Kehidupan itu pasti bakal melalui pelbagai fasa, daripada kecil, dewasa hingga menjadi warga emas. Emas yang mendalam maknanya. Semakin bertambah usia, seharusnya semakin 'cerah' cara pemikiran kita. Lebih dewasa, jua meletakkan rasional di depan emosi.
Selesai sudah zaman pembelajaran saya di segala peringkat sekolah. Beralih pada fasa 'percutian' selepas graduasi. Mungkin ramai yang meletakkan ia sebagai fasa 'menanam anggur' mewakili diri mereka yang officially unemployed, tapi saya fikir mereka silap.
Selagi mana kita bergerak melakukan pelbagai kerja, termasuk kerja-kerja rumah seperti mengemas dan membantu ibu ayah, itu tidak dikira menganggur. Kan?
Fasa selepas graduasi juga adalah satu tarbiyah (didikan) buat seorang insan. Jika mereka merasa bosan duduk 'bercuti' di rumah, bosan itu juga satu tarbiyah. Itulah indahnya Islam. Tinggal lagi untuk seorang insan sama ada mahu mengutip pesanan-pesanan daripada Penaja alam tempat tinggal sementara kita ini.
Tamat pembelajaran, Ibu berpesan, duduk-duduk lah dahulu di rumah sebulan dua, usahlah bekerja. Saya, sebagai anak muda yang ada kalanya teringin hati menjengah dunia perkerjaan selepas tamat belajar, agak mempersoalkan permintaan itu pada mulanya. Namun hakikat redha Allah adalah pada redha ibu bapa, hati merasa tenang semula.
Tidak saya sangka Allah hadiahkan percutian yang sangat menDEWASAkan diri saya sebagai wanita, sebagai insan, seorang hamba jua sebagai seorang anak dan kakak kepada adik-adik. Hadiah yang saya kira paling bermakna dalam pengalaman kehidupan.
"Fasa komitmen sepenuhnya di rumah selepas graduasi, memberi tarbiyah yang sangat menDEWASAkan. Terima kasih Allah untuk pengalaman yang ada kalanya pedih tetapi sangat indah dan mantap. This is BAITI JANNATI!"
Saya seorang yang sangat-sangat banyak kekurangan jika kita menyebut perkataan 'rumah' sebelum ini. Lemah serba serbi agaknya. Alhamdulillah, Allah memantapkan jiwa dan perbaiki amalan saya melalui tarbiyah pasca graduasi. Allahuakbar!
Pada minggu yang akan menjengah, fasa kehidupan yang baru pula menghiasi taman kehidupan sementara. Again, permintaan ayah dan ibu. Alhamdulillah saya akan memulakan alam perkerjaan official yang pertama. Yelah, zaman praktikal di hospital tidak dikira official walau mungkin para doktor tidak tahu, banyak imej dihasilkan oleh pelajar *thank you teacher, thank you all hosp staffs!* Saya terpaksa menolak tawaran ke Haramain pada Ramadhan mendatang demi redha kedua ibu ayah yang mahu saya bekerja dahulu, redha yang saya kira wasilah untuk saya mendapat redhaNya. *Sape tanak pergi jengah Kaabah kan?* Ibu sebenarnya mahu saya membuka minda, banyak berfikir, mendalami ilmu baru dan tidak hanya sibuk di rumah. *serious, memang sangat sibuk jika betul fokus kerja-kerja di rumah. Percaya?*
Saya telah sedikit macam berniat untuk keluar daripada bidang yang saya belajar sebelum ini, sama ada untuk berkerja atau sambung belajar. Jadi kali ini saya akan bergandingan dengan pelbagai insan daripada bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah syarikat minyak, inshaAllah. Jika diberi medical term mungkin saya boleh mengangguk faham, tapi kali ini pelbagai term baru akan saya tempuh, dan jua alam pekerjaan yang totally different from what I've been taught. I don't have any real feelings at the moment, seriously. No excitement, no fear, no sadness. Just, I really wanted to seek His redha...really really wanted too.
I can't thank you enough Dear Allah. Ibadahku, perlakuanku belum cukup menyatakan kesyukuranku padaMu. Jika pada redha ibu dan ayah jalan menuju redhaMu, maka permudahkan langkahku. Berikanlah yang yang terbaik untuk dunia dan akhiratku.
18 June 2011
Fasa-fasa yang berubah
15 June 2011
Hati, sila duduk diam.
Bolak sana. Bolak sini.
Itulah hati yang sentiasa berbolak-balik. Hangatnya bumi disinari mentari moga sejuk tenggelam dalam kegelapan malam. Tapi kadang-kadang ada jugak sinar cahaya bulan bulat penuh dalam sebulan, cerah memberi cahaya.
Hati yang terluka. Hari ini kita memaafkan, ada masa kita menangis kembali teringatkan peristiwa lepas. Hari ni kita dapat HIV +ve sebab kecuaian manusia, esok lusa kita rasa sakit sangat di dalam dada mengenangkan sikap para perawat di hospital. Lusa kita maafkan kembali. Minggu depan rasa sakit terluka akan kembali.
Hehe tok guru pinjam cerita buat masuk script sket :)
Begitulah hakikatnya hati. Yang sangat memerlukan bantuan Ilahi untuk tetap padaNya. Tiba masa macam ni, boleh pulak hampir terlupa kita ada Yang Maha Mendengar dan Memberi.
Wahai Tuhan pemilik segala hati, yang membolak-balik kan hati ini, tetapkanlah hati ini kepadaMu, supaya tetap pada apa yang diredhaiMu.
Lemah. Itulah hakikat manusia. Seorang hamba yang lemah, yang sentiasa memerlukan Ilahi. Tapi ada masa kita menyalahgunakan amanah dan tanggungjawab yang diberi hingga memberi kesan kepada hambaNya yang lain. Di saat itu nantikan sahaja neraca milik Allah di akhirat nanti. Manusia yang ditindas akan datang pada kita menuntut kebaikan yang ada untuk dimasukkan ke dalam akaun mereka.
Allah, tunjukkan keadilanMu. Tidak di sini, di akhirat nanti daku menanti. Neraca timbangan di negeri abadi. Hidup di dunia yang sementara, apalah yang ada pada kuasa dan nama. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala isi hati.
Kat sekolah universiti sebelum ni aku banyak berlakon. Berlakon kuat, tabah dan tak nampak sakit supaya tiada siapa risaukan atau tanya ape2 pasal kesakitan. Aku cuba yang terbaik dan tidak pernah berjanji untuk menjadi perfect dan perform. Maka itulah aku. Sebaik dan seadanya, hanya buat mata-mata hati yang mahu melihat. Then, apa orang-orang mahu claim pada aku, aku serah antara dia dan Ilahi.
Hati yang terluka, hati kan. Da pujuk dia okay. Bila teringat akan terasa balik. So kena pujuk lagi dan lagi.
Sama macam taubat, taubat kemudian terbuat dosa lagi tiap hari. Taubat lagi dan lagi. Dan Allah menyukai orang-orang yang bertaubat banyak kali (Al-baqarah:222)
Ampunkanlah dosa-dosa hati yang berbaki, Ya Allah. Bantulah kami melupakan kesedihan di hati dan tanamkanlah rasa gembira menanti wangian syurga Firdausi.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." [3:139]
11 June 2011
Jika itu dalam redhaMu
Kerap kali berbicara dengan Tuhan, sudah pasti. Talian percuma yang sepatutnya direbut setiap jiwa insan. Sejak bertimpa dugaan tentang hubungan saya dan insan mulia. Mohon ditunjuk jalan kebaikan serta dibukakan jalan tenang.
Hati pasti tertanya, jiwa pasti mahu koreksi. Apa kesilapan yang boleh dibaiki, apa kelemahan yang mampu diatasi.
Hari ini Jumaat, rezeki mendengar khutbah solat Jumaat ulamak yang disegani di negeri Terengganu ini.
Hanya mendengar dari jauh sebagai golongan yang tidak diwajibkan solat Jumaat ;)
Seputarnya kisah dakwah kekasih Allah, Rasulullah s.a.w di Taif. Terasa hati sepertinya disiram dengan air. Seolahnya diubati dengan takdir Allah hari ini.
Akibat dilukakan dan ditindas di Taif, baginda berdoa,"Ya Allah, Engkaulah Tuhan mereka yang lemah dan yang ditindas. Kepada siapa Kau tinggalkan aku? Adakah kepada mereka yang tidak mengenaliku atau kepada musuhku. Jika tiada murkaMu, maka aku tidak bersalah. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat. DaripadaMu jualah aku ditimpa kemarahanMu atau murkaMu. KepadaMu lah aku tetap merayu hingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau."
Rasulullah s.a.w yang penuh sifat kasih tidak pernah menaruh dendam apatah lagi mendoakan keburukan kepada mereka yang pernah menyakiti Baginda.
Kesakitan itu neither forgive nor forget. Perkara sakit bukan mainan apatah lagi boleh direka. Hanya yang pernah merasa kesakitan chronic mampu menyelami. Juga buat hati yang mahu memandang dengan iman.Saya cuma mengharapkan luka ini tidak terlalu dalam. Memaafkan itu pasti buat insan yang dimuliakan.
Jika itu yang Kau redha, maka aku redha Ya Allah. Sembuhkanlah hati hambaMu!
Ya Allah...saya dapat ubat hati yang indah hari ini. Pada Yaumul Barakah! Subhanallah, Allah sangat baik! :)