Showing posts with label tentang jodoh. Show all posts
Showing posts with label tentang jodoh. Show all posts

14 August 2012

Another Half.

Another Half

Another half means we are better when we are with them.

Dari Anas bin Malik,

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نِصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya, bertaqwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.”
(As Silsilah As-Sohihah no. 625)

ME AND MY ANOTHER HALF

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Benar kata guru saya di Universiti dulu, sukar untuk bicara tentang jodoh kerana hadirnya sangat unexpected. Saya sendiri masih dalam fasa terpana. Pendek cerita saya yang banyak mengangguk sahaja keputusan orang baik-baik. *pada mulanya mungkin? :)*

Kalau boleh ikhtiarlah untuk jodoh dengan dua cara; berusaha menjadi orang yang baik dan mengikut jodoh yang dipilih oleh orang yang baik. Saya serahkan urusan jodoh pada kedua ibu dan ayah. Pilihan orang yang sangat-sangat sayang kita, boleh teka la macam mana kan..? :)

Jodoh datang agak tiba-tiba, bagai buah mangga jatuh dari tangkainya. Alhamdulillah, proses khitbah yang sangat dipermudahkan, rasa seperti sekelip mata. Saya kira tentulah dia seorang yang sangat baik sampai Allah memudahkan urusan jodohnya kepada saya. Sayalah yang masih perlu banyak koreksi diri sana sini. Allahu..

SECARA TERBUKA

Naam, di sini tempat pertama saya berbicara secara terbuka. Saya pun tak sangka akan berkongsi, tapi saya fikir mungkin ada keperluan untuk menulis. Moga ada manfaat buat yang meng-google dan membaca.

Maha Suci Allah yang melahirkan pelbagai rasa ke dalam hati hamba-hambaNya.
Moga Allah berkati. Moga Allah mudahkan laluan. Moga dilorongkan ke jalan kebaikan.

Ameen. Ameen.