2 January 2012

Debar hari pertama!

Jam 10.30 malam. Alkisah Sarah baru je pulang ke rumah selepas selesai menyediakan kelas yang comel dan selesa untuk anak-anak. Siangnya busy dengan meeting. Hari-hari Sarah yang pack sejak 21 December 2011. Belum sempat duduk menarik nafas.

Naseb baek Sarah sempat sampaikan cerita ni jadi bolehlah aku nukilkan untuk korang.

Sejak dapat masuk sebagai guru Sarah diberi tugasan jadi guru kelas, guru pengawas dan beberapa tugasan lain. Jadi guru kelas kena prepare kelas to the boom sebelum mula hari persekolahan tahun baru. Memula Sarah terkejut jugak dan sedikit down tengok class yang sangat gloomy dan tak best langsung.

Nota: Kebanyakan kelas di madrasah ni guna tiles dalam kelas jadi nampak sangat kemas. Since kasut pun bukak.

Tapi Sarah punya kelas takdak tiles. Jadi Sarah decide letak tikar getah supaya kelas lebih 'cerah' dan kemas. Dinding-dinding yang penuh dengan kesan tampalan dan contengan. Serta kotor. Almaklumlah dah hampir 5-6 tahun kot bangunan tu. Dengan kanak-kanak lagi.

Jadi Sarah telah pulun untuk mengecat semula kelas tersebut bersama ayah dan adik-adik. Berhari jugaklah since semua tak pro. Heh! Sarah sangat nak thanks family beliau yang bagi support best. Beginilah ala-ala simple kelas Sarah yang lebih ceria lepas buat renovation. Alhamdulillah gembira bagi pihak Sarah.

Kelas Abdul Rahman Bin Auf!

Sudut aktiviti. Heh! Idea ibu Sarah, best!

Back door.

Sengetkan meja guru untuk monitor anak-anak.

Rak kasut DIY. Heheh! Ada sape2 nak derma rak kasut? :D

Harapanlah rasanya dari semua guru nak tengok anak-anak didik faham dengan baik ilmu yang dikongsi. Harap juga cemerlang dunia akhirat. Esok time assembly Sarah kena bagi taklimat keselamatan dan disiplin. Sarah pun tak hafal lagi tempat-tempat dalam madrasah ni tapi tibai jelah yang the best.

Sarah akan terus pack dan full till Thursday next week. This weekend pun penuh. Tahniah lah buat Sarah. Moga Allah bagi kecukupan insyaAllah!

p/s: Sebenaqnya Sarah suffer throbbing pain dalam abdomen dan 5 hari. Area appendix. Sarah tengah cari-cari lagi kot ada masa free nak pergi klinik buat beberapa test nak konfirmkan diagnosis yang Sarah assume. Heh! Masuk esok 6 hari lah. Tak sangka jugak macam mana Sarah boleh bergerak aktif dalam sakit dasyat dalam abdomen camtu. Chayyo Sarah!

notakaki: Weh sape ada idea nak decorate kelas untuk madrasah rendah, boleh ah share dengan Sarah ni. Nanti I sampaikan kat dia oke! ;)

nota kakitangan: Sarah tengah fikir-fikir module untuk Kem Pengawas dalam 2 minggu lagi. Ada idea? :D





16 comments:

Norsha said...

Salam As,
Selamat menjadi pendidik yg selalu dekat di hati anak murid....

Naj Mi said...

Nak antor anak boleh ke cikgu Sarah hehehe. Selamat mengajar ya Cikgu....besar pahala jadi guru ni...

Anonymous said...

Good luck cikgu semoga di permudahkan urusan mengajar.

cantik kelas ada bunga-bunga lagi.

Sarah mengajar darjah berapa?

Afida Anuar said...

Wahh gigih 'sarah' dan satu famili decorate kelas, moga usaha tersebut mendapat ganjaran dari Allah sekaligus Allah bagi anak2 murid seronok dan ceria nak ke kelas....

PS: 'sarah' sakit appendix ke?

Mindaberbisa said...

MasyaALLAH. Cerianya. Seronok nak belajar :)

fuad ansari said...

iyelah...

cantik sarah decorate kelas tu....


baru semangat pelajar2 nak belajar..

untug pelajar2 kalau dapat cikgu yg macam sarah.. (",)

p/s: simpati pulak rasanya tgk rak kasut tu.. rasa macam nak tolong belikan yg baru je.. (",)

As said...

Kak Norsya,
dalam maksud dia tuh.
InsyaAllah!

***

Najmi
Besar pahalanya jika kena gaya.
Biiznillah.

***

AO
Wah dah ada ID camtu siap boleh subscribe As.
Untunglah!
Cuba teka darjah berapa.
Hehe.

As said...

Kak Afida :)
Ada 3 possibilities senanya bila sakit quadrant abdomen yang tuh.
Risau.
Tanak tiga-tiga. Heh.

***

Pencari Allah
Wah nak aminkan harapan tuh.
Harap semangat nak belajar.

***

Fuad
Senanya nak beli je.
Tapi saje nak bagi peluang kat orang lain lak buat saham akhirat.
Seriyesly!

abuyusof said...

saya cadangkan sesi solat dhuha untuk pengawas atau/dan baca kisah sahabat..

Khazinatul_Asrar said...

Baru tahu akak cikgu. Kat mana? hehe :)

Banyak jasa seorang pendidik ni. Semoga terus mendidik anak bangsa dan agama :')

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga Allah anugerahkan kekuatan buat AS...buat baik kerana amanah itu berat...

Jika sakit ikhtiarlah jumpa doktor..

As said...

Abu yusuf
Yup alhamdulillah memang ada sunat dhuha hari2, untuk guru dan semua pelajar.

***

khazinatul Asrar
jom PM!

***

uncle Abdul Razak
du'a karo. :)

~PENCHENTA~ said...

MasyaAllah, kuatnya kakak yang sorang ni. :')

Nak hug sikit, culik sikit kekuatan boleh? :D

Dah cantik kelas tu. Rugilah sekolah yang sana tak dapat cekgu macam sarah tuu. Heheh. :P

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Saya tertarik rak kasut DIY itu. Pada saya, ia hasil kreatif dan menjimatkan. Sekiranya ditambah lagi konsept sebegitu pun tidak menjadi hal asalkan menarik dan sesuai untuk anak-anak.

Selamat beraktiviti dan mendidik anak bangsa.

Salam ukhuwwah.

Aishah Nur Hakim said...

lamanya senyap As?

As said...

Aishah
Lama senyap sebab takut nak bukak mulut...
-_-