7 April 2011

Setenang Malam

p/s: Air Terjun Batu Kawah. My fav place ever. Photo taken at Kuala Sentul, Maran.

Malam ini seperti kebiasaannya tetap kekal indah bersama bintang yang bertaburan di dada langit. Bulan sabit warna oren indah seolahnya tersenyum bahagia.

Jika dulu saya akan sungguh bersemangat melihat malam yang penuh dengan bintang-bintang. Seorang jurugambar akan melihat peluang ini untuk menambah koleksi gambar-gambar star trail. Tidak lagi kini, semangat pada fotografi hilang entah ditiup angin atau dibawa awan.

Kata saintis hilang minat pada sesuatu yang sangat digemari adalah tanda-tanda depresi. Yup memang betul, sejak saat saya tidak berapa mahu bersahabat lagi dengan fotografi, saya juga telah diberi ubat anti-depresi. Untuk dua bulan yang lepas ia telah sangat membantu membentuk emosi yang lebih positif dalam diri saya. Sayang betul, bantuan ubat diperlukan. Kata doktor, penyakit saya, Fibromyalgia memang wajib dikaitkan dengan penyakit depresi atau tekanan.

Biasanya perkara yang paling membuatkan saya sangat tertekan bukan kesakitan 24-jam itu sendiri, tetapi kerja-kerja sekolah yang tidak dapat saya duduk dan selesaikan akibat kesakitan. Yup, itulah punca utama yang akan menyebabkan timbulnya masalah emosi.

Saya sebenarnya sangat tidak kisah dengan kerja-kerja yang diberikan, cuma sangat sedih apabila badan tidak mampu buat apa-apa dan minda tidak mampu fokus. Apatah lagi kita hanya terbaring di katil berhari-hari sedang masa berjalan dengan due date yang diberikan.

Apa-apa pun, walaupun sesetengah pihak telah dimaklumkan akan status kesihatan kita, jangan berharap apa-apa..cuma teruslah memaksa diri untuk berfungsi exactly like other normal healthy classmates.

Disebabkan limitation kesakitan menyebabkan masa, tenaga dan fikiran hanya dapat digunakan separuh sahaja. Maka begitu jugalah dengan hasil kerja saya. Asalkan siap untuk dihantar. Begitu jugalah waktu menjawab soalan peperiksaan. Terbaik yang termampu saya lakukan dalam kesakitan. Sedangkan terbaik yang saya lakukan, sudah melebihi tahap kemampuan diri saya, dan hanya separuh daripada intelek yang Dia kurniakan. Dush.. Terbaik dalam keadaan begini, untuk mencapai tahap bagus sudah pasti jauh sekali.

Saya boleh memilih untuk kecewa dengan Dia, tapi redha cukuplah. Kadangkala saya akan persoalkan jugak, waktu-waktu yang saya sedikit 'kurang oksigen'. Bila persoalkan, boleh jadi lebih bercelaru dan berserabut. Kenapa dan kenapa. Paling penting, kenapa saya tidak lagi saya yang dulu? Saya yang sihat dan cemerlang dalam akademik jua ko-kurikulum. Sekarang semuanya terbalik.

Sedang saya menaip sekarang ini, bahu dan tulang belakang rasanya seperti diketuk-ketuk dengan tukul dan kaki seperti di pulas-pulas. Badan seperti diserang demam, penatnya seperti sedang berlari tanpa henti dua hari dua malam. Tidak pernah saya kongsi perkara ini kepada kamu, tapi kali ini lain. Saya jauh sekali harapkan simpati. Sekadar memberitahu antara keadaan yang berlaku.

Saya kadang kala hanya mendengar orang-orang sihat mengeluh itu ini tentang kerja-kerja sekolah di depan saya. Saya memandang dia dan berfikir. Sesungguhnya nikmat kesihatan belum cukup untuk dia rasa lega dan bersyukur. Itulah antara sebab Allah turunkan sakit buat saya, supaya menjadi tarbiyyah membentuk menjadi seorang yang lebih sedikit bersyukur. Kerana manusia itu sentiasa lupa untuk bersyukur.

Kala ini saya sedikit tertekan (er sebenarnya banyak). Just that, inability to complete the task at the time being due to terrible pain cause me to be really depress.

Biasanya saya mampu tersenyum bahagia, gelak ketawa walaupun sedang kesakitan. Masih mampu pura-pura kuat dan selesaikan semua tugasan. Tapi ada kalanya inilah saya, depresi nya terlebih sedikit kerana terlebih sakit dan mempunyai lebih kerja untuk dibuat. Tambah-tambah lagi masih ada kertas-kertas peperiksaan yang perlu dihadapi. Saya pun buntu, mahu revise atau complete kan kerja? Hehe. Dua-dua pun saya tidak mampu lakukan saat ini. Minda tidak mampu berfikir kerana terlalu sakit dan badan...usah diceritakan lagi. Heh. Sepatutnya buat dua-dua lah. Isy!

Setenang langit malam, begitulah saya harapkan diri dan hati saya saat ini...ketika Allah mencabut seketika ketenangan dari hati, hilang nikmat hilang upaya jiwa.

Er lagi satu, boleh tolong kurangkan sakit saya sedikit jugak kan Ya Allah? He saya tahu Allah sangat baik :)
Tak esok tak lusa tak tulat, minggu depan kuranglah sedikit. InshaAllah..

Sabarlah dengan sabar yang indah..Andai tersungkur bangkitlah..Moga ketemu penawar yang mengocak jiwa..

6 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

assalamualaikum,
moga as sentiasa beroleh kesabaran, ketabahan dan insya-Allah penawar bagi ujian yg as lalui.

sbg pesakit, sy memahami penderitaan ini bahkan ketabahan as sgt2 mebantu. kalau tidak, nama penyakit Fibromyalgia ni pun sy tak pernah tahu dan dgr sebelum ni.

slagi terdaya, teruskan bkongsi krn sgt byk manafaatnya dan mmg sy fhm bahawa bkn tujuan kita mengharap simpati. byk renungan dan panduan hidup yg boleh dipelajari bagi yg mengerti.

cerita dlm perkongsian as kbanyakannya sama (sebenarnya lebih) dgn apa yg sy lalui terutamanya dlm soal consideration terhadap masalah kita (maklumlah mereka sihat)

melalui pkongsian ini juga menyebabkan sy malu dgn keluh kesah sy sebagai pembawa hiv.

teruskan perjuangan, insya-Allah doa2 keluaraga, sy dan rakan2 as yg lain sentiasa mengiringi.

p/s- ganbar2 kat blog as ni byk yg sy jadikan wallpaper kat laptop & netbook sbb sy mmmg sukakan gambar2alam, cantik. sori ek, ;D

Salehuddin Lokman said...

As seorang yg tabah, itu sgt sy respect. Saya dapat lihat masa as dtg jmpa sy aritu. Nnti bila dh grad, xperlu dtg lah utk clearance. msg sy je insyaAllah sy minta tlg kawan uruskan sbb skrg i'm no longer handling student database, da tuka skope koje hehe

As said...

AHP
aa jangan macam tu segan As :D
setiap kita diberi ujian pada kadar yang kita mampu je..so apa yang ditimpakan da cukup buat kita rasa berat tak kira apa pun jenisnya. Yang penting kita salu tengok orang kat bawah kan.. :)
Terima kasih bagi ceramah motivasi ;p

Abe Din ;D
wah dapat offer best ^_^
terima kasih :)
aik abe din da tukar eh..i see. Baru la kot ni kan..

Salehuddin Lokman said...

a'aa br sgt, masa as dtg tu dh ujung2 karier dlm student unit hehehehe. syg tinggalkn unit tu tp dh bos pnya arahan, hamba hnya mampu menurut hehehe

mutiara bd said...

Allah pilih as kerana as terpilih dari yang lain..

Anonymous said...

assalamualaikum as..(^_^) bile bace entry2 kt blog awk.. membuatkan sy sedar ttg erti kehidupan, kesakitan n keperitan..seriously, sy kagum dgn semangat awk..seorang wanita y tabah & sentiasa berpegang teguh kpd ajaran allah..suka bace entry awak..walaupun sakit, tp awk kuat semangat...smoga awk cpt sembuh..sy pn akn doakan awk...amin..