24 September 2011

Seorang wanita

Hasil foto usai peperiksaan paling akhir dalam sejarah ijazah muda


Entah, entri kali ini mungkin berbaur luahan seorang wanita itu. Andai ramai yang membaca, mungkin sisi-sisi tepi kehidupan dapat dilihat dengan minda yang lebih terbuka.

Aku sebagai wanita, orang sekeliling tidak akan bertanya tentang sumbangan aku pada masyarakat. Persoalannya lebih berkisar pada jodoh dan perkahwinan.

Sewaktu sedang belajar persoalan lebih kepada seputar perkara akademik. Baikkah atau bagaimana? Jika baik maka mereka tumpang gembira. Bila sudah habis belajar, soalannya sudah bekerja kah? Jika bekerja jurusan berbeza daripada kursus yang diambil, orang akan kata, kenapa ambil kursus yang susah dapat kerja?! Bila sudah kerja, orang akan tanya bila mahu kahwin?

Tapi soalannya takkan habis di situ. Kemudian isunya masuk perkara anak pula. Soalannya takkan pernah habis. Ramai manusia jadikan jawapan "sudah" sebagai kayu ukur kejayaan sebuah kehidupan seorang wanita itu.

Manusia, seringkali memandang pada hasilnya. Dan Allah memandang hanya pada usaha. Ada orang usaha sedikit tetapi dapat lebih. Ada orang usaha kuat habis upaya namun hasil tetap setakat cukup makan. Itulah indahnya pandangan Ilahi. Dan manusia akan terus dengan padangan mereka pada hasil, dan juga anugerah2 peringkat keduniaan yang seseorang itu sandang.

Berkisar tentang jodoh, usia aku masuk arena kemuncak pertanyaan dan suruhan untuk berkahwin. Normal. Cumanya seikhlas hati aku katakan, mahu petik calon sesuka hati bukan semudah memetik cili di tangkai. Dan masak spagetti jauh lebih mudah.

Apatah lagi dengan keadaan aku yang begini. Yup begini. Chronic pain yang jika aku sebut ramai akan ternganga apakah alien yang aku sebutkan tu. Yes, kalau rajin sila google Fibromyalgia. Kesakitan sepanjang masa di semua tempat serta emosi yang selalunya tidak stabil. Memang penat weh jika orang tu nak jaga aku dan ada di sisi tiap masa. Penat tengok aku. Which sepatutnya menjadi penyejuk mata pendamai hati. Yes, tiada siapa yang sanggup untuk me-mampu-kan diri.

Sukar nak cakap, tapi untuk memudahkan cerita supaya orang faham, aku akui aku setuju dengan kata-kata kamu. Seperti yang kamu harapkan, aku juga inginkan seseorang yang boleh bersama memikul beban kesakitan yang aku lalui tiap hari, seseorang yang boleh aku berkongsi derita, seseorang yang boleh memberi bahu menadah tangisan kesakitan aku saban waktu.

Memang mudah dan indah jika nak cakap, "mesti ada punya seseorang yang akan tahan semua ni dengan kamu". "Bila kahwin nanti akan lain, dia akan support kamu sepenuhnya tiap masa". Dan pelbagai lagi ayat2 indah. Indah. Imaginasi manusia memang hanya mahukan yang indah2 belaka.

Tahukah kamu bagaimana teruknya kesakitanku tiap saat dan tika? Tahukah kamu bagaimana emosi boleh bertukar deria? Seringkali waktu aku kesakitan dan kemurungan, sahabat2 terpaksa menarik aku kemas dalam dakapan hangat meredakan kepiluan dan kekusutan di jiwa. Dan biasanya tangisan aku akan terhambur di bahu mereka. Yup, aku menulis dengan birai mata menakung air, jiwa menahan sebak.

Kerna itu aku sentiasa berfikir, manusia, sejauh manakah mampu bertahan dengan emosiku yang selalu tak stabil. Manusia, sekuat manakah dia akan bertahan untuk menjaga seorang yang sentiasa kesakitan. Pasti ada masanya turut sama melenting dan meluah rasa perit menjaga seorang pesakit. Apatah lagi jika impian dan harapannya pada sebuah perkahwinan adalah yang indah dan mahukan seorang pendamping yang mampu memberi segala keperluan jiwa.

Tidak bermakna aku katakan mereka tidak baik. Dan tidak bermakna aku sahaja yang betul. Cumanya menjaga isteri yang sakit juga adalah ujian besar buatnya. Pasti dia akan jatuh jua pada kemuncak kepenatan. Penat emosi mungkin. Kerana fitrah kita ini yang cenderung untuk jadi begitu. Fitrah. Bukan salah seorang suami itu. Ia hanya fitrah.

Sahabat2 ku sudah masuk ke era pelepasan mungkin. Setelah perjalanan meraih sebuah ijazah sarjana muda berakhir. Maka berakhir jua kepenatan emosi mereka melihat diriku yang sentiasa kesakitan. Berakhir jua kepenatan pada sebuah penjagaan yang hampir sempurna buat sahabat yang sakit. Seriyes, aku selalunya untuk menjaga diri pun masih fail akibat kesakitan ini.

Jadi sejujurnya, aku tidak mahu menambah beban buat seseorang. Seseorang yang akan terpaksa menghadap diriku hampir tiap masa. Aku tidak mahu menyukarkan kehidupan seorang dia. Kerna apa yang dia damba selayaknya ada pada wanita-wanita yang jauh lebih baik. Yang tidak punyai sakit kronik sebelum perkahwinan. Jika sihat di awal perkahwinan, sayang dan cinta boleh meresap. Kemudiaanya waktu sakit, hati lebih terbuka untuk menjaga, kerana sayang yang beraja. Aku kira tidak mampu seketul hati itu untuk tiba-tiba menjaga isteri sakit yang baru hendak dikenali hati budinya. Boleh jadi anjakan paradigma begitu. Terkejut juga.

Aku sebenarnya sudah penat mahu menerangkan. Maka kamu baca sahajalah di sini. Mungkin kamu ada fahaman dan pendirian kamu, bahawa ia akan jadi yang indah-indah sahaja pasca perkahwinan buat seorang wanita yang sakit kronik sepertiku. Itu fikir imaginasi kamu. Bagaimana dengan logiknya?

Terima kasih atas segala perhatian daripada kamu atas kesakitan dan perlunya pada sebuah perkahwinan aku.

Demikian hidup ini adalah tautan daripada segala rasa. Tapi percayalah kesakitan yang diberi adalah kerna dia mahu kita sentiasa mengingatiNya. Dia mahu kita sentiasa merasa perlu kepadaNya..

Sepertinya perjuangan itu takkan berakhir, hingga kedua tapak kaki kita menginjak ke syurga..
Mahu ku singkap tabir hatiku yang kelabu, moganya ada ruang untuk cahayaMu!


p/s: Bila sudah habis ijazah muda, soalan seterusnya, bila mahu sambung belajar? -__- manusia...takkan habis.



18 September 2011

Awak.



Lama saya tak genggam tangan dia erat-erat. Belum pernah dapat kesempatan duduk berbicara seperti waktu dulu. Duduk melega sakit seperti dulu. Duduk membuang tangis seperti dulu. Duduk dalam dakap hangat basah airmata.

Malam ini bicara ringkas kami di tepian jalan sambil suaminya menunggu penuh sabar di dalam mobil. *terima kasih* Hampir akhir sesi bicara ringkas dia berkata-kata, hampirnya speechless.

"Saya sangat bahagia...... Saya rasa nak bagi sikit..... kebahagiaan saya pada awak.."

Saya gelak kecil. Dalam mata kami yang sedia berkaca sejak tadi. Dalam sebak rasa cuba menutur ceria, bercelaru bunyi suara, saya bersuara.

"Saya sangat rindu awak. Saya mimpi awak semalam. Awak cakap ayat yang sama." Saya senyum dalam tangis.

"Hah ye ke?" Matanya melagu kepastian, walau hati sebenarnya sudah percaya.

"Awak nak saya respond sama macam dalam mimpi saya semalam ke?"

Dia angguk.

"Moga awak terus berbahagia. Dan saya kan terus bertahan."

Dia yang sudah terlalu mendalami tentang kondisi diri, seputar tekanan kehidupan serta masalah kesihatan. Sinar mata yang makin berkaca, masih mengharap mampu menghulur bantuan.

"Kesian dia lama tunggu dalam kereta. Please...go.."

"Awak..." Jemari yang masih seolahnya tidak mahu melepaskan. Kerna belum pernah berpisah dalam singkat bicara, serta meninggalkan dalam tangis yang belum selesai.

Kadangkala berat bagi mata, memandang yang disayangi memikul berat beban. Apatah lagi tidak mampu menghulur bantuan sepertinya biasa. Waktu dulu :)

------------------------------

"Awak takpe, kuat."

Bicara yang sangat biasa tiba-tiba ditutur orang sekeliling. Mungkin kekuatan luaran seolahnya jelas terzahir di mata para pemerhati, tapi fragile runtuh rapuh di jiwa entah siapa dapat melihat.


p/s: Awak, penulisan yang mengundang pertambahan kesakitan fizikal. You know very well :)

10 September 2011

Warkah buat cha. Dari Haramain.

Menemui sahabatku Cha yang dikasihi sentiasa
walau dekat atau jauh

Cha,
Rupanya Khamis dan Jumaat adalah hari cuti buat rakyat Sau'di. Sangat ramai orang tawaf di al Haram. Tawaf wida' yang As mulakan pada jam 8 pagi masih belum berakhir walau sudah 45 minit berlalu. Itu dikira sangat lama kan Cha? Apatah lagi waktu Cha pergi, ia bukan dalam Ramadhan. Ramadhan, al Haram padat dengan ummat Islam.

Masih berbaki dua pusingan. Kudrat makin lemah dan kesakitan makin bertambah. Ditambah asakan ramai. Mohon kekuatan daripada Rabbi. As cuba keluar daripada kepadatan. Cuba keluar ke paling luar. MasyaAllah Cha, hampir tiada lantai yang kosong. Penuh dan padat. As cuba berlari di sepanjang dua pusingan terakhir. Sambil hati mohon hanya dua yang satu.

Cha,
Ape perasaan Cha selepas tawa wida' dulu? Bila As keluar daripada al Haram dan berjalan jauh. As toleh ke belakang perlahan. Inikah dia gerangan yang bakal dirindui? Masalahnya hati da sedia berat time tuh. Kenapa Cha? Cha pernah rasa, mungkin sama tapi tak serupa rasanya kan?

Cha,
mungkin orang akan berkirim doa tentang jodoh untuk di bawa ke Jabal el Rahmah. Tapi as kagum bila Cha kirim doa tentang ukhuwwah kita ber-4. As sendiri hanya pandang dari jauh langkah2 yang menapak naik ke atas. As duduk diam-diam kat bawah.

Ada atuk sorang ni tegur time tu, doa lah untuk jodoh sebab As muda lagi. As cakap takpe atuk, As da bawak doa yang lebih best. Maybe. Yes, ukhuwwah kita. Even as fikir semula, doa kat sini betul-betul makbul time wuquf je rasanya. Tapi takpe yang penting doa je.

Cha,
perjalanan ke Madinah ambil masa 6 jam dengan bas. As memang tak boleh lelap. Tengok luar tingkap. As cuma nampak batu dan padang pasir. Sangat terik. Cuaca masa tu dalam 44 darjah celcius. Bergilir-gilir antara batu dan pasir.

Macam tu rupanya Cha. Macam mana zaman Nabi dulu ye Cha. Naik unta je 8 hari. Tengah panas. Diorang kuat ye Cha. Kita je lemah. Terutama bab emosi. Management belum mantap.

Cha,
As sampai di al Haram ke dua. Masjidil Nabawi. Pertama yang As ingat, is you. Kenapa? Sebab as teringat apa yang Cha kongsi antara kita berdua tentang Masjidil Nabawi, tentang Rasulullah s.a.w. Cintakah kita pada baginda Cha?

Tak kira walau di mana, jom sama-sama kita usaha mengamalkan sunnah baginda. Moga Allah letakkan kecintaan di hati kita pada perkara2 yang disukaiNya. Muslimah solehah, Cha. Idaman hati kita di akhir zaman. Moga Allah pandukan jalan. As banyak lagha Cha. As banyak sangat kena belajar lagi, dan kena belajar semula. Cha tolong tegur2 As ye, boleh?

Cha,
bila hati dan perasaan bermasalah, satu je sentiasa menjadi kerinduan. Untuk berada di sana. Haramain. As pasti Cha kat sana pun tak sempat nak masuk otak pasal hal dunia sepenuhnya. Tujuan dalam kepala untuk beribadat semata. Jiwa tenang. Urusan dunia masuk kepala yang penting je. Apatah lagi perkara remeh-temeh. Jauh sekali hal-hal hati dan perasaan.

As suka diri As yang begitu, even sakit pun as letak tepi. Kat sana pun as selalu jalan malam sorang-sorang. Kadang sekadar nak tenangkan jiwa. Kadang tah tak tahu kenapa. Seronok jugak tengok manusia berlumba beribadat. Berlumba mencari tempat.

Cha,
As sebenarnya ingatkan as takkan ada rasa sedih pasal perkara ni. Hati ni takkan rasa dicarik walau sedikit. Rupanya as kalah Cha. Mata bertakung jugak airmata. Mesti Cha tertanya pasal apa. As pun tak mampu nak cerita Cha. Tapi As mampu deviate kan jiwa dengan tulis warkah buat Cha. Tentang memori al Haram. As pasti Cha pun ada kerinduan. Teringin untuk menjadi tamunya Rasulullah kembali.

InshaAllah Cha, ada kesempatan, ada rezeki, ada jemputan Ilahi, Dia akan bantu kita menebus semula perkara-perkara yang kita rasa belum cukup baik terlaksana di sana. Moga Allah bantu kita.

Cha,
sampai sini dulu As tulis. Ada masa As tulis lagi. Tak sangka kesedihan hati membawa pada penghataran warkah buat seorang sahabat, Karimah Fakhriah my dear Cha Cha.

May Allah bless.

6 September 2011

May Allah bless

Saya bersiap adjust pakaian check aurat selepas berwudhu'. Sahabat saya sudah selesai menghampar sejadah. Tiba-tiba terdengar, iqamat disebut siap2.


Saya senyum, menghampiri sahabat. Sudah terlalu faham taktik dia untuk menjadikan saya sebagai imam. Bersiap dan iqamat segera sebelum saya bersedia.

nota: iqamah disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan solat.

-----------------------------------------------------------------------

"As, ubat dah makan?"

"As, ni ubat awak kita dah bawak."

"As, ubat awak nak habis da kan. Nak pergi ambil bila?"

"As, meh kita bawak barang awak."

"As, boleh drive tak sakit macam ni?"

"As, sakit sangat? Nak kita tolong?"

"As...kesiannya tengok awak...kita tatau nak tolong macam mana."

"As..meh nak tolong iron baju awak."

Dia sahabat yang banyak bertanya soalan di atas. "Awak" dan "kita", itulah cara dia. Dia sahabat yang mempunyai sahabat pesakit kronik. Menjaga mengalahkan nurse dan doktor. Bertahun menjaga ubatan, kesihatan dan diri saya. Bilik hostel bersebelahan, duduk bersebelahan di dalam kelas selama 4 tahun, sentiasa bersama hampir ke mana sahaja.

Yang sangat memahami sakit saya. Yang sangat tahu setiap butir bicara doktor-doktor saya. Yang sangat bersabar menjaga saya yang kesakitan dan sangat bersabar menjadi sahabat saya.

Yup, terlalu rapat.

----------------------------------------------------------------

Saya rindu sharing session tepi pantai waktu malam. Saya rindu perkara luarbiasa yang kita semua buat musim exam. Saya rindu pelukan kasih kamu tatkala saya menangis kesakitan. Saya rindukan peneman waktu tidur malam saya. Saya rindu tepukan kasih mendodoi tidur. Yup, sahabat kamu yang sangat sukar untuk lena. Lenyap dalam mimpi gelap dengan sentuhan lembut penuh kasih.

Kasih-sayang, keluhuran budi, perhatian dan empati. Saya mohon Allah jadikan saham akhirat buat kamu. Antara sahabat saya yang terbaik budi dan akhlaknya. You rock my dear~

Thanks for being there. Thanks for showing me what true friends are like. For your love and this friendship. For everything else, the memories..the time we spend together..
Terima kasih tak terhingga. Tatau nak cakap macam mana. Wa sila tanya hati ni ye..

----------------------------------------------------------------


Wa, melepaskan kamu pergi. Dijaga dengan baik oleh seorang sahabat. Hakikat merasa jarak yang jauh, juga permulaan baru dalam kehidupan seorang BFF. Oh term BFF itu ibu mertua kamu ajarkan pada saya. Ingat lagi? ;)

Bertahun bersama, kita da graduated. Setiap kita mulakan kehidupan baru dan berbeza. Terutama Wa, dengan transition yang besar. Heh. Kami sedih, kami sayu. Tapi kami berkongsi gembira. Kami pasti kamu akan dijaga dengan baik. As meletak jawatan sebagai fotografer rasmi Wa, dan penjaga Wa. 'Penjaga' pada bab-bab special :)

Moga ada berkat dari awalnya.

The best I could say.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.”

Ameen.

--------------------------------------------------------------

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Selamat bergelar Puan. Selamat menjadi isteri solehah. Kamu sudah selangkah ke jannatul firdaus tertinggi inshaAllah. Ameen.

Kami, pemerhati jauh. Mohon bahagia, berkat dan redha Allah. Dalam sukar, pahit atau manis kehidupan baru kamu.

Cha, Kiniey..Susah nak cari gambar ber-3 :)


Cha, Kiniey dan Wa. Mereka, antara sebab saya kekal tabah bersama chronic pain. Mereka, adalah senyuman dan kekuatan saya! Moga keimanan yang menyatukan. Wa, still remember the night we renew the friendship?

Yes, please remember we always love you.

4 September 2011

Rindu

Telah wujud satu rindu
Lama terbenam dalam kalbu
Hanya khabar sayup di telinga
Dengan gambar
tambah sayu.

HambaMu datang menyahut seruanMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Tiada sekutu bagiMu

Allahu..
Ingin hati bicara cinta
Namun bimbang diri berdusta
Jiwa tidak selayaknya pada syurga
Namun pasti
jasad ini tak tertahan panas neraka

Tujuh keliling di rumah suci
Mulut berdoa tiada henti
Ampuni kami Ya Allah
Ampuni kami Ya Rahman
Ampuni kami Ya Rahim
Jiwa hamba merasa besarnya dosa
Dosa-dosa..

Marmar putih dicecahkan dahi
Takut dan harap berselang seli
mohonnya rahmat dari Rabbi
Ruh sejuk..
Ketenangan perlahan-lahan
mengantar ke segenap urat nadi



Makkatul Mukarramah
6 Ramadhan 1432H