara imamnya of course lah Pakcik Sudais. Dua puluh tiga rakaat syok banyak boleh dengar Pakcik Sudais baca sambil aku pegang mashaf Al-Quran *sambil solatlah tapinya, boleh bayang tak?*. So bila camtu lebih-lebih lagi meresap jiwa.

"Sesungguhnya keredhaan Allah-lah yang paling besar!" 
[At-Taubah : 72]
 Hat ni antara yang menusuk jiwa time aku solat Terawikh di kawasan sa'ie. Pakcik Sudais, terima kasih! Menyampaikan surat cinta Ilahi dengan indah sekali. :)


Nota: Oh aku memang bias dengan Pakcik Sudais yang OSEM! Btw pernah dengar adik comel  Syeikh Muhammad Thaha Al-Junaid baca? Fuh menerawang di awan biru, Bro!


6 March 2012

Expectation

Apa yang kau faham dengan perkataan expectation?

Jangkaan?

KIta ni macam asyik dan sentiasa duduk dalam dunia expectation manusia pada kita je kan?

Kan?

Jujur jelah Bro. Aku pun pernah tulis pasal ni kat sini.

Ramai mak ayah duk tanam dalam kepala anak-anak, belajar sungguh-sungguh nanti besar kerja bagus. Anak-anak pun sungguh-sungguh lah belajar sampai universiti dapat first degree untuk happykan mak ayah.

Lepas tu usaha cari kerja best-best supaya sesuai dengan degree yang diambil tuh. Panjat tangga sini sana pergi interview. Kerja koman-koman ni mana boleh layan, kan ada degree ni beb! At least gaji 2k. Kan? Pastu nak pakai kereta kaw-kaw pulak. Suzuki swift ke, vios ke. Barulah ada taste.

Then baru boleh jalan senang hati depan ahli keluarga pakcik makcik kawan-kawan jiran tetangga. Barulah orang pandang. Ye dak?

Kalau grad degree kerja kerani sah-sah orang persoalkan, kau nak kerja sampai bila jadi kerani nih? Tak terasa ke nak pakai kereta besar sikit? Beli rumah ke?

Pastu mak ayah suh kahwin pulak. Kenduri kendara sure nak gempak punya. Tiga-empat persalinan. Panggil photographer bayar dua tiga ribu. Kan trend skang. Mana gempak kalau takdak photographer. Siap outdoor session lagi. Souvenir kaw-kaw gempak. Malu la mak ayah bagi simple-simple murah murah je.

Oh dah kahwin orang tanya pulak bila nak dapat anak? Amboi macma kita ni Tuhan kot boleh jawab soalan dia. Heh!

Ni lah secara kasarnya expectation manusia yang penat kita nak penuhi. Hidup kita, tapi sibuk orang sana sini persoalkan apa yang kita buat. Kita pulak duk serabut stress nak penuhi ecpectation manusia. Padahal kalau hidup sederhana je oke je aman damai.

Kekawan mak aku dulu yang balik overseas terus jadi house manager, orang persoalkan jugak. Eh kau pergi belajar jauh-jauh obersi tu jbalik adi suri rumah je. Rugilah. Kalau tak boleh kerja gaji ribu riban. Fuh tu dia.

Materialistik.

Expectation manusia hanyalah duniawi semata-mata. Makin kejar makin penat. Makin banyak tercicir. Makin serabut. Arghhh...

Betul? Ke bahagia kejar dunia?

Try fikir jap. Apa yang kita tengah buat sekarang ni. Untuk kejar dunia atau kejar akhirat?

Hari ni aku dapat kol, survey daripada universiti lama aku. Depa terkejut dengar aku sekarang ni buat teaching. Dia ingat aku nak kerja sementara je. Dia tanya gaji. Dia tanya aku plan nak tukar kerja bila? Haha.

Yelah ramai kat madrasah aku tu plan nak hop in sekejap je sementara dapat kerja lain which should be better. Aku pulak? Daripada kerja with better pay, aku enter frame kat tempat yang lebih rendah gaji. Dalam masa yang sama aku dapat offer kerja best-best jugak kat bandar besaq. Dengan gaji besaq jugaklah.

Aku manusia beb. Terjejas jugak sesaat. Haha. Pastu aku stick semula dengan apa yang aku niatkan nak buat skang.

Kau. Hidup kau kena ada aim. Apa aim tu? Kalau kau Muslim, of course ultimate goal kita nak redha Allah. Dengan tu je kita boleh dapat syurga Dia.

Kau nak please Allah ke kau nak please manusia? Dunia sementara akhirat kekal abadi. Phrase ni macam bosan tapi so true, Bro!

Kejar dunia lari-lari akhirat tercicir tah ke mana. Anak-anak pun tah ke mana. Kehidupan pun tah ke mana. Asyik busy manjang kat ofis nak cop duit.

Kejar akhirat, kau dapat dunia sekali Bro. Package two in one.

Aku tau if aku involve dalam bidang aku atau dalam bidang professional sesuai dengan kelayakan aku skang, aku boleh dapat gaji triple gaji skang.

Tapi kalau kau ingat lagi entry aku kat sini pasal keberkatan rezeki. Sama jugak konsep dengan masa. Keberkatan masa.

Allah...

Aku ni yang menulis ni banyak jugak cacat cela. Jauh sudut hati memang aku nak establish kehidupan mantap macam geng-geng aku yang graduate sesama. Tapi tah untuk please sape jelah pun. Ultimate best kat dunia kalau boleh jadi house manager. Fuh best.

Ada ayah seorang murid ni tanya aku. Ape best sangat jadi house manager takpun jadi cekgu dengan degree aku ni. Aku cakap, ambil degree tu sekadar nak gain experience je pun. Knowledge dan experience tulah kita guna tuk didik anak-anak dan anak murid.

Ayah murid tu patut syukur apa jika orang-orang hebat sudi nak duduk ngajar kat situ. Kan? Tapi orang hebat tu bukan aku lah.

Sumhow aku rindu gak nak pakai semula white coat, attend pesakit dan duduk dalam suasana hospital. Aku rindu seriyes!

us
Masa buat praktikal pasal radiotherapy tak silap.

Kau fikir-fikirlah. Nak please Allah atau manusia? Expectation Allah atau manusia? Bye!