Just two of us by As ||| |
SEBULAN
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
One month and counting. Sebulan kepada hari akan berlakunya transisi tanggungjawab yang besar dalam kehidupan. Setakat ini, belum ada debaran. Belum ada apa-apa yang berkocak. Mungkin juga kerana kami belum bertunang. Yup, belum dan akan bertunang dengan izin Allah SWT buat hambaNya yang merancang.
Dikisahkan May lepas saya telah memohon berhenti kerja dan melancarkan permohonan sambung belajar di Fakulti Perubatan di sebuah universiti tempatan. Sebab bos-bos yang dimuliakan tak bagi lampu hijau sambung di luar negara selagi belum berkahwin. Oh apekah? Heh. :)
Sejak itu dah mula belajar dari rumah memandangkan pensyarah dah bagi buku-buku untuk persediaan ujian lisan yang dijadualkan dua minggu lepas. Maka belajar lah saya dengan tekun *kononnya* dan semangat waja. Sekonyongnya setelah dijadualkan akan tarikh pernikahan *yang berlaku terlalu mendadak tetapi alhamdulillah lancar dengan izin Allah SWT*, maka kami berbincang akan beberapa perkara. Diputuskan saya menjadi suri rumah menjaga keluarga atau nama saintifiknya House Manager. Ehem!
So takyah la belajar :)
KEHORMATAN SEBAGAI HOUSE MANAGER
Women, women, women! Wake up. House manager adalah term yang saya guna sempena menghargai pengorbanan seorang ibu di rumah sepenuh masa.
Mungkin orang dengar suri rumah tu cam low class je. Tapi cuba fikir balik, sape yang duk mentaliti low class tuh? Kalian la jugak. Sedang Allah telah mengangkat tinggi martabat wanita dan meletakkan di tempat yang terpuji. Sebagai manager di rumah sendiri.
"....Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya...."
[Bukhari dan Muslim]
Wanita adalah pemimpin kepada anak-anak. Untuk mendidik, mengajar dan menanam sifat-sifat mulia pada akhlak mereka, serta membina fikrah (pemikiran) yang mantap.
Ibu pernah pesan, kerja ni semua bukan senang. Seorang Ibu perlu bijak dan berilmu, kira termasuk ilmu agama yang jadi inti penting dia. Hatta kalau kita ada pHd pun belum tentu kita boleh excel untuk kerja ni.
Maka tuntutlah ilmu agama setakat mana boleh dan mampu (tapi kena usaha sungguh-sungguh lah) dalam proses nak siapkan diri menjalankan tanggungjawab maha berat ini.
Kenapa maha berat? Sebab Ibu cakap esok-esok kat akhirat Allah akan tanya para Ibu. Dan para ayah sekali! Yelah since para ayah adalah pemimpin para Ibu. Teeet!
Dulu ada orang pesan, kena prepare diri awal-awal sebelum kahwin since bila dah ada anak baru nak susah payah korek ilmu, agak sukar sebab kita da super busy. Tapi better late than never. Yup sebab saya jadi saksi pada Ibu sendiri.
Sebab tu saya adore sangat dia, nak jadi macam dia. Jika Allah izinkan. Saya pun banyak perkara lagi nak kena koreksi.
Saranan Allah SWT di dalam Quranul Karim tentang perlunya untuk wanita just stay at home unless ada perkara yang sangat butuhkan mereka keluar.
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui."
[Al-Ahzab:33-34]
Asyik semua wanita je, so suami? Yup, suami juga bertanggungjawab sediakan keperluan untuk isteri nak laksanakan tugas dia ni. Antaranya cari rezeki untuk beli keperluan asas so hati isteri tenang sebab barang-barang dapur semua cukup. Jadi suami jugak kena didik isteri dengan pemahaman Islam, then bolehlah isteri guna untuk ajar anak-anak.
Wanita, kamu semua sangat mulia. Sebab tanggungjawab pada anak-anak dah bertimbun, belum masuk tanggungjawab pada suami (tanggungjawab suami pada isteri pun banyak jugak). Dan juga itu belum campur tanggungjawab wanita terhadap Rabb.
So walaupun kaum Ibu duduk di rumah je, tapi hakikatnya peranan mereka bukan terhad pada suami dan anak-anak je, malah merangkumi segala perkara. Yelah contoh dapat anak lelaki, Ibu kena didik supaya esok-esok dia boleh jadi tukang laung azan panggil orang solat, boleh jadi Imam solat, boleh jadi ketua keluarga yang beriman dan sebagainya. If anak perempuan pulak Ibu kena didik supaya mampu jadi wanita solehah yang esok-esok akan lahirkan mujahid, mampu pikul beban dakwah kepada keluarga dan masyarakat serta didik supaya rela berkorban di jalanNya. Tu contoh.
Tapi ramai mak ayah didik anak-anak skang supaya jadi pandai besar nanti dapat gaji besar hidup kaya raya. Material. Dunia semata! Allahu.
BEKERJA ITU HARUS
Based on kisah-kisah dalam sirah purba, zaman Rasulullah SAW dulu, adalah perkara yang tunjukkan keharusan wanita bekerja.
Contohnya Rufaydah Al-Aslamiyyah, doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW sediakan khemah special kat Masjid Nabawi untuk rawat pejuang Islam time perang Khandaq. Kepakaran dia diperlukan di situ.
Jadi bekerja itu harus tapi terikat dengan syarat lah.
1. Suami meninggal nak kena sara diri dan keluarga.
2. Nak membantu ayah ibu yang uzur atau suami yang sakit.
3. Punyai kemahiran yang superb dan sangat diperlukan.
4. Kerja yang sesuai dengan fitrah seorang wanita contohnya nurse, cekgu, doktor etc.
5. Wajiblah tutup aurat dan jauh daripada fitnah.
6. Takda campur baur dengan lelaki.
7. Dibenarkan suami.
8. Tidak menggangu tanggungjawab kepada suami dan anak-anak.
9. Bekerja sementara sahaja.
Jadi, harap mentol kalian telah menyala sekarang. Sebab bila saya suarakan saya berhenti belajar dan sahaja saya menjadi suri rumah kerana Allah taala, orang pun keep questioning. Saya hargai sahabat yang memberi respond positif. Cayalah!
Moga Allah lorongkan jalan kebaikan, mempermudahkan urusan, dan memberi keizinan. Ameen ameen ameen.
Tiadalah daya kami tanpa bantuanMu, Allah!
9 comments:
sy lihat, segelintir wanita, sanggup melepaskan jawatan house manager demi menggapai impian utk memiliki rumah yg lebih besar, kereta yg lebih besar dan mempunyai duit poket yg lebih besar walaupun keperluan2 asas telah berjaya ditampung oleh suami.. (",)
jadi, bolehlah diucapkan tahniah kepada house manager kerana berjaya mengekang keinginan dunia utk kebaikan akhirat.. (",)
Saya sokong akak, semoga akak adalah superb boleh dua perkara dalam satu masa. Belajar dan jadi house manager. InsyaALLAH. :)
Dik Has...
kak pun bekerja diatas keizinan Suami. Tanggungjawab tetap terlaksana..Berbeda nya kita ialah negeri...keadaan yg tak sama.
Syukur semua kak.dpt lakukan dan dgn.izin NYA kak masih bertugas...:)
moga semuanya baik2 selalu..:)
tahniah As, anda berada di landasan yang betul....!
Salam ziarah & perkenalan As..
saya pernah bercita-cita untuk menjadi house manager...dikala saya rasa sungguh penat meladeni setiap client...dan cita-cita itu tak pernah berubah walaupun penat itu dah tiada...cumanya masa nya tidak sampai lagi...
salam ukhwah...:)
nice entry!
Salute!!!!
jembut baca ya corporate video production , No cukai pendapatan , printing logo
Post a Comment