“2 messages received”
Mata memandang skrin handset, kemudian disimpan. Hati mengatakan takpe, biar dulu, ada urusan yang sangat penting untuk diselesaikan sekarang. Bukan menjadi kebiasaan untuk tidak segera membaca message yang diterima, kerna mungkin sahabat-sahabat ada perkara penting yang mahu dibantu.
‘Takpe, fil ba’dal ‘ahyanin, kadang-kadang je lambat bukak message.’
Lebih kurang sejam setengah kemudian, hati teringat ade message perlu dibaca. Segera dibuka.
“Macam mana nak neutralkan orang yang makan panadol banyak-banyak? Please reply A.S.A.P.”
Hati terus dihinggap rasa bersalah, orang berharap, tetapi kita pula menangguh. Maafkan saya!
Termenung seketika. ‘Macam mana eh..adeh.’ Saya baru sahaja pelajar tahun satu, juga bukan pelajar perubatan. Tetapi hati meronta mahu membantu. Berfikir seketika, mendapat idea, tahu untuk menyebut nama medication tersebut tetapi gagal mengingati ejaannya. Mungkin juga dek kerana tidak pernah mendapat pembelajaran formal mengenai ilmu perubatan.
Jejari menekan keypad,
"Maaf, sape ni? Kena inject N-acetyl cystine (chealetine agent). Within 4 hours secara IV (intra venous) nih. Tapi if da lepas 4 hours, kena cuci perut la. "
[nota: message ditaip berdasarkan pengetahuan pada sebutan nama medication, bukan ejaan sebenar.]
Message dibalas, tetapi belum sempat tertera ‘message sent’, jari jemari pantas mendail number kepunyaan si penghantar message, terdetik di hati mungkin sahabatnya yang menelan panadol banyak-banyak.
“Dah tengok message belum.?”
“Belum sempat pun lagi..”
“Owh, takpe. Macam ni..” diri mula bercerita serba sedikit apa yang biasanya dilakukan doktor [read: mungkin akan dilakukan oleh doktor] berdasarkan pengetahuan diri ini yang cetek [tapi nak jugak tolong, haiz..].
Kaedah rawatan adalah pelbagai dan ia bergantung kepada keadaan patient yang datang dengan masalah sebegini. Jika duration pesakit mengambil panadol yang berlebihan masih dalam jangka masa 4 jam, rawatan secara IV (intra venous) biasanya dilakukan. Jika sudah melebihi 4 jam, rawatan cuci perut atau gastric cleansing [maaf, tak pasti term sebenar] akan dijalankan. Namun, jenis rawatan tetap bergantung kepada keadaan pesakit.
Saya bernasib baik kerana berbicara dengan pelajar yang datangnya bukan dari Kuliyyah of Medicine atau yang seangkatan dengannya, maka terma-terma biasa sahaja yang perlu digunakan. [read: maknanya kalau salah sebut term pun no hal, huhu.] Tetapi hakikatnya, jika melibatkan anatomical term, itu lebih mudah berbanding menyatakan body part dalam terma orang awam.
“So, macam mana dia sekarang?” Tanya saya ingin tahu dan sedikit risau.
“Hidung dia bleeding.”
“Heh?Bleeding lak?” Otak saya merasa pelik, apsal bleeding pulak hidung? Al maklum lah, saya memang bukan di bidang perubatan, tambahan pula, condition sebegini belum saya pelajari di tahun pertama. Akal mencari idea, paling kurang saya mampu memberi sedikit maklumat berkenaan hal ini kepada sahabat yang mengharapkan jawapan.
“Hmm..maybe ada bleeding disorder, kalau biar kadang-kadang boleh bawa kepada acute liver bleeding.” Dan perkara ini boleh fatal tak silap saya, jadi tidak saya nyatakan kerana kurang pasti. “Janganlah tangguh-tangguh, pi jumpa doctor lah. Takde apa yang kita boleh buat untuk dia, doctor je boleh sebab cukup equipment.”
“Ok, nanti bagitau.”
Perkongsian di atas sekadar peringatan buat saya dan lain-lain, kalau stress janganlah sampai telan panadol banyak-banyak. Panadol biasanya tak harm, nak-nak yang soluble. Silalah telan benda yang lagi dangerous seperti coke + panadol. Satu menu yang pastinya mampu buat anda pengsan dengan mulut berbuih. Faham? Barulah rock sikit kesannya.
Kanak-kanak biasanya, lagi ditegah, lagi dibuat. Yang disuruh, tak mahu dibuat pula. Maka, teknik terbaik, larang apa yang tidak patut dibuat, suruh apa yang patut dibuat. Ini eksperimen saya, dan ia positif.
Buat peminat coke di luar sana, jika anda masih menelan coke, saya nasihatkan apa kata anda telan sahaja pencuci tandas harpic. Kurang sedikit kesannya kepada badan berbanding coke. Yelah, kerana jika tandas dicuci menggunakan coke, ia akan berkilat bersinar mengalahkan harpic. Ketahuilah bahawa coke mampu membuatkan anda mandul. Perkara yang pernah dibincangkan dalam entri lepas, kemandulan bahasa [heh, takde kaitan lak].
Pengajaran kedua, sesibuk manapun, at least bacalah dahulu message yang diterima mana tahu jika ia penting. Sesal kemudian tiada gunanya. Teringat kata-kata Ketua Jabatan saya,
“SMS were made for things that can wait.” Means, if ade kepetingan apa-apa, silalah call, miscalled pun takpe, nanti saya call kembali.
Sejam kemudian saya menerima message selanjutnya daripada sahabat yang sama.
"Doctor bagi die ubat nama dequalinium chloride & tyrothricin. Macam mana?"
Erk..setakat manalah pengetahuan saya di bidang pharmaceutical pulak dengan nama chemical ubat. Sekadar boleh suggest beberapa nama ubat jika sahabat-sahabat mengadu tentang sesetengah penyakit, itupun kebanyakannya nama brand ubat, bukan chemical names. Perlu anda tahu bahawa, kebanyakan ubat mempunyai kandungan yang sama, cuma brand yang berbeza.
Faktor tambahan yang lain ialah, pesakit mempunyai pengaruh psikologi tergadap sesetengah ubat, bahawa jika dengan ubat sekian-sekian mereka akan sembuh, manakala ubat sekian-sekian tidak mampu menyembuhkan mereka. Walaupun mereka hanya diberi plasebo pills (pill yang berisi tepung semata, bukan ubat), mereka tetap sembuh. Inilah kuasa minda, minda memberi arahan kita menelan ubat dan pasti akan sembuh, maka sembuhlah walau sebenarnya tepung semata-mata.
"The doctor surely knows best. No worries."
Begitu ringkas balasan saya, saya tahu sedikit mengenai ubat tersebut, tetapi saya kurang pasti. Maka lebih baik diam. Di sini saya nampak, sahabat saya ini lebih rely kepada saya (sahabatnya) berbanding doctor yang lebih tahu tentang bidang ini. Kita lebih percaya kepada orang yang kita sangat kenal berbanding orang yang kita tahu pakar dalam bidang tersebut, walaupun kawan kita ni bukanlah tahu pun.
Kesimpulannya, tanyalah kepada yang pakar. Maksud saya, bertanyalah kepada mereka yang anda pasti mempunyai jawapan untuk anda. Sahabat saya tersebut, tersilap sedikit kerana bertanya kepada saya, tetapi pasti ada hikmah disebaliknya, tiada sesuatu yang dijadikan sia-sia.
Till then, only Allah who always knows best.
Wassalamu ‘alaikum.
p/s : saya menunggu jika ada sahabat yang ingin membuat perkongsian mengenai kes pesakit di atas, jua dialukan sebarang pembetulan. TQ.