16 May 2010

confused dan pasti



Dalam seharian kita, ada kondisi yang buat kita jadi confused statusnya, ada kondisi yang kita pasti. The same goes to me. Perkara-perkara tentang kehidupan, yang semestinya berkait dengan agama kita. Jika kita pisahkan perkara kehidupan dan agama, sekular la kita. Ke salah? Betulkan eh..

Tapi dalam satu isu yang as pasti, mengenai pemberian lesen judi untuk sukan supaya penipuan dapat dielakkan. Pasti sebab dinyatakan dengan jelas.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [5:90]

Takkan jadi halal judi itu walaupun diberi lesen. Kan kan..
Lesen manusia, bukan lesen dari Tuhan.
Sama seperti meletakkan logo halal Jakim pada pewarna rambut, tak semestinya itu bermaksud pemakaiannya adalah halal.

Adakah pihak yang memberi lesen tu confused jugak macam As salu confused? Confused dengan ayat "ya ayyuhal lazii.." (wahai orang-orang yang beriman)..maybe.
Pihak berkenaan berjanji tidak akan mengabaikan pembangunan Islam. Wah. Ini cukup bagus. Inilah negara Islam sebenarnya yang kita cari.
Lalalala..~

Time-time confused camni sebenarnya kita perlukan suara-suara mereka yang 'mengetahui' untuk menegur. Manusia, kena ketuk, baru beringat. Jika setelah diketuk belum beringat juga, doakan moga Allah letakkan hidayah di hati kita.

Camne pun, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yang kadangkala tak tercapai 'aqal kita untuk memikirkannya. Hati manusia sentiasa penuh rasa ragu. Termasuk As pun sama. Terjadinya perkara ini, menjadi isu hangat di sana sini. Pasti ada hikmah di sebalik untuk kita sama-sama fikirkan, untuk pihak2 sebelah A dan sebelah B turut sama memikirkan.

Inilah, petanda makin sangat dekat, dengan the end day. It is actually has landed long time ago..hanya kita tidak menyedari..

p/s: is currently at home, will off back to KL jap lagi. inshaAllah. harap hati lebih tabah. lebih cekal. lebih redha. lebih kuat. lebih telus. dan lebih-lebih mampu menerima segalanya..

wallahu'alam.

14 May 2010

semua sekali pasti ada hikmah

dalam 3 tahun praktikal
as perasan,
tiap kali pesakit bayi yang datang ke department radiologi untuk prosedur x-ray/CT scan selepas jatuh, sama ada jatuh katil, jatuh buaian, jatuh macam-macam ada, mesti datang nak check bahagian kepala (skull) sama ada retak atau sebagainya.

Kepala dulu yang menjunam terkena lantai, atau tempat jatuhan barang berat. Pernah ada pesakit kanak-kanak datang untuk CT scan sebab TV jatuh ke atasnya. Dasyat bukan?

Namun, macam mana sekalipun berdarah terluka bengkak segala, pasti hasil x-ray atau CT scan adalah normal. As duk terfikir, golongan tak berdosa ni, pasti malaikat sambut depa time jatuh tu supaya tak ada pape fracture atau pendarahan di kepala.

ada juga bayi yang jatuh dari buaian, kepala bengkak. baru saja malam tadi. nak check bahagian kepala sama ada okay atau tidak, tapi disebabkan bayi tu jatuh dari buaian, kami dapat mengesan masalah di paru-paru nya. Jadi, datang nak check untuk benda lain, tetapi dapat tahu bayi tersebut mengidap radang paru-paru. Penyakit ni biasanya di kalangan bayi memang tidak menunjukkan tanda. Jadi, jatuhnya bayi tu dari buaian membawa kepada diagnosa penyakit itu. Indah aturanNya.

Sebab tu tiap perkara pasti ada hikmah, takde yang takde hikmah. Cuma kadang kala kita manusia tak dapat fikir apa hikmahnya. Dan kadang kala jua memerlukan masa untuk memahami dan menerima..

Ya Rabbi....fahamkan aku...dan bantulah aku untuk menerima ketentuanMu dengan selapang-lapang dada....

Sesungguhnya mereka dalam peliharaanNya..inshaALlah..
dan kita juga. ameen.

13 May 2010

rugi weh..

eja, mudah je :)

nak praktikkan tu sukar..

sekarang musim semua kawan2 praktikal di merata tempat di semenanjung..pekerja komited tanpa gaji. As di HUKM, menyambung perjuangan praktikal yang sudah masuk tahun ke-tiga. Dalam hari-hari as attend patient, as salu terfikir. Ada nilai ikhlas, atau sekadar attend kerana perlu attend patient.

Dan jugak salu terfikir, alangkah rugi jika tiap patient yang datang tu, as attend dengan tanpa perasaan. Sekadar mahu menyelesaikan satu tanggungjawab. Memang betullah, jika semua benda dalam hidup kita, kita niatkan sebagai ibadah, beruntungnya kita..
Tapi selalunya kita leka. Kita lepaskan banyak perkara begitu sahaja.

Sangat harap, hari-hari yang dilalui, pada musim praktikal yang masih panjang ini, disertai keikhlasan, rasa mahu membantu yang tinggi, dan rasa kasih pada yang memerlukan. Seperti mana as sendiri sentiasa merasai sakit, moga itu membuatkan as lebih memahami perasaan orang-orang yang kesakitan..

Back to the reason why I'm in this medical field. Coz I am a sick person too. I wanna help people, like I wanna be helped. Ikhlas, mahu fikir-fikirkan. Tulus, mahu intai-intai kan. Kekuatan, mahu digenggam erat. Moga tabah untuk meneruskan hari-hari berbaki, sambil memberi bantuan pada pesakit yang memerlukan. Seorang yang sakit attend pada pesakit. hehe, kelakar jugak kadang2 :)

p/s: sedang on call, dan sangat2 sejuukk kat hospital ni~!