8 January 2012

Perhiasan Dunia yang Terindah

Lama termenung. Nak menulis tentang ni, lama duk termenung.
Tajuk tu sahaja dah memberi kata kunci - wanita, antaranya yang sedang menulis artikel ni.
Ikut seram nanti kena soal dengan apa yang aku tulis nih, alamat ramai lah kena delete blog gituh.
Ramailah taknak pergi dakwah rumah ke rumah sampaikan agama.
Dan ramai jugak yang duk fikir sampai 1000 kali sebelum berdakwah kepada masyarakat.


DIKUMPULKAN BERSAMA MEREKA YANG KITA CINTA

Daripada Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi SAW, “Bilakah terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?”Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak shalat, banyak puasa dan banyak sedekah. Tetapi yang aku persiapkan adalah cintakan Allah dan RasulNya.” Baginda berkata,


أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

“(Kalau begitu) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.” (HR Bukhari no. 6171 & Muslim no. 2639)

Cinta tu of course kita kena terjemah dengan amalan la, mencontohi dan jadikan depa ni sebagai teladan.

Contoh mudah faham:
1. Cintakan Nabi SAW, para sahabat dan sahabiah, alim ulamak dan orang-orang mukmin; esok-esok kat akhirat Bro kita insyaAllah akan dikumpulkan dengan depa.

2. Mencontohi sikap munafik, bohsia bohjan, fesyen-fesyen artis yang tak tutup aurat dan orang kafir; maka dalam bahasa mudahnya hangpa dah tempah tiket untuk bersama-sama mereka kat akhirat nung.


PARA WANITA CONTOH

Sudah tentulah depa-depa yang berada di zaman teragung di dunia ini, zaman Rasul SAW dan para sahabat. Wanita-wanita yang telah di-konfirm-kan sebagai penghuni syurga oleh Allah SWT. Makanya wanita akhir zaman jika kita dambakan syurga, jom jadi macam depa sahabiah-sahabiah zaman Nabi SAW.

Kita zaman la ni kena bina jambatan antara kita dan sahabiah zaman Nabi SAW supaya kita boleh pusing semula kaji jalan kehidupan mereka. Cuba untuk menjadi seperti mereka. Baik dari segi amalan, pakaian, dan sebagainya. Lihat sahaja Khadijah RA seorang isteri, seorang kakak, seorang ibu dan jugak a shoulder to cry on - menyokong segala usaha Nabi SAW and she was there for him. Where are we from her?

Fatimah RA, the most beloved of Nabi SAW. Penghulu wanita syurga yang kematian ibu sejak kecil. Banyak kali ditinggalkan Ali RH berbulan-bulan asbab perang, tetapi dia redha. Bahkan tak pernah mengeluh dengan kemiskinan, siap tak pernah dia tak hulurkan apa-apa pada pengemis yang datang ke rumahnya.

Ramai lagi wanita-wanita contoh zaman Nabi SAW, kalau rasa nak tahu tanya jelah Haji Google. Duhai wanita, pandanglah wanita-wanita yang dikisahkan sejarah ini. Belajarlah daripada mereka dan ikutlah jejak langkah mereka.

Kita ini jangan jadi hamba pada fesyen dan juga pada pandangan manusia. Jadilah hamba hanya pada Allah SWT. Hanya Allah. Kehambaan kita pada fesyen, hanya menunjukkan kadar intelek kita yang rendah. Agak-agak ingat lagi tak orang-orang zaman batu dulu kala pakai baju lagu mana? Lepas tu macam mana depa slow-slow design baju yang better, yang lebih menutupi. Tu semua menunjukkan peningkatan tamadun manusia. Jika kita pakai baju serupa macam zaman batu dulu atau serupa dengan manusia yang tak jumpa tamadun lagi, makanya sama sebijiklah kita dengan depa. Ye dak?

Kita ini, sepatutnya bangga yang amat. Sebab kita ini, anak-anak kepada Fatimah RA, Khadijah RA, Hajar dan Aisyah RA. Jadilah kita wanita solehah seperti mereka, jadilah kita isteri-isteri seperti mereka. Contohilah teladan terbaik. Maka bersamalah kita dengan mereka di syurga tertinggi insyaAllah!

AURATMU WANITA


Ramai je yang pakai tudung labuh tutup dada dah, pakai baju tutup penuh dah tapi sebenarnya ada sikit-sikit lagi yang boleh touch up. Ramai juga yang bukan pakai baju menutup aurat, tetapi pakai baju BALUT aurat. Macam balut nangka. Haiyoh. -__-

Formula dia mudah je sis;
1. Tutup semua tubuh kecuali muka dan tangan (hand na bukan arm).
2. Tak jarang.
3. Tak ketat (maksud dia longgar la).

Maka jadilah kita orang berjaya sebab berjaya ikut peraturan yang Allah buat. Tapi if peraturan yang Allah buat ni pun fail, al makna guane gaya lah nak ikut peraturan yang manusia cipta kat bumi ni kan kan? Hatta buku yang kita sayang pun kita balut bagai nikan pulak anggota tubuh sendiri, tak sayang ka? Tak sayang ka kalu orang bukan mahram duk jamu mata? T_T

Allah jadikan kita indah, lebih indah daripada lelaki. Sampai Allah pun suh katup aurat comey-comey, hanya mahram ja boleh tengok. Ya la, Allah sayang lebih la maknanya tuh! Best a kan Allah ciptakan kita sebagai makhluk yang cantik, comey dan indah. :D

 SAYA TAK KUAT NAK TUTUP AURAT

Satgi orang pandang pelik. Lagipun rimas lah nak pakai tudung tutup dada, baju tutup segala, stokin bagai. Hisy! Nak buat camna, Allah bagi ujian hati ni tak kuat.

Lah begitu alasannya. @_@
Boleh pengsan aku dengar alasan ala-ala gini. Silap-silap masuk ward terus immediate admit.

Para wanita yang diri ini sangat kasihi, sedarlah bahawa sebenarnya sebelum kita rasa diri kita ni tak kuat, kita dah terlebih dulu lemahkan hati-hati kita dengan kisah-kisah cinta tah-apa-apa kat TV nung, baca majalah gosip, tengok TV rancangan fesyen terkini, belajar make-up sana sini dan sebagainya. Ni semua lah yang makin melemahkan jiwa. Seriyesly! Kita sendiri yang pilih.

BERJAYA DUNIA AKHIRAT

Orang yang memilih akhirat, dunia satgi datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita.


Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa.

***
Was inspired by a talk by Syeikh Alaa Elsayed entitle Woman of Exemplary in the Past at Twins of Faith Malaysia.



p/s: Wah next-next entri hajat nak share beza-beza hijab, jilbab, niqab segala adik beradik dia insyaAllah.


14 comments:

Syuhada said...

Tak sabo tunggu next entry! ^^

Anonymous said...

terkesan!

Anonymous said...

Thanks share ttg aurat wanita sis. Suka sgt gamba tu. Btw, walaupon sy dah bertudung sejak skolah rendah, tapi sy sedar yg sy masih x menutup aurat secara sempurna. Dulu masa zaman skolah, sy suka sgt pakai baju lengan 3/4 pjg. X lama pastu sy dah sedar, so semua baju saya mesti long sleeve. Tapi bila pakai baju long sleeve, sy sedar bahawa ada sesetengah baju yg sy pakai tu ketat2. So skang sy cari yg longgar2. Kiranya sy try berubah slow2. Sy mmg suka pakai sandal, tapi x pakai stokin. Skrang ni mmg tgh nak biasakan diri pakai stokin plak. Agk susah lah sbb x biasa. Tapi perlu cuba slow2:)

ukhti,mardhiah said...

istiqamah la perkra pling susah nk dibuat o mard...

:(

hidayat Ya Allah..hidayat

Afida Anuar said...

SubhanaAllah...cantiknya wanita, jika dia cintakan Allah dan Rasul dan mengikut segala suruhan dan larangan. Betapa sayangnya Allah kat kita kan?

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

makin sehari makin mantap pengisiannya.
abah membacanya sebagai peringatan dan perulangan utk membaiki segala lompong dan lompang yang sentiasa ada dan terus ada dalam kehidupan harian kita untuk menjadi lebih baik dari semalam.
t kasih & jazakallah khier...

syukur alhamdulllah DIA kurniakan abah 'perhiasan dunia' yg sgt berharga ini sebagai anak abah.

semoga sabar & tabah selalu. sentiasa dlm doa

Anonymous said...

dipetik daripada:

http://silangbunga.blogspot.com/2009/07/sajak-sajak-pendek-tidak-perlu-tajuk.html

25
anugerah
anugerah
anugerah
jangan menyerah
jangan anu ghairah

-ay-

As said...

Syuhadaa
Aa doakan panjang umur, sihat dan rajin! Hehe. I mean mempunyai sedikit kelapangan. Sebab kena study jugak before tulis entry. :)

***

AO
A smile for you :)

***

Anonymous!
Im here to hear and to help you sister!
Im more than glad! :)

***

Mard dear
Allah knows Allah knows.

***

Kak Afida,
indeed He is, tapi kita salu lupa. Salu sangat. T__T

***

AHP
Ilmu Allah sekadar kongsi sesama.

***

AY
Anugerah terindah
Mahkota terhias
Akur pada fitrah
Menghamba hanya padaNya
Ilahi Rabbi pencipta agung.

Anonymous said...

yup..

tentang sajak pendek tu:

3 anugerah pada wanita yang menjadi kegilaan setiap lelaki dan punca fitnah bagi kaum hawa;

1. kepala(rambut,wajah)
2. dada
3. punggung

3 anggota tubuh yang perlu untuk wanita pelihara.. jangan menyerahkan bagi tatapan
yang bukan mahram

hingga mendatangkan fitnah(menyebabkan lelaki yang memandang jadi ghairah):)

fuad ansari said...

kelihatan, berhati2 dalam berpakaian, seolah2 lebih sukar dari berhati2 di atas jalanraya..

manakan tidak, berhati2 ketika berpakaian utk keselamatan di dunia dan akhirat, ketika berhati2 di jalanraya boleh dikatakan sebagai utk keselamatan di dunia sahaja.. (",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Pelik tapi benar. Bila beli sesuatu mesti nak yang berbungkus rapi, tak mahu yang dipamerkan, berdebu tidak berbungkus tapi si pembeli pulak tidak berpakaian mengikut syariat..

Mindaberbisa said...

yang tertarik tu majoriti haram.

farah izzati said...

kak as . yeap ! those are my cousins . :) waaah , excited . ^^

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Senang dengan perkongsian begini. Teruskan, semoga Allah memberkati.

Salam ukhuwwah