15 February 2012

Glad You were here by my side

glad you were here by my side by As |||
glad you were here by my side, a photo by As ||| on Flickr.

Nak cakap apa eh? Tajuk macam apa je, gila jiwang.

Satu benda tu, bila Allah dah tetap kita kena 'lekat' dengan dia, macam mana pun kita nak lari dan hapuskan dia daripada mata kita, tetaplah dia akan stay di situ diam-diam dengan kita. Kan?

Banyak benda atas dunia ni yang mulut kita duk cakap. Ada baik, ada buruk. Kita akan diuji dengan apa yang kita cakap, tak sekarang akan datang. Ni yang patik duk taip ni kira 'cakap' a jugak.

***

Dulu time aku 3 tahun jadi 'pekerja' kat hospital, aku rasa aku sangat faham apa pesakit rasa, sebab aku sendiri pun penghidap sakit kronik. Selama tu aku fikir nak tolong je pesakit tak kisah camne pun keadaan aku.

Dan aku harap sepatutnya macam tulah aku skang ni dalam mendidik. Paksa diri dalam kesakitan gane2 pun untuk didik depa. Untuk tabahkan diri hadapi dunia sekeliling.

Entah kekadang sebagai pesakit ada time aku spill jugak, tapi biasa hanya kat orang yang aku sayang. Dan orang yang aku rasa dia faham aku ni cakap seriyes atau sekadar nak spill je.

Iman yazid wa yankus.
Emosi stabil wa tak stabil. Hehe.
It depends aku rasa.

Tapi seriyes sangat harap dan doa badan ni KUAT yang AMAT untuk terus melangkah dalam bidang ni. Lawan segala kesakitan, paksa diri untuk terus ke depan lantaklah apa orang nak cakap.
Sepatutnya seorang aku buat.

Patutnya aku sekeh kepala dan cakap, alah sakit dan ujian berat ni semua simple dimple aje. Walaupun tahap berairmata hari-hari dengan kesakitan dan beban kerja, tetaplah Malaysia Boleh! Ho ho ho.

Aku rasa ujian terhebat bila emosi + Kesakitan + beban main perang-perang dengan Iman. Takmo bagi syaitan menang, no cannot!

Gane-gane pun Allah kan ada. Sabarlah dalam bersabar duhai hati!

nota kaki: entry ngok ngek.

7 comments:

Anonymous one said...

as boleh share dengan kakak kesakitan walaupun kakak tidak mampu untuk menghilangkan kesakitan.. cerita lah jenis sakit apa sakit kak xkisah yang penting sedikit beban di hati tu dapat di kurangkan.

Jujur memang tidak tahu bagaimana keadaan pesakit kronik,yang tahu cuma boleh berkongsi sedikit rasa..

selamat berjaya menjadi guru.. maaf kalau komen di status agak kasar harituh.

Naj Mi said...

Sakit kat tubuh badan yang boleh nampak senang doktor bagi ubat, tapi kalau dalam hati siapa tahu susah nak ubat.

Apa pun kalau boleh jangan stress dan resah gelisah serta jangan ingat pekara yang bukan-bukan kena hapi-hapi selalu.

* cantik photo kat atas tu... :)

aku HIV positif said...

abah memahami, insyaAllah....
as tau abah sentiasa ada selagi diizinkanNya

kak Da (mak) said...

Sabarlah dan banyak-banyak bersabar dengan segala ujian dan halangan.

bukan senang nak jadi pendidik.share boleh melegakan kesakitan dan kekeliruan.

As said...

Abah, Kakak dan Mak.
Percayalah kalian sentiasa sangat disayangi.

Kakak, tak kasar langsung pun komen kakak :)
Dan As nak cakap thanks walaupun as ni kaki pendam masalah sesorang jugak. :D
Abah pun puas korek suh cite payah nye nak bukak mulut share. :)

As tau abah sentiasa ada, sentiasa faham, teramat faham. Macam mak, kakak dan ummie jugak.

If perkataan sabar tu sesungguhnya memang trademark Mak dan as memang salu suka dengar. Sambil bayang suara dan wajah Mak.

Take care everyone!

***

Naj mi!
Heyp awak! Lama macam tak 'jumpa'.
Yelah kena +ve sokmo! :)

Norsha said...

hidup kena kuat As, never give up....makin byk ujian, itu tanda Allah makin sayang, darjat makin tinggi InsyaAllah....

As said...

Kak Norsya!

Thanks KAKAK! As appreciate that! :)