1 January 2012

We met for a reason.


He sent you.
He guided some parts of me through you.
Even though there is no chances that we'll meet each other again.
But I thank you.

Toksah duk perasan, you tu bukan kau sorang je. Heh!

*Tapi major repair dan enhancement nya daripada kau sorang lah.*


Tapi seriyes, thanks a lot. Big Thanks. May Allah bless.


2011. Wah nampaknya ini entry pertama sebut pasal tahun baru Masihi. Selama ni tak pernah ambil peduli pun, tapi 2011 macam-macam sangat dah jadi. Terutamanya major events. Yelah zaman la ni orang mark pape pun planned yearly ikut Masihi.

Untuk mencapai tahap yakin macam sekarang, aku rasa nak sujud syukur berkali-kali. Memanglah bila Allah nak ubah hati seseorang tuh, split second pun boleh jadi. Kekadang kenalan ni main pengaruh besar jugak. Kekadang kenalan kita tu tatau pun dia jadi wasilah mengubah kita. Memanglah asbab hidayat untuk ummat. Untunglah.

Kenalan. Yes, kenalan. Sebab biasa kenalan takdak impact mana kat kita. Apatah lagi perspektif tentang kehidupan. Hidayat tu memang boleh turun zass begitu sahaja, provided hangpa berkehendakkan pada agama. Kekadang Allah sengaja campak kita kejap somewhere just untuk kita amik sat pinggan orang lain, masuk mulut dan kunyah.

Yup untuk belajar sesuatu. Lagi untung jika dapat berubah ke arah lebih baik. Oh untung sungguh. Nikmat Allah bagi. Shoot pahala sama kat kenalan kita nung walau tak berjumpa dah. Untunglah.

KUMPUL SEMULA

Malam semalam berjaya gatherkan semua sahabat-sahabat ibu ayah dalam satu reunion tak sengaja. Majoriti bukan orang asal negeri Darul Iman neh. Majoriti asbab kerja minyak sini. Ada yang dah pindah randah datang semula ke sini just untuk sesi dua hari ni.

Sejuk hati dapat jumpa semula makcik pakcik yang wajah-wajah mereka sangat menyiram air ke badan. Ruh sejuk. Bertahun-tahun kot pause. Begitulah bila bersahabat atas keimanan. Yang anak-anak remaja semua pakat duk sembang sesama depa. Aku je duk menyemak dengan makcik-makcik pakcik-pakcik. Siap anak-anak dengan cucu semua dah. Huu!

Aku pun teringin nak jadi cam depa dah tua-tua nanti. Kumpul semula dengan sahabat-sahabat atas iman. Nikmat Bro, nikmat. Saling pesan-memesan atas keimanan.

JALAN YANG DIPILIH

Tak kisah lah apa pun laluan jihad yang kita pilih untuk berkorban di jalanNya, asalkan masih yang Haq maka teruskanlah. Takdak sapa yang salah selagi syariah-compliance.

Semua yang memilih untuk mengorbankan diri, harta dan masa di jalanNya, maka itulah jalan kepada taqwa. Jangan penatkan diri berbalah tentang perkara kecil apatah lagi tentang perkara yang khilaf. Bila kita ada pendapat dan pegangan kita, janganlah terlalu rigid. Berlapang dadalah dengan pendapat dan pegangan orang lain jugak. Apatah lagi bila pendapat tu authentic.

Btw kalau boleh ajar-ajarlah diri berpegang pada apa yang authentic since Nabi SAW banyak kali dah pesan jangan bawak apa yang tak benar daripada dia [Riwayat Muslim, Sahih Ibnu Hibban & 'Alam al-Nubala]. Kata nak pegang jalan taqwa? Inilah salah satu cabangnya.

Please jugak jangan la claim orang ni salah orang tu salah sebab tak amal apa yang kita rasa betul. Orang tu pun ada kaji-kaji jugak sebelum pegang mana-mana pendapat. Kau fikir itu benar kau peganglah. Suruhlah anak isteri ikut sama. Tak salah pun. Tapi tak perlu bising sana sini kat orang lain claim depa salah. Banyakkanlah lagi membaca tulisan ulamak-ulamak yang authentic. Sebab kitab dah bersusun skang ni kat memana. Pandai-pandailah pilih yang Haq.

Selamat beramal dengan ilmu. Tau tau. Jangan taklik buta pada sesuatu. Takpe tau da korang semua bagus-bagus da. Good good sila tunjuk ajar na. :)


p/s: Contoh, ni contoh tau. Nama pun contoh: Aminah berpegang takpe tengah period baca Quran. Tetiba dah kahwin suami cakap tak boleh baca Quran time period. So Aminah lebih memilih untuk sami'tu wa ato'tu. Yelah daripada duk berdebat, pegang jelah pada pendapat suami asalkan syariah-compliance. Heh!

Contoh lagi: Orang A cakap kena azan sekali je. Orang B cakap kena azan dua kali. Last-last duk berdebat bagi dalil memasing. Orang C datang and cakap, takyah azan terus! Hah azan tu wajib ke? Orang C ambil pendekatan takyah la duk berdebat. Teet, time's up!

Notakaki: Meeting those friends kat syarikat minyak tahun ni antara perkara yang I feel so blessed.

Notakakitangan 2011:

  • Graduation - tak sangka rasa heartless.
  • 1st job in engineering planning team for oil & gas company - waaay NEW things for me.
  • 2nd job as teacher for a madrasah - waaay BIG thing for me.
  • Haramain - again, again please Allah!
  • Wedding dua sahabat paling rapat.
  • Mercy Mission International Conference - paling masyuk.
  • Masturat - ehem! Korek banyak ilmu dunia baru.
  • Tahun paling banyak DI-interview. Dan juga MENG-interview orang dengan pakcik neh.
  • Tahun paling banyak travel.
  • 8 bulan lupa renew lesen! Walhal duk drive satu Semenanjung!
  • Keindahan BersamaMu - :)


11 comments:

abuyusof said...

azan tu nak ajak orang datang masjid.. lantak lah nak azan berapakali pun asal orang datang.. jangan tak azan dan orang tak datang dah.. kan.. kan..

dan oh.. dah lama tak dengar orang azan memanggil2 jemaah ke masjid.. yang biasa kita dengar orang azan untuk beritahu waktu dah masuk..

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

abah tumpang belajar dan muhasabah diri.
terasa diri sgt kerdil.
beza antara yg tau terus amal dgn tau 'byk' tapi tak amal.
berkaitan imanlah tu agaknya tak?

robbanaa laa tuzi'qulubanaa ba'da izhadaitanaa...

t kasih & jazakallah...

Anonymous said...

akak xtahunk komen cuma boleh baca.:)

~PENCHENTA~ said...

:)

Soo nice aturan Allah untuk kita kan?
;)

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...

Naj Mi said...

Bila baca terasa ada semangat yang berkobar-kobar ni, semagat dan azam yang baik. Terasa ada kegembiraan disebalik tulisan entry diatas. Alhamdulillah kita semua kena bijak dalam meneruskan kehidupan ni kan.
Selamat Tahun baru.....

Mindaberbisa said...

Peluang. Gapai nikmat ALLAH sebaik-baiknya. Semoga dipermudahkan jalannya. :)

As said...

Abu Yusof
Senanya kan, azan yang panggil orang pi masjid bunyi camne.
Hehe.

***

AHP
Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah?
Hehe.

***

AO
Still commenting.
Thanks Kakak. :)

***

Pechenta
Always!

***

Kak Afida?
Heh.
Segala syukur bagi kat Dia jelah. :)

As said...

Najmi
Whatever it is Najmi, memang kena +ve if not boleh gila nak teruskan kehidupan.
Seriyes.

***

Pencari Allah
Doakan sahabat neh pandai guna peluang dengan bijak..

abuyusof said...

as
taraf sesuatu azan itu bergantung pada niat situkang azan.. kalau niat dia untuk mengajak orang kemasjid maka insyallah azan dia akan mendatangkan kesan yang berbeza pada orang yang mendengar.. hingga menyebabkan orang yang jarang kemasjid jadi teringin ke masjid..

kalau dia niat supaya Allah sampaikan azan dia ke serata alam insyallah azannya Allah akan sampaikan kedengarannya kesekian Alam

.. kan kita biasa dengar manusia mendapat hidayat mendengar azan ditempat2 yang jauh dari manusia..

As said...

Abu yusof
Ha tau da hehe.
Best dapat dengar macam ni :)