23 April 2011

Musim Semi

Full moon [EXPLORE #68] by As |||
Full moon [EXPLORE #68], a photo by As ||| on Flickr.

"I’m going to smile and make you think I’m happy, I’m going to laugh, so you don’t see me cry, no matter what I’m going to smile. Seeing you happy is more than enough."


Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi
Untuk itu mengapa kau bersedih?
Bersabarlah dengan sabar yang indah
Binalah ketabahan di hati
Redha lah di jiwa
Moga ketemu penawar yang kekal abadi
Daripada Allahu Rabbi!

Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim semi (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku..

Buat semua yang ditimpa kesakitan, sesungguhnya Dia yang menyembuhkan..

No matter what, I am going to smile. For you..

11 April 2011

Harapan yang termakbul

Hingga detik ini, tak termampu rasa diri menghitung nikmat kurniaan Ilahi..

Hari ini kertas terakhir sebagai pelajar undergrad. Kertas sahaja yang terakhir, belum lagi peperiksaan terakhir :) Saya berharap sebelum ini supaya tidak sakit langsung untuk kertas yang terakhir ini. Alhamdulillah dimakbulkan. Cuma sakit belakang dan pergelangan tangan. Ok sangatlah tu dibandingkan dengan kesakitan pada paper-paper sebelum ini.

Saya niat mahu berikan yang terbaik untuk kertas yang terakhir ini. Kali ini tidak perlu keluar awal kerana sakit bahu seperti biasa dan performance yang best semestinya kerana kurang terganggu dengan sakit. Niat yang segera dimakbulkan. :)

Masih berbaki satu lagi peperiksaan, viva voce yang merangkumi 4 tahun pembelajaran di bumi UIAM. Hanya setengah jam, but they could ask you anything under the sun. Heh.

Ada seperkara lagi yang kadangkala saya rasa malu dengan Allah. Saya tidak pernah meminta untuk dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, tersangat baik. Tapi Allah berikan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Tambah lagi apabila sahabat yang dikurniakan, dibina atas dasar keimanan kepada Tuhan. Menambah hebat lagi nikmat yang Allah kurniakan.

Saya tidak nafikan, sahabat-sahabat yang baik, merupakan antara sebab saya kekal tabah menghadapai hari-hari dalam kehidupan sebagai pesakit Fibromyalgia. Senyum mereka kekuatan saya.

Tiada apa yang menghubungkan kami, melainkan keimanan kepadaNya. Kerana keimanan itulah membuatkan ia terasa terlalu manis. Untuk merasai dengan iman, bukan mudah. Banyak yang dihadapi, ujian itu lumrah dalam ukhuwwah. Turun naik pada keimanan. Apa yang membezakan bagaimana kita menghadapinya. Semua itu satu pelajaran, satu tarbiyyah membentuk keimanan.

Kadangkala saya seronok memandang merenung secara sembunyi sahabat-sahabat saya. Mereka adalah wajah-wajah yang kadangkala sangat teringin hati ini mempunyai keimanan seperti mereka. Sekarang ini sudah malas mahu renung sembunyi-sembunyi, renung saja sesuka hati ;p

Bila saya katakan, doakan saya jadi sebaik kamu. Air liur yang mereka telan. Masing-masing merasakan diri tidak sempurna iman. *Memanglah tidak sempurna sebab kalian belum kahwin. hehe*

Yup, saya merasakan diri terlalu jauh berbanding mereka. Merasakan keimanan mereka begitu tinggi. Merasakan mereka begitu dekat dengan Ilahi. Kerana apa? Kerana saya dapat merasakan hangatnya persahabatan yang mereka hulurkan. Indahnya kasih yang diberikan. Kerna itu saya merasakan dalamnya sebuah keimanan, antara mereka dan Tuhan.

Bagaimana saya? Masih lagi sibuk koreksi jiwa dan iman..di mana saya...

7 April 2011

Setenang Malam

p/s: Air Terjun Batu Kawah. My fav place ever. Photo taken at Kuala Sentul, Maran.

Malam ini seperti kebiasaannya tetap kekal indah bersama bintang yang bertaburan di dada langit. Bulan sabit warna oren indah seolahnya tersenyum bahagia.

Jika dulu saya akan sungguh bersemangat melihat malam yang penuh dengan bintang-bintang. Seorang jurugambar akan melihat peluang ini untuk menambah koleksi gambar-gambar star trail. Tidak lagi kini, semangat pada fotografi hilang entah ditiup angin atau dibawa awan.

Kata saintis hilang minat pada sesuatu yang sangat digemari adalah tanda-tanda depresi. Yup memang betul, sejak saat saya tidak berapa mahu bersahabat lagi dengan fotografi, saya juga telah diberi ubat anti-depresi. Untuk dua bulan yang lepas ia telah sangat membantu membentuk emosi yang lebih positif dalam diri saya. Sayang betul, bantuan ubat diperlukan. Kata doktor, penyakit saya, Fibromyalgia memang wajib dikaitkan dengan penyakit depresi atau tekanan.

Biasanya perkara yang paling membuatkan saya sangat tertekan bukan kesakitan 24-jam itu sendiri, tetapi kerja-kerja sekolah yang tidak dapat saya duduk dan selesaikan akibat kesakitan. Yup, itulah punca utama yang akan menyebabkan timbulnya masalah emosi.

Saya sebenarnya sangat tidak kisah dengan kerja-kerja yang diberikan, cuma sangat sedih apabila badan tidak mampu buat apa-apa dan minda tidak mampu fokus. Apatah lagi kita hanya terbaring di katil berhari-hari sedang masa berjalan dengan due date yang diberikan.

Apa-apa pun, walaupun sesetengah pihak telah dimaklumkan akan status kesihatan kita, jangan berharap apa-apa..cuma teruslah memaksa diri untuk berfungsi exactly like other normal healthy classmates.

Disebabkan limitation kesakitan menyebabkan masa, tenaga dan fikiran hanya dapat digunakan separuh sahaja. Maka begitu jugalah dengan hasil kerja saya. Asalkan siap untuk dihantar. Begitu jugalah waktu menjawab soalan peperiksaan. Terbaik yang termampu saya lakukan dalam kesakitan. Sedangkan terbaik yang saya lakukan, sudah melebihi tahap kemampuan diri saya, dan hanya separuh daripada intelek yang Dia kurniakan. Dush.. Terbaik dalam keadaan begini, untuk mencapai tahap bagus sudah pasti jauh sekali.

Saya boleh memilih untuk kecewa dengan Dia, tapi redha cukuplah. Kadangkala saya akan persoalkan jugak, waktu-waktu yang saya sedikit 'kurang oksigen'. Bila persoalkan, boleh jadi lebih bercelaru dan berserabut. Kenapa dan kenapa. Paling penting, kenapa saya tidak lagi saya yang dulu? Saya yang sihat dan cemerlang dalam akademik jua ko-kurikulum. Sekarang semuanya terbalik.

Sedang saya menaip sekarang ini, bahu dan tulang belakang rasanya seperti diketuk-ketuk dengan tukul dan kaki seperti di pulas-pulas. Badan seperti diserang demam, penatnya seperti sedang berlari tanpa henti dua hari dua malam. Tidak pernah saya kongsi perkara ini kepada kamu, tapi kali ini lain. Saya jauh sekali harapkan simpati. Sekadar memberitahu antara keadaan yang berlaku.

Saya kadang kala hanya mendengar orang-orang sihat mengeluh itu ini tentang kerja-kerja sekolah di depan saya. Saya memandang dia dan berfikir. Sesungguhnya nikmat kesihatan belum cukup untuk dia rasa lega dan bersyukur. Itulah antara sebab Allah turunkan sakit buat saya, supaya menjadi tarbiyyah membentuk menjadi seorang yang lebih sedikit bersyukur. Kerana manusia itu sentiasa lupa untuk bersyukur.

Kala ini saya sedikit tertekan (er sebenarnya banyak). Just that, inability to complete the task at the time being due to terrible pain cause me to be really depress.

Biasanya saya mampu tersenyum bahagia, gelak ketawa walaupun sedang kesakitan. Masih mampu pura-pura kuat dan selesaikan semua tugasan. Tapi ada kalanya inilah saya, depresi nya terlebih sedikit kerana terlebih sakit dan mempunyai lebih kerja untuk dibuat. Tambah-tambah lagi masih ada kertas-kertas peperiksaan yang perlu dihadapi. Saya pun buntu, mahu revise atau complete kan kerja? Hehe. Dua-dua pun saya tidak mampu lakukan saat ini. Minda tidak mampu berfikir kerana terlalu sakit dan badan...usah diceritakan lagi. Heh. Sepatutnya buat dua-dua lah. Isy!

Setenang langit malam, begitulah saya harapkan diri dan hati saya saat ini...ketika Allah mencabut seketika ketenangan dari hati, hilang nikmat hilang upaya jiwa.

Er lagi satu, boleh tolong kurangkan sakit saya sedikit jugak kan Ya Allah? He saya tahu Allah sangat baik :)
Tak esok tak lusa tak tulat, minggu depan kuranglah sedikit. InshaAllah..

Sabarlah dengan sabar yang indah..Andai tersungkur bangkitlah..Moga ketemu penawar yang mengocak jiwa..

5 April 2011

Final concerto

start off again by As |||
start off again, a photo by As ||| on Flickr.

Alhamdulillah sekarang berada di fasa "King of the Finals", peperiksaan akhir semester yang terakhir sebagai pelajar undergraduate inshaAllah. Excitement belum terasa cuma sedikit kerisauan melanda.

Mungkin sekadar cuitan gangguan perasaan yang sepatutnya diabaikan. Sebab apa yang patut adalah berusaha sebaik mungkin dan redha akan keputusan akhir daripadaNya.

Exam? Hmm...ramai pelajar akan stuck dengan musim exam dengan sikap examingitis atau dalam bahasa orang London, demam exam. Entahlah, saya dan sahabat tidak pernah melatih diri demam bersama-sama exam. Sebab..dalam hidup ni, for that period, hidup ni bukan semata-mata untuk belajar, bukan semata-mata untuk exam.

Ramai yang berubah sikap secara tiba-tiba bila musim exam. Saya tidak merasakan itu satu keperluan yang tinggi. Sekurang-kurangnya ini apa yang saya fikir. Berusahalah sekadar mampu, panjatkan doa, tawakkal lah kepada Nya.

Berusaha jangan sampai tak nampak sahabat-sahabat sekitar, jangan sampai abaikan hak sahabat-sahabat. Dan jangan sampai abaikan hak untuk badan...dan sebagainya lah. Jangan jadi extremist :D

Wah nasib baik sahabat-sahabat saya jenis easy going waktu musim exam. Kami masih keluar bersama-sama, buat perkongsian ilmiah bersama, makan-makan, sembang-sembang tentang kehidupan..yang penting buat sesuatu yang memaknakan. Bukan sekadar makan tidur solat study sampai orang sekitar dibokehkan (atau di kabur kan) dari pandangan mata.

Pandanglah dengan mata hati, pandanglah dunia dengan pandangan mata akhirat. Exam ni salah satu ujian kehidupan jugak sebenarnya, Allah mahu lihat bagaiman kita memberi reaksi terhadapnya. Pentingkan diri? Masih mahu membantu sahabat-sahabat? Atau..?

Allah akan membantu kita selagi mana kita membantu saudara kita yang lain.

Konsert terakhir inshaAllah. Dan saya yang masih dilema sama ada untuk menamatkan riwayat zaman white coat oleh kerana ketidak-upayaan diri akibat Fibromyalgia, atau mahu meneruskan harapan untuk berbakti di hospital.

Saya mahu, apa yang Allah mahu untuk saya. Apa yang terbaik untuk kerjaya saya. Apa yang terbaik untuk saya berbakti jika tidak pada pesakit di hospital. Saya, masih berharap keajaiban berlaku, saya masih sayangkan kerjaya di hospital..walaupun cabarannya bukan sedikit kerana ia melibatkan kualiti kehidupan dan nyawa pesakit..

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. So, kita, risau ape? Usaha jelah, inshaAllah Dia tunjukkan jalan :)