مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ كَانَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
( رواية التُّرْمُذِى )
Maksud hadith: "Sesiapa Yang Keluar Kerana Menuntut Ilmu ,Pahalanya Seumpama Orang Yang Keluar Berjihad Di Jalan Allah Sehingga Dia Kembali Pulang.”
Hadith ni sentiasa membakar semangat mereka-mereka yang menuntut ilmu. Tetapi rata-rata kita hari ini buat revision kerana exam, kerana ada quiz, kerana ada asaimen dan sebagainya. Ke mana perginya niat yang satu, belajar ilmuNya ikhlas keranaNya..
Kalau yang tu dah hilang, bolehkah kita anggap perjuangan kita belajar hari ini dikira sebagai jihad seperti dalam hadith..
bila sibuk belajar untuk exam, kita hanya nampak kena hafal untul exam, kita da tak nampak 'ilmu' tu. Danger..
Sepatutnya, ada nilai ikhlas yang perlu diperbaharui niatnya setiap hari dalam apa jua perkara, sungguh-sungguh tingkatkan ilmu, jadikan sebagai amalan kita dan kita berusaha jadi lebih baik dengan ilmu kita tu.
dan kita sentiasa semakin jauh dari tu. Moga Allah mudahkan jalanan kita. Tidak terlalu fokus hanya pada exam, sampai lupa nilai ilmu tu sendiri. Dan tidak terlalu fokus pada kelebihan ilmu pada duniawi kita, risau kita lupa milik siapa ilmu tu.
اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ
2 comments:
alangkah bagus kalau mcm tu...
btol 2,kak..menuntut ilmu juga adalah suatu jihad..=)
Post a Comment