Assalamu'laikum wbt..
Sudah berhabuk nampaknya di sini. Lama ditinggalkan, bukan kerana tiada isu, tetapi dek kerana masa yang berkejar-kejaran dengan tuan punya blog. Biasanya dalam kesibukan yang terlampau, masih ada masa untuk di sini, tapi kali ini tak tergapai rasenya.
Peperiksaan yang berturut-turut, kuiz, tugasan yang banyak, hujung minggu yang tiada cuti, rawatan di hospital dan berbagai lagi. Kali ini mungkin saya yang tersilap bawa hingga jadi sesibuk ini atau memang sangat sibuk? Bagaimanakah? Moga-moga tetap ada keberkatan masa di situ. InshaAllah.
Baru sahaja mampu menarik nafas lega setelah peperiksaan yang tidak henti sejak pertengahan januari, dan kini bertungkus lumus menyiapkan tugasan-tugasan baru. Kemudiannya akan cuba mengejar ulangkaji untuk peperiksaan akhir pula mulai pertengahan mac ini. Life is so hectic yet interesting. Setiap hari adalah ilmu, ilmu paling mahal, kerana pengalaman itu mendewasakan (dan juga merubahkan, hmm..??)
Salam awal imtihan buat sahabat-sahabat. Masa terlalu pantas...well..
anyhow, i am among of those who waits for the brand new malaysia :)
wallhu'alam.
p/s: menebuk kembali bahasa, persediaan untuk salah satu kertas akhir, terlalu lama sudah
rasanya ditinggalkan :)
wassalam
No comments:
Post a Comment