19 February 2012

Yang dikasihi: Syria

Bukan perang saudara weii! Tapi pembunuhan orang-orang Muslim besar-besaran!

Okelah kembali nak bising di tepi telinga kalian, pemuda pemudi harapan bangsa khususnya. Jamu mata dululah.

Time demo isu Palestine di IIUM Kuantan 2009

And the Syrian issue. Hangpa tau dak?

Aku tau dah hangpa ni jenis malas tak semangat nak ambil tahu isu ummat Islam saudara hangpa. Takpa aku pun dua kali  lima enam tambah empat je. Ucaplah syukur pada Allah kerana memilih kita untuk baca perkara yang baik-baik. Nanti jangan lupa share-share naaa..

Aku ni nak cakap guna skema layman je, yelah aku pun orang biasa-biasa jugak. Oke, memula nak bitau Syams merangkumi Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria..Dulu depa ni satu negara tapi da pecah-pecahkan jadi beberapa negara. Nilah tempat bersaksinya tumpah darah-darah para syuhada' Islam, untuk Islam. Tempat berjuangnya ramai nabi-nabi. Sepertimana korang sibuk nak tau kat mana tempat artis kesayangan dibesarkan dilahirkan, sepatutnya korang sibuk jugak korek sejarah para nabi yang berjuang untuk sampaikan Islam sebagai agama hangpa la ni. Faham?

Oooorait! Aku hajat taknak bising panjang-panjang. Nak bagi intro untuk korang pi korek pulak cerita selanjutnya pasal Syria. Tu pun kalau da sedar diri lah, kalau tak sedar gak, kau mintaklah hati baru dari Allah SWT. Aku tugas sampaikan je, hidayah nak bagi ke tak adalah hak milik Allah. Baik kita sama-sama doa suh Allah bagi hidayah skang."Ya Allah kurniakanlah faham bagi kami, dan hidayah untuk kami. Ameen."

Alkisah PM Syria skang, si Basyar Assad anak kepada Hafez Assad, jugak PM Syria time dulu kala. Sejak zaman Hafez lagi memang memerintah dengan kejam. Samalah macam rakyat Mesir bangkit, dan rakyat Libya bangkit menentang pemerintahan kejam.

Sejak kecik lagi Hafez dah ajar Basyar bunuh bayi-bayi. Tahun 1982 rejim Assad (zamn Hafez) bunuh lebih 40 ribu orang. Jadi sejak Januari 2011, rakyat Syria bangkitlah menentang rejim kejam neh, dan sampai ke Februari ni dah 8ribu Muslim meninggal. Banyak tu weh. Jumaat baru ni saje 56 orang mati weh. Kalau rasa nak tengok latest video boleh usha sini.

Macam dah cerita kat atas rakyat bangkit Januari 2011 lepas. Punca dia, time tu ada sekumpulan bebudak duk bermain-main, sambil-sambil depa tulis kat dinding sekolah camni,

 شعب يريد اسقاط النظام
"RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN" 

Hah ada ke bebudak rakyat Msia ada kesedaran pasal pemerintahan dan sebagainya time umur kecik-kecik? Hampeh payah nak ada. Sebab mak ayah pun tak berapa nak ada kesedaran pasal pemerintahan, pasal muslim yang ditindas dll. Jauh lagilah anak-anak. Jadi cikgu-cikgi lah pulak pegang amanah nak sampaikan. Faham cikgu? Hah merepek dah!.

Pastu bengang la kerajaan kan so kena tangkap la bebudak tadi. Siap kena seksa. Kena cabut kuku jari dan kaki. Ce bayang, ce bayang. Budak kecik kot. Astaghfirullah! Lepas tu sorang mati, so mak ayah mintaklah anak-anak depa ni. Tapi dengan syarat kena bagi kaum wanita depa untuk orang-orang kerajaan. Amboi! Maka bangkitlah depa. Sejak bangkit Januari tulah dah 8ribu mati hingga ke hari ni.


Bentuk kezaliman sepanjang tempoh kebangkitan.
Ni aku copy paste sikit cerita daripada ulama' Syria:

1. Orang yang cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

2. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad.

3. 413 orang telah syahid di dalam penjara.

4. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.Ce bayang, ce bayang. Aku tatau sape yang tak rasa pape baca ayat ni.


5. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni, beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan, lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

6. Mengucapkan takbir Allahuakbar merupakan sesuatu yang tidak disukai.

7. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad. Tiada Tuhan selain Basyar Assad. Geng firaun la neh.

8. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

9. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati. Boleh tengok ah video-video dia.

10. Rakyat yang keluar untuk demonstrasi, depa akan mandi dan berwudhu'. Sebab dah tau, dah yakin takkan dapat kembali lagi.

Peta minda kalau nak baca. Ni kira Bahan Bantu Mengajar (BBM) lah. Heh!

So, Ulama' Syria dah keluar fatwa rakyat Syria kena pertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera even dengan menggunakan pisau je dengan berdalilkan hadis berikut;

"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid." [Sunan Abu Daud (2/275), Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653)]

Btw, Presiden Kesatuan Ulama' Syria ada sampaikan amanat [8 feb 2012]:
  • Wajib bagi setiap muslim membantu sedaya mampu saudara seagamanya yang dizalimi jika tidak dia dikira bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh pihak musuh 
  • Saya mengeluarkan fatwa HARAM menjalinkan kerjasama ekonomi dengan Russia dan China serta memboikot produk kedua-dua negara tersebut. [hah kena check lah pasneh]
  • Menuntut setiap insan yang merdeka agar bersama-sama rakyat Syria dan meminta rakyat Syria bersatu dalam saf yang satu kerana kemenangan dari ALLAH amatlah hampir. [Aku rasa meremang baca ayat ni. Sebab seolahnya zaman khilafah, munculnya Imam Mahdi etc dah macam sangat-sangat-sangat hampir dengan kemenangan Syria.]
Zaman Khilafah:

Maksudnya: “Telah berlaku (1)Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan ((2)Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit ((3)Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman ((4)Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula (5)Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

______________________________________

Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berleluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua [Ulama' terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi].


PERANAN KITA

Kita, kita ini? Buat apa? Kita ini Muslim, yang dibunuh denga kejam itu saudara kita. Wajib bagi kita untuk BERDOA untuk mereka. Ni hat paling lemah ah Bro. Kalau takleh wat aku tatau ah Bro. Takpun kau pi aminkan je doa Uncle Sudais yang menyayat hati ni.

Then patutnya hulur bantuan duit takat mampu, tapi seriyes aku tatau lagi saluran dia. Last kita boleh buat is to SPREAD the words. Fahamkan isu ni, sebab ramai ingat perang saudara je. No, it is more than that! Kalau pasal artis kau semangat korek info, pasal ni lagilah kau kena buat lebih-lebih lagi. Seriyes, Bro!

Kat facebook ada satu page ni nama 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria'. Try ah search kat buku muka if nak tau berita latest pasal Syria. Btw cuma takleh tag dah page tuh sebab kena banned. Page yang bahasa Arab banyak, untuk yang pandai bolehlah, since aku pun takdelah celik mana bahasa Arab neh. 

Jangan lupa dalam doa! Allah telah memilih mereka untuk jihad, untuk syahid...

"Ya ALLAH! Berikanlah kemenangan buat ummat Islam di Syria dan di Palestin. Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yang banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah Ya Allah kanak-kanak suci yang telah kehilangan ayah bonda. Berilah kemenangan buat mereka Ya Rabb!"
Peta Syria untuk yang tatau: Ni dia tunjuk kebangkitan rakyat Jumaat lepas.

Budak kecik-kecik kat sana pun dah terlalu faham erti jihad, erti perjuangan, erti syahid, erti kehilangan. Kat Malaysia ni, kita yang dah besar dah tua ni pun tak sedar-sedar lagi. Masih gilakan dunia, cintakan dunia. Malu je weh. Malu sungguh.-_-

Mereka telah berikrar tidak akan sama sekali berundur, samada mendapat kemenangan ataupun syahid! Semoga Allah menetapkan mereka dan menghancurkan rejim Bashar. Wallahul musta'an.

!اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


p/s: Kalau kau rasa nak tengok gambar pembunuhan kejam, kau google lah sendiri atau pergi page bukumuka Syria tuh. Aku tak mampu nak buh sini.T__T

Jom spread the words to the world!

nota kaki: Hah dalam duk semangat berkobar, jangan lupa lelaki solat di tempat azan dilaungkan dan wanita, solat awal waktu! Basic tuh Allah nak tanya, basic! SekianG!



10 comments:

Anonymous one said...

Syria, palestin .. T_T.

Syuhada said...

sentap. tsk.

madziani said...

Nak share and link kat blog k. The least I can do now. Jzkk.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

byk perkara berlegar di minda bila membaca entri ini.

walau di mana dan siapapun mereka, selagi mereka adalah muslim, maka kita adalah BERSAUDARA:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” (a-Hujurat: 10)

“Dua orang yang saling mencintai satu dengan lainnya kerana Allah jelas termasuk di antara mereka yang akan dilindungi Allah dengan perlindunga-Nya dan akan di kurniakan rahmat dan kemurahan-Nya. Betapa merupakan sebuah kehormatan yang besar! Cukup terhormat bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Allah sehingga Tuhan akan menghormati mereka pada Hari Kebangkitan dan mengatakan: “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana Aku? Hari ini Aku akan melindungi mereka dalam perlindungan-Ku pada Hari ketika tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-Ku.” (Riwayat Muslim)

sikap hedonism, nafsu nafsi tajaan yahudi semakin menjadi2 sedangkan hakikatnya yahudi sgt erat dlm persaudaraan mereka.

jihad kini disamakan dengan terrorist.

p/s peta minda BBM comei tu siapa yang buat? anak abah ke? kalau anak abah utk tahun berapa?

As said...

AO
Gane nak reply ginih. Heh.

***

SYU
As tengah sentapkan diri sendiri jugak sambil taip.T_T

***

GEE
My pleasure. Ni pun the least I could.

***

ABAH

Thanks tambah hadith.
Mind map tu untuk pemuda-belia yang baca kat sini ha. Tahun dia terbuka, asal untuk yang belum faham. Heh.

~PENCHENTA~ said...

Banyaknya yang saya tak tahu. :(

Jazakillah kak, atas perkongsian. :')

~candlesky~ said...

penyampaian yang palinngggg senang nak faham :) terserlah ciri-ciri teacher di situ ^^, sape yang tak dapat faham lagi tu mmg la dia yang tanak faham n tak baca betul-betul. thanks dear!

marilah kita panjatkan doa qunut nazilah buat mereka di sana T.T


p/s: apa kata lain kali wat entri dlm bahasa klate pulok. asyik utaghaa jah ;)

ME said...

nk share jgk!
jzkk

Mindaberbisa said...

Kemenangan islam itu pasti. Syukur ALLAH masih beri peluang untuk kita bertaubat dan berkongsi ilmu. Semakin diberi peluang, maka manusia hidup dengan kelalaian. Apabila tiba masa, satu kaum dipupuskan. ALLAH masih beri peluang untuk orang Malaysia. Bangunlah dari keasyikkan tidur yang panjang tanpa memberi sebarang manfaat, Jazakallah atas info bernas :)

Norsha said...

Salam As,
bila baca n3 ni, rasa sayu tak tahu nk kata apa, mereka tu saudara2 seagama kita, hanya mampu berdoa moga mereka dilindungi olehNya....