Hingga detik ini, tak termampu rasa diri menghitung nikmat kurniaan Ilahi..
Hari ini kertas terakhir sebagai pelajar undergrad. Kertas sahaja yang terakhir, belum lagi peperiksaan terakhir :) Saya berharap sebelum ini supaya tidak sakit langsung untuk kertas yang terakhir ini. Alhamdulillah dimakbulkan. Cuma sakit belakang dan pergelangan tangan. Ok sangatlah tu dibandingkan dengan kesakitan pada paper-paper sebelum ini.
Saya niat mahu berikan yang terbaik untuk kertas yang terakhir ini. Kali ini tidak perlu keluar awal kerana sakit bahu seperti biasa dan performance yang best semestinya kerana kurang terganggu dengan sakit. Niat yang segera dimakbulkan. :)
Masih berbaki satu lagi peperiksaan, viva voce yang merangkumi 4 tahun pembelajaran di bumi UIAM. Hanya setengah jam, but they could ask you anything under the sun. Heh.
Ada seperkara lagi yang kadangkala saya rasa malu dengan Allah. Saya tidak pernah meminta untuk dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, tersangat baik. Tapi Allah berikan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Tambah lagi apabila sahabat yang dikurniakan, dibina atas dasar keimanan kepada Tuhan. Menambah hebat lagi nikmat yang Allah kurniakan.
Saya tidak nafikan, sahabat-sahabat yang baik, merupakan antara sebab saya kekal tabah menghadapai hari-hari dalam kehidupan sebagai pesakit Fibromyalgia. Senyum mereka kekuatan saya.
Tiada apa yang menghubungkan kami, melainkan keimanan kepadaNya. Kerana keimanan itulah membuatkan ia terasa terlalu manis. Untuk merasai dengan iman, bukan mudah. Banyak yang dihadapi, ujian itu lumrah dalam ukhuwwah. Turun naik pada keimanan. Apa yang membezakan bagaimana kita menghadapinya. Semua itu satu pelajaran, satu tarbiyyah membentuk keimanan.
Kadangkala saya seronok memandang merenung secara sembunyi sahabat-sahabat saya. Mereka adalah wajah-wajah yang kadangkala sangat teringin hati ini mempunyai keimanan seperti mereka. Sekarang ini sudah malas mahu renung sembunyi-sembunyi, renung saja sesuka hati ;p
Bila saya katakan, doakan saya jadi sebaik kamu. Air liur yang mereka telan. Masing-masing merasakan diri tidak sempurna iman. *Memanglah tidak sempurna sebab kalian belum kahwin. hehe*
Yup, saya merasakan diri terlalu jauh berbanding mereka. Merasakan keimanan mereka begitu tinggi. Merasakan mereka begitu dekat dengan Ilahi. Kerana apa? Kerana saya dapat merasakan hangatnya persahabatan yang mereka hulurkan. Indahnya kasih yang diberikan. Kerna itu saya merasakan dalamnya sebuah keimanan, antara mereka dan Tuhan.
Bagaimana saya? Masih lagi sibuk koreksi jiwa dan iman..di mana saya...
11 April 2011
Harapan yang termakbul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
doakan saya jadi sebaik kamu as ..
:)
semoga berjaya viva nti ! insyaAllah
Arcane
alamak...As pun telan air liur baca permintaan tu..hehe ^_^
as,
t kasih bkongsi tarbiah & santapan rohani ini. sy sgt2 menghargai.
jika dlm soal ilmu, iman & amal, mmg kena bandingkan dgn org yg lebih ilmu, iman, amal & taqwanya. dlm soal harta & kesakitan bandingkan dgn mereka yg lebih menderita.
alhamdulillah as terus tabah & dpt mjalani 'kertas terakhir'
champion beb ko nye foto semua..
nanti senang aku nak baca pasal firbomyalgia ni..
nobody's perfect beb, aku pun ada terpeleot jugak..hehe.
AHP
thanks atas perkongsian tuh
memandang mereka yang lebih di atas, dan lebih di bawah :)
Angel
tanak panggil deaf, nak panggil angel. heh.
foto tu semua, lama da. bersara da beb. nanti nak start semula lah.
kalau terpeleot nanti sama-samalah tolong tegur2 eh, aci a kan ;)
as kalau bersara lama2 pn foto tetap terbaik. lain mcm foto org yg bila nk shoot, tgk dgn mata hati ni hehe
Abe Din
woot. Teguk air liur as baca statement tuh...
haih papepun take it as du'a kan...
moga Allah cerahkan hati As ni..ameen
Post a Comment