19 February 2012

Yang dikasihi: Syria

Bukan perang saudara weii! Tapi pembunuhan orang-orang Muslim besar-besaran!

Okelah kembali nak bising di tepi telinga kalian, pemuda pemudi harapan bangsa khususnya. Jamu mata dululah.

Time demo isu Palestine di IIUM Kuantan 2009

And the Syrian issue. Hangpa tau dak?

Aku tau dah hangpa ni jenis malas tak semangat nak ambil tahu isu ummat Islam saudara hangpa. Takpa aku pun dua kali  lima enam tambah empat je. Ucaplah syukur pada Allah kerana memilih kita untuk baca perkara yang baik-baik. Nanti jangan lupa share-share naaa..

Aku ni nak cakap guna skema layman je, yelah aku pun orang biasa-biasa jugak. Oke, memula nak bitau Syams merangkumi Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria..Dulu depa ni satu negara tapi da pecah-pecahkan jadi beberapa negara. Nilah tempat bersaksinya tumpah darah-darah para syuhada' Islam, untuk Islam. Tempat berjuangnya ramai nabi-nabi. Sepertimana korang sibuk nak tau kat mana tempat artis kesayangan dibesarkan dilahirkan, sepatutnya korang sibuk jugak korek sejarah para nabi yang berjuang untuk sampaikan Islam sebagai agama hangpa la ni. Faham?

Oooorait! Aku hajat taknak bising panjang-panjang. Nak bagi intro untuk korang pi korek pulak cerita selanjutnya pasal Syria. Tu pun kalau da sedar diri lah, kalau tak sedar gak, kau mintaklah hati baru dari Allah SWT. Aku tugas sampaikan je, hidayah nak bagi ke tak adalah hak milik Allah. Baik kita sama-sama doa suh Allah bagi hidayah skang."Ya Allah kurniakanlah faham bagi kami, dan hidayah untuk kami. Ameen."

Alkisah PM Syria skang, si Basyar Assad anak kepada Hafez Assad, jugak PM Syria time dulu kala. Sejak zaman Hafez lagi memang memerintah dengan kejam. Samalah macam rakyat Mesir bangkit, dan rakyat Libya bangkit menentang pemerintahan kejam.

Sejak kecik lagi Hafez dah ajar Basyar bunuh bayi-bayi. Tahun 1982 rejim Assad (zamn Hafez) bunuh lebih 40 ribu orang. Jadi sejak Januari 2011, rakyat Syria bangkitlah menentang rejim kejam neh, dan sampai ke Februari ni dah 8ribu Muslim meninggal. Banyak tu weh. Jumaat baru ni saje 56 orang mati weh. Kalau rasa nak tengok latest video boleh usha sini.

Macam dah cerita kat atas rakyat bangkit Januari 2011 lepas. Punca dia, time tu ada sekumpulan bebudak duk bermain-main, sambil-sambil depa tulis kat dinding sekolah camni,

 شعب يريد اسقاط النظام
"RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN" 

Hah ada ke bebudak rakyat Msia ada kesedaran pasal pemerintahan dan sebagainya time umur kecik-kecik? Hampeh payah nak ada. Sebab mak ayah pun tak berapa nak ada kesedaran pasal pemerintahan, pasal muslim yang ditindas dll. Jauh lagilah anak-anak. Jadi cikgu-cikgi lah pulak pegang amanah nak sampaikan. Faham cikgu? Hah merepek dah!.

Pastu bengang la kerajaan kan so kena tangkap la bebudak tadi. Siap kena seksa. Kena cabut kuku jari dan kaki. Ce bayang, ce bayang. Budak kecik kot. Astaghfirullah! Lepas tu sorang mati, so mak ayah mintaklah anak-anak depa ni. Tapi dengan syarat kena bagi kaum wanita depa untuk orang-orang kerajaan. Amboi! Maka bangkitlah depa. Sejak bangkit Januari tulah dah 8ribu mati hingga ke hari ni.


Bentuk kezaliman sepanjang tempoh kebangkitan.
Ni aku copy paste sikit cerita daripada ulama' Syria:

1. Orang yang cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

2. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad.

3. 413 orang telah syahid di dalam penjara.

4. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.Ce bayang, ce bayang. Aku tatau sape yang tak rasa pape baca ayat ni.


5. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni, beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan, lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

6. Mengucapkan takbir Allahuakbar merupakan sesuatu yang tidak disukai.

7. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad. Tiada Tuhan selain Basyar Assad. Geng firaun la neh.

8. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

9. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati. Boleh tengok ah video-video dia.

10. Rakyat yang keluar untuk demonstrasi, depa akan mandi dan berwudhu'. Sebab dah tau, dah yakin takkan dapat kembali lagi.

Peta minda kalau nak baca. Ni kira Bahan Bantu Mengajar (BBM) lah. Heh!

So, Ulama' Syria dah keluar fatwa rakyat Syria kena pertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera even dengan menggunakan pisau je dengan berdalilkan hadis berikut;

"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid." [Sunan Abu Daud (2/275), Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653)]

Btw, Presiden Kesatuan Ulama' Syria ada sampaikan amanat [8 feb 2012]:
  • Wajib bagi setiap muslim membantu sedaya mampu saudara seagamanya yang dizalimi jika tidak dia dikira bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh pihak musuh 
  • Saya mengeluarkan fatwa HARAM menjalinkan kerjasama ekonomi dengan Russia dan China serta memboikot produk kedua-dua negara tersebut. [hah kena check lah pasneh]
  • Menuntut setiap insan yang merdeka agar bersama-sama rakyat Syria dan meminta rakyat Syria bersatu dalam saf yang satu kerana kemenangan dari ALLAH amatlah hampir. [Aku rasa meremang baca ayat ni. Sebab seolahnya zaman khilafah, munculnya Imam Mahdi etc dah macam sangat-sangat-sangat hampir dengan kemenangan Syria.]
Zaman Khilafah:

Maksudnya: “Telah berlaku (1)Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan ((2)Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit ((3)Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman ((4)Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula (5)Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

______________________________________

Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berleluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua [Ulama' terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi].


PERANAN KITA

Kita, kita ini? Buat apa? Kita ini Muslim, yang dibunuh denga kejam itu saudara kita. Wajib bagi kita untuk BERDOA untuk mereka. Ni hat paling lemah ah Bro. Kalau takleh wat aku tatau ah Bro. Takpun kau pi aminkan je doa Uncle Sudais yang menyayat hati ni.

Then patutnya hulur bantuan duit takat mampu, tapi seriyes aku tatau lagi saluran dia. Last kita boleh buat is to SPREAD the words. Fahamkan isu ni, sebab ramai ingat perang saudara je. No, it is more than that! Kalau pasal artis kau semangat korek info, pasal ni lagilah kau kena buat lebih-lebih lagi. Seriyes, Bro!

Kat facebook ada satu page ni nama 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria'. Try ah search kat buku muka if nak tau berita latest pasal Syria. Btw cuma takleh tag dah page tuh sebab kena banned. Page yang bahasa Arab banyak, untuk yang pandai bolehlah, since aku pun takdelah celik mana bahasa Arab neh. 

Jangan lupa dalam doa! Allah telah memilih mereka untuk jihad, untuk syahid...

"Ya ALLAH! Berikanlah kemenangan buat ummat Islam di Syria dan di Palestin. Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yang banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah Ya Allah kanak-kanak suci yang telah kehilangan ayah bonda. Berilah kemenangan buat mereka Ya Rabb!"
Peta Syria untuk yang tatau: Ni dia tunjuk kebangkitan rakyat Jumaat lepas.

Budak kecik-kecik kat sana pun dah terlalu faham erti jihad, erti perjuangan, erti syahid, erti kehilangan. Kat Malaysia ni, kita yang dah besar dah tua ni pun tak sedar-sedar lagi. Masih gilakan dunia, cintakan dunia. Malu je weh. Malu sungguh.-_-

Mereka telah berikrar tidak akan sama sekali berundur, samada mendapat kemenangan ataupun syahid! Semoga Allah menetapkan mereka dan menghancurkan rejim Bashar. Wallahul musta'an.

!اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


p/s: Kalau kau rasa nak tengok gambar pembunuhan kejam, kau google lah sendiri atau pergi page bukumuka Syria tuh. Aku tak mampu nak buh sini.T__T

Jom spread the words to the world!

nota kaki: Hah dalam duk semangat berkobar, jangan lupa lelaki solat di tempat azan dilaungkan dan wanita, solat awal waktu! Basic tuh Allah nak tanya, basic! SekianG!



15 February 2012

Glad You were here by my side

glad you were here by my side by As |||
glad you were here by my side, a photo by As ||| on Flickr.

Nak cakap apa eh? Tajuk macam apa je, gila jiwang.

Satu benda tu, bila Allah dah tetap kita kena 'lekat' dengan dia, macam mana pun kita nak lari dan hapuskan dia daripada mata kita, tetaplah dia akan stay di situ diam-diam dengan kita. Kan?

Banyak benda atas dunia ni yang mulut kita duk cakap. Ada baik, ada buruk. Kita akan diuji dengan apa yang kita cakap, tak sekarang akan datang. Ni yang patik duk taip ni kira 'cakap' a jugak.

***

Dulu time aku 3 tahun jadi 'pekerja' kat hospital, aku rasa aku sangat faham apa pesakit rasa, sebab aku sendiri pun penghidap sakit kronik. Selama tu aku fikir nak tolong je pesakit tak kisah camne pun keadaan aku.

Dan aku harap sepatutnya macam tulah aku skang ni dalam mendidik. Paksa diri dalam kesakitan gane2 pun untuk didik depa. Untuk tabahkan diri hadapi dunia sekeliling.

Entah kekadang sebagai pesakit ada time aku spill jugak, tapi biasa hanya kat orang yang aku sayang. Dan orang yang aku rasa dia faham aku ni cakap seriyes atau sekadar nak spill je.

Iman yazid wa yankus.
Emosi stabil wa tak stabil. Hehe.
It depends aku rasa.

Tapi seriyes sangat harap dan doa badan ni KUAT yang AMAT untuk terus melangkah dalam bidang ni. Lawan segala kesakitan, paksa diri untuk terus ke depan lantaklah apa orang nak cakap.
Sepatutnya seorang aku buat.

Patutnya aku sekeh kepala dan cakap, alah sakit dan ujian berat ni semua simple dimple aje. Walaupun tahap berairmata hari-hari dengan kesakitan dan beban kerja, tetaplah Malaysia Boleh! Ho ho ho.

Aku rasa ujian terhebat bila emosi + Kesakitan + beban main perang-perang dengan Iman. Takmo bagi syaitan menang, no cannot!

Gane-gane pun Allah kan ada. Sabarlah dalam bersabar duhai hati!

nota kaki: entry ngok ngek.