5 April 2011

Final concerto

start off again by As |||
start off again, a photo by As ||| on Flickr.

Alhamdulillah sekarang berada di fasa "King of the Finals", peperiksaan akhir semester yang terakhir sebagai pelajar undergraduate inshaAllah. Excitement belum terasa cuma sedikit kerisauan melanda.

Mungkin sekadar cuitan gangguan perasaan yang sepatutnya diabaikan. Sebab apa yang patut adalah berusaha sebaik mungkin dan redha akan keputusan akhir daripadaNya.

Exam? Hmm...ramai pelajar akan stuck dengan musim exam dengan sikap examingitis atau dalam bahasa orang London, demam exam. Entahlah, saya dan sahabat tidak pernah melatih diri demam bersama-sama exam. Sebab..dalam hidup ni, for that period, hidup ni bukan semata-mata untuk belajar, bukan semata-mata untuk exam.

Ramai yang berubah sikap secara tiba-tiba bila musim exam. Saya tidak merasakan itu satu keperluan yang tinggi. Sekurang-kurangnya ini apa yang saya fikir. Berusahalah sekadar mampu, panjatkan doa, tawakkal lah kepada Nya.

Berusaha jangan sampai tak nampak sahabat-sahabat sekitar, jangan sampai abaikan hak sahabat-sahabat. Dan jangan sampai abaikan hak untuk badan...dan sebagainya lah. Jangan jadi extremist :D

Wah nasib baik sahabat-sahabat saya jenis easy going waktu musim exam. Kami masih keluar bersama-sama, buat perkongsian ilmiah bersama, makan-makan, sembang-sembang tentang kehidupan..yang penting buat sesuatu yang memaknakan. Bukan sekadar makan tidur solat study sampai orang sekitar dibokehkan (atau di kabur kan) dari pandangan mata.

Pandanglah dengan mata hati, pandanglah dunia dengan pandangan mata akhirat. Exam ni salah satu ujian kehidupan jugak sebenarnya, Allah mahu lihat bagaiman kita memberi reaksi terhadapnya. Pentingkan diri? Masih mahu membantu sahabat-sahabat? Atau..?

Allah akan membantu kita selagi mana kita membantu saudara kita yang lain.

Konsert terakhir inshaAllah. Dan saya yang masih dilema sama ada untuk menamatkan riwayat zaman white coat oleh kerana ketidak-upayaan diri akibat Fibromyalgia, atau mahu meneruskan harapan untuk berbakti di hospital.

Saya mahu, apa yang Allah mahu untuk saya. Apa yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa yang terbaik untuk saya berbakti jika tidak pada pesakit di hospital. Saya, masih berharap keajaiban berlaku, saya masih sayangkan kerjaya di hospital..walaupun cabarannya bukan sedikit kerana ia melibatkan kualiti kehidupan dan nyawa pesakit..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. So, kita, risau ape? Usaha jelah, inshaAllah Dia tunjukkan jalan :)

4 comments:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

terharu sy membacanya & terasa ujian sy hanya secubit berbanding as.

syafakallah... moga sukses & tabah selalu.

t kasih mebntu sy dgn cara bkongsi pengalaman ini.

'atiqah said...

salam.
as, akk baru nak belajar benda ni, 'apa yg telah diusahakan, natijahnya, kita serah pada yang SUPER POWER'
jom, sama2! =)

As said...

AHP: saling sokong menyokong dan saling mendoakan..As sangat ingat ayat AHP ni..moga jadi saham di akhirat, penguat perjuangan di dunia..

Kak Tiqah~!
barakallahufik :)

Anonymous said...

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned.


jazakallahu khairan kasira