Kubawa ia menyusuri hari
Merentas batasan mimpi
Yang roboh di sini
Di hati ini....!
Dalam hidup, banyak perkara yang kita sayang.
Ramai juga orang yang kita sayang, itu yang hampir menjadi perkara pertama bagi kebanyakan kita.
As selalu tertanya pada diri, apakah kasih sayang kita mampu memelihara mereka semua daripada hilang daripada pandangan hati dan mata. Adakah segala kuasa di tangan kita. Apakah mampu kita membendung segala kerisauan daripada terjadi. Kehilangan, kematian, kerosakan, berubah hati dan segala perkara negatif yang tidak mahu kita utarakan.
Semuanya di tangan Tuhan! Siapakah kita yang kerdil hina, mahukan sesuatu terjadi atas kehendak kita, sedangkan segalanya telah dalam genggaman takdir iradat Tuhan. Kadangkala rasa terlalu kerdil diri, nikmat diberi tak terjangkau luas, pedih hati yang kecil semata, mengapa itu yang dijadikan sandaran kesedihan.
"Toksoh duk ingat lah hok sedih tu.."
I think someone said this way in my flickr page.
Sesuatu yang memang ditakdirkan bukan milik kita, walau sekuat mana pun genggaman kita, tetap akan terlepas jua. Sesuatu yang memang ditakdirkan untuk kita, di dalam tanah ia tersembunyi rapat, tetap akan datang pada kita.
Apakah lagi yang perlu dirisaukan? Takdir Tuhan? Kita manusia, tetap manusia. Selagi belum bergelar sufi, yang pergantungan totally pada Rabbi.
Entri ini adalah bukan untuk mendoakan, tetapi untuk menarik kita semua kepada realiti. Ia lebih kepada peringatan dan pujukan buat diri sendiri. As mahu berkongsi dengan kamu.
As sendiri yang menulis entri ini pun terasa sangat syadid nya diri. Tapi ini realiti yang perlu kita garapkan, bukan?
easier said than be done.
Moga Allah kurniakan kita iman yang sempurna. ameen.