13 November 2009

kisah untuk kamu yang dalam exam mode


empat puluh lima minit menjawab soalan subjek yang agak tough, aku mohon untuk keluar awal dari dewan peperiksaan yang sepatutnya berakhir dalam masa dua jam dengan sepuluh soalan.

tengahari itu, teman sekelasku bertanyakan sesuatu;

"As, senang sangat ke soalan tadi?"

aku diam, pandang matanya, dan sekadar memberikan senyuman, melegakan raut wajahnya yang keruh seribu.

"Senang agaknya kan as, nini (bukan nama sebenar) tak study sangat kot takleh jawab tadi."

Itu kesimpulan yang terluah pada diam nya aku.

"Jangan risau nini, memang susah soalan tadi."

"As keluar awal, boleh jawab semua cepat, mesti senang kan as..." Redup wajahnya memandang aku.

Aku diam, senyum sahaja yang aku menegerti untuk zahirkan, bukan kesakitan.

Teman, aku sentiasa keluar awal exam, hanya jika aku sudah tidak mampu menahan kesakitan, bukan kerana aku terlalu handal menjawab. Aku harap kau faham itu, walau dalam diam aku....

Senyumlah sahabat....senyumlah..

p/s: mintak lah pada Allah sungguh2, kemudian baru study sungguh2..


9 comments:

Anonymous said...

As,

Sedih je rasa setiap kali baca ur entries dekat blog mahupun flickr. Harap As jaga diri selalu. As mesti kuat yeh.

~candlesky~ said...

She's so00o tough=) Really mean it..

~Mg nanti Allah kurniakan anak yg kuat mcm 'she' kat sy...

Keep your smile, dear...
Which had been always cheering me up!

zahidzuhri said...

sometimes rasa diri ini jer yang melalui ujian yang maha dahsyat...
terlupa dengan dugaan terhadap orang lain yang maha super-duper- ultra-mega-dahsyat...
tq for the reminder...reminder untuk sentiasa mensyukuri nikamt Allah dan bersabar atas ujianNya...
bertahan As...bertahan... ganjaranNya akan tiba...

Anonymous said...

kalau boleh pinjam kaki aku, mau?

bawangmerah said...

kak as,
please, please take care ok?

joegrimjow said...

exam ku bulan 1
;-)

'atiqah said...

dunno wat's the best word to comfort you at this moment..hmm..plz take a great care of urself eh.. =) ok, sape blh bg as bahu angkat tangan...? saya!!!

Anonymous said...

senyuman untuk as. :-)

senyum as..senyum..

erm said...

lawa gambar syer ambik yer.