love in the air, a photo by As ||| on Flickr.
Gambar ni tahun 2009, berzaman da. Berzaman jugak since I left photography, dah lebih setahun. Haih, mau nangis geng-geng photography aku kalau Photography is not wrong at all. I mean, mine. Since I love landscape photography so much. But the life that comes with it, is not proper for me as a woman.
Apa dia? Well tu maybe kena bukak satu buku khas. :)
LAMA TAK MENGARANG
Yup Teacher Zahra tengah mengarang la ni Bro. Ada jugak la sikit asbab baru nak adapt dengan kesibukan seorang guru di madrasah comel ini. Tapi sebenarnya yang lebih ketara, serangan virus Varicella Zoster (VZV). Ibu cakap time kecil da kena patut aci tak kena dah.
Nilah namanya bila Allah kata 'Jadilah!' maka jadilah ia.
ALKISAH
Selepas 5 hari mengajar memang suara start serak beserta demam till last day of teaching. Seminggu lebih yang lepas dapat MC sebab serak. Yelah mengajar pun ala bagi latihan je sebab suara rock and roll.
The very last day yang critical sangat sungguh la hati ni ingat the day would be disaster dengan tak tido malamnya sekali. Terjaga pagi tu teringat memanglah manusia ni lembap betul bab nak sandar segala perkara pada Dia, sibuk usaha sana sini tapi kurang meminta mengadu dengan Dia.
Apa lagi merajuk la Beliau gitu! Makanya terus doa sungguh-sungguh mohon hari yang indah cemerlang gemilang hatta badan lembik serupa lintah. Sheesh! Perumpaan apa la nih, malu je kat Ramlee Awang Murshid.
Serious habis je hari tersebut mata bersinar-sinar sebab kelas-kelas hari tersebut sangatlah cemerlang. Siap anak-anak tanak bagi Zahra keluar kelas hatta guru lain dah sedia tunggu kat luar nak ambil giliran mengajar. Anak-anak pun super duper baik. ^__^
All thanks to Allah.
Mudirah madrasah dah pesan suh pi klinik check walaupun Teacher Zahra da siap-siap ambil antibiotik, pil selsema, pil demam dan segala pil. Yang doc kat klinik tu pun agreed tinggal bagi surat MC je. Jadi baliklah berlenggang tanpa ubat tapi cuma bekal sekeping surat MC.
Petang tu terus tuju program di ibu negeri, bebetul sebelah kampung Cina yang meriah dengan tanglung, menghadap i-city versi Pantai Timur. Sungguhlah view indah dengan tambahan sungai panjang.
Lepas berhari-hari, terus bergerak tukar negeri, tukar program. Menghadap diri ke Bandar Diraja tempat berlabuhnya para kapal dagang satu masa dulu hatta hingga kini.
Dengan tak tido malam, kemudian semalaman perjalanan membawa ke pagi, terus ber-nadwah. Memang rasa badan nak pengsan. Rasa dah bergelen telan nescafe sambil dengar talk membara seorang bekas pendidik. Seronok sebab dia cakap Arab! Ada juru bahasa la tapinya. Heh.
AKHIR NADWAH
Lepas berhari-hari tibalah hari akhir. Teacher Zahra pun hairan ape kes duk bersin non-stop. Mudirah pun dah pesan balik rest betul-betul untuk prepare diri nak mengajar pulak.
Memang sesungguhnya rest yang amatlah bebetul sebab esoknya dapat MC lebih seminggu asbab VZV tersebut. Sampai tak larat buat pape, hinggalah naik bosan.
Sungguhlah betul kata para pengkaji bahawa VZV, bila dia serang orang besar, lebih menyakitkan. Teeett!
Patut tak kena da if kita da pernah kena serang dengan VZV sebab dia da tido diam-diam dalam badan. But since immune system badan Zahra lemah asbab ubat dan penyakit dia, dan tengah keadaan sangat stress. Jadi dapat hadiah tersebut buat kali kedua.
Tapi Zahra okey je even memula dia sedikit stress, biasalah memula nak adapt sakit baru. :)
TAK SABAR
Zahra tak sabar nak back to school, hari-hari yang rasanya sangat panjang. Zahra pun tak sempat buat preparation last untuk anak-anak exam minggu depan. Zahra mampu doa jelah moga Allah bagi cemerlang dunia akhirat kat depa.
Ameen.
Hati dah mula sayang, seriously.
7 comments:
singgah, baca, faham, fikir dan doa
Lakukan ikut kemampuan.
yup.. rindu tanda sayang.. sayang yang bawa ke akhirat.. May Allah be with u always..
Saya tahu kakak saya kuat sangat2. InsyaAllah. :D
Assalamualaikum.
Terima kasih di atas singgahan dan memberikan kata-kata perangsang di laman saya. Semoga Allah memberkati anda. Amin, amin...
zahra= bunga... ya ni memang bunga!
hellooo... dengar citer tak sihat betoi ker... kalau betoi saya doakan moga awak lekas sembuh yeak....
Post a Comment