27 January 2012

Love in the air

love in the air by As |||
love in the air, a photo by As ||| on Flickr.
Gambar ni tahun 2009, berzaman da. Berzaman jugak since I left photography, dah lebih setahun. Haih, mau nangis geng-geng photography aku kalau dengar baca statement nih.

Photography is not wrong at all. I mean, mine. Since I love landscape photography so much. But the life that comes with it, is not proper for me as a woman.

Apa dia? Well tu maybe kena bukak satu buku khas. :)

LAMA TAK MENGARANG

Yup Teacher Zahra tengah mengarang la ni Bro. Ada jugak la sikit asbab baru nak adapt dengan kesibukan seorang guru di madrasah comel ini. Tapi sebenarnya yang lebih ketara, serangan virus Varicella Zoster (VZV). Ibu cakap time kecil da kena patut aci tak kena dah.

Nilah namanya bila Allah kata 'Jadilah!' maka jadilah ia.

ALKISAH

Selepas 5 hari mengajar memang suara start serak beserta demam till last day of teaching. Seminggu lebih yang lepas dapat MC sebab serak. Yelah mengajar pun ala bagi latihan je sebab suara rock and roll.

The very last day yang critical sangat sungguh la hati ni ingat the day would be disaster dengan tak tido malamnya sekali. Terjaga pagi tu teringat memanglah manusia ni lembap betul bab nak sandar segala perkara pada Dia, sibuk usaha sana sini tapi kurang meminta mengadu dengan Dia.

Apa lagi merajuk la Beliau gitu! Makanya terus doa sungguh-sungguh mohon hari yang indah cemerlang gemilang hatta badan lembik serupa lintah. Sheesh! Perumpaan apa la nih, malu je kat Ramlee Awang Murshid.

Serious habis je hari tersebut mata bersinar-sinar sebab kelas-kelas hari tersebut sangatlah cemerlang. Siap anak-anak tanak bagi Zahra keluar kelas hatta guru lain dah sedia tunggu kat luar nak ambil giliran mengajar. Anak-anak pun super duper baik. ^__^

All thanks to Allah.

Mudirah madrasah dah pesan suh pi klinik check walaupun Teacher Zahra da siap-siap ambil antibiotik, pil selsema, pil demam dan segala pil. Yang doc kat klinik tu pun agreed tinggal bagi surat MC je. Jadi baliklah berlenggang tanpa ubat tapi cuma bekal sekeping surat MC.

Petang tu terus tuju program di ibu negeri, bebetul sebelah kampung Cina yang meriah dengan tanglung, menghadap i-city versi Pantai Timur. Sungguhlah view indah dengan tambahan sungai panjang.

Lepas berhari-hari, terus bergerak tukar negeri, tukar program. Menghadap diri ke Bandar Diraja tempat berlabuhnya para kapal dagang satu masa dulu hatta hingga kini.

Dengan tak tido malam, kemudian semalaman perjalanan membawa ke pagi, terus ber-nadwah. Memang rasa badan nak pengsan. Rasa dah bergelen telan nescafe sambil dengar talk membara seorang bekas pendidik. Seronok sebab dia cakap Arab! Ada juru bahasa la tapinya. Heh.

AKHIR NADWAH

Lepas berhari-hari tibalah hari akhir. Teacher Zahra pun hairan ape kes duk bersin non-stop. Mudirah pun dah pesan balik rest betul-betul untuk prepare diri nak mengajar pulak.

Memang sesungguhnya rest yang amatlah bebetul sebab esoknya dapat MC lebih seminggu asbab VZV tersebut. Sampai tak larat buat pape, hinggalah naik bosan.

Sungguhlah betul kata para pengkaji bahawa VZV, bila dia serang orang besar, lebih menyakitkan. Teeett!

Patut tak kena da if kita da pernah kena serang dengan VZV sebab dia da tido diam-diam dalam badan. But since immune system badan Zahra lemah asbab ubat dan penyakit dia, dan tengah keadaan sangat stress. Jadi dapat hadiah tersebut buat kali kedua.

Tapi Zahra okey je even memula dia sedikit stress, biasalah memula nak adapt sakit baru. :)

TAK SABAR

Zahra tak sabar nak back to school, hari-hari yang rasanya sangat panjang. Zahra pun tak sempat buat preparation last untuk anak-anak exam minggu depan. Zahra mampu doa jelah moga Allah bagi cemerlang dunia akhirat kat depa.

Ameen.


Hati dah mula sayang, seriously.

15 January 2012

Kongsi Ilmu.

Bila jiwa berserlirat, Zahra rindu kesibukan beribadah di Baitullah dan Masjid Nabi. Hanya ibadah padaNya semata, tiada langsung perkara dunia perlu difikirkan. Jiwa aman seamannya, tenteram tenang.

Kembali ke alam nyata, tentang hakikat kejadian manusia. Dicipta juga dengan menggalas tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi, maka langkah kaki perlu diteruskan. Dunia bukan tempat istirehat, bukan tempat bersenang lenang.

Bro, lu orang semua sure punya asyik fikir nak senang je. Nak mudah semua. Nak best je ikut sesedap rasa. Fuh. Allah tak janji kesenangan dunia, Bro. Allah janji syurga kat sana, nun di tempat yang kekal abadi.

Antara sumbangan Zahra sebagai warga atas dunia ni, adalah berkongsi ilmu untuk anak-anak generasi Islam. Zahra ambil salah satu talk daripada Dr Bilal Philips sebagai sumber inspirasi.

Betapa Zahra rasa hati dia attach pada suasana Twins of Faith conference. Hati berbunga bahagia jika dia ingat semula. Antara hat Dr Bilal duk cerita adalah tentang education. Paling penting knowledge must taqwa based.

Hangpa ingat dak zaman para Muslim Scholars dulu kala, waktu kegenilangan Islam. Kenapa depa semua hebat ngat aih. Sebab depa dalam hati buat semua benda asas dia iman dan taqwa. Sebab tu superb sampai boleh pakar pelbagai bidang dalam satu masa. Bukan sebab duit, bukan sebab nama segala. Kerana Allah, semata.

La ni mana agaknya kita nak cari hat lagu nih? Termenung Zahra fikir.

Berkongsi ilmu dengan anak-anak sepatutnya jadi sebagai satu ibadah, dan peng-amal-an ilmu tu juga sepatutnya sebagai ibadah pada Ilahi Rabbi. Dr. Bilal Philips pesan sepatutnya kita hat ada ilmu hatta sikit ni, volunteer diri kita untuk berkongsi. It is our duty to convey our knowledge to others.

Dan wajiblah priority nya pada knowledge of the Deen. Islam mesti yang pertama sebagai cara hidup. Dan sepatutnya merangkumi segala-gala hat atas dunia neh.

KORBAN

Zahra mengajar sambil menitik airmata kesakitan dalam kelas. Suara masih kuat sambil memegang kuat kesakitan menggila di dalam perut. Zahra senyum dan bersuara lantang hatta airmata bergenang dalam mata. Dia kira saki baki usia di atas muka bumi dengan sakit kronik yang dia hidapi, dapat digunakan sebaiknya untuk berkorban buat anak-anak bangsa, anak-anak Muslim.

Zahra kira ini pengorbanan dia atas diri, harta dan masa di jalanNya. Dalam usaha membentuk generasi Rabbani harapan agama akan datang. Ini yang dia mampu setakat ini. Setakat berperang dengan sakit kronik yang dia hidapi. Dia boleh memilih untuk tinggal di rumah berehat menjalani hari-hari akhir di muka bumi. Tapi biarlah rasanya jasad dan minda yang ada digunakan untuk jalanNya.

ILMU

Syeikh Alaa El-Sayed pernah pesan pada Zahra, segala perkara atas dunia ni dikira ilmu, baik ilmu agama atau ilmu Sains Matematik segala. Syeikh Alaa Elsayed pesan, we need both sister to succeed here and hereafter.

Man aradad-dunya, faalaihi bil 'ilm. waman aradal-akhirah, faalaihi bil 'ilm. Waman aradahuma faalaihi bil 'ilm. Nak dunia perlu ilmu, nak akhirat perlu ilmu, nak dua-dua pun perlu ilmu. Zahra ingat pesanan ni. InsyaAllah.
Doakan Allah kuatkan langkah kaki Zahra meneruskan baki usia..


Andai Esok bukan milikku lagi..



8 January 2012

Perhiasan Dunia yang Terindah

Lama termenung. Nak menulis tentang ni, lama duk termenung.
Tajuk tu sahaja dah memberi kata kunci - wanita, antaranya yang sedang menulis artikel ni.
Ikut seram nanti kena soal dengan apa yang aku tulis nih, alamat ramai lah kena delete blog gituh.
Ramailah taknak pergi dakwah rumah ke rumah sampaikan agama.
Dan ramai jugak yang duk fikir sampai 1000 kali sebelum berdakwah kepada masyarakat.


DIKUMPULKAN BERSAMA MEREKA YANG KITA CINTA

Daripada Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi SAW, “Bilakah terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?”Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak shalat, banyak puasa dan banyak sedekah. Tetapi yang aku persiapkan adalah cintakan Allah dan RasulNya.” Baginda berkata,


أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

“(Kalau begitu) engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.” (HR Bukhari no. 6171 & Muslim no. 2639)

Cinta tu of course kita kena terjemah dengan amalan la, mencontohi dan jadikan depa ni sebagai teladan.

Contoh mudah faham:
1. Cintakan Nabi SAW, para sahabat dan sahabiah, alim ulamak dan orang-orang mukmin; esok-esok kat akhirat Bro kita insyaAllah akan dikumpulkan dengan depa.

2. Mencontohi sikap munafik, bohsia bohjan, fesyen-fesyen artis yang tak tutup aurat dan orang kafir; maka dalam bahasa mudahnya hangpa dah tempah tiket untuk bersama-sama mereka kat akhirat nung.


PARA WANITA CONTOH

Sudah tentulah depa-depa yang berada di zaman teragung di dunia ini, zaman Rasul SAW dan para sahabat. Wanita-wanita yang telah di-konfirm-kan sebagai penghuni syurga oleh Allah SWT. Makanya wanita akhir zaman jika kita dambakan syurga, jom jadi macam depa sahabiah-sahabiah zaman Nabi SAW.

Kita zaman la ni kena bina jambatan antara kita dan sahabiah zaman Nabi SAW supaya kita boleh pusing semula kaji jalan kehidupan mereka. Cuba untuk menjadi seperti mereka. Baik dari segi amalan, pakaian, dan sebagainya. Lihat sahaja Khadijah RA seorang isteri, seorang kakak, seorang ibu dan jugak a shoulder to cry on - menyokong segala usaha Nabi SAW and she was there for him. Where are we from her?

Fatimah RA, the most beloved of Nabi SAW. Penghulu wanita syurga yang kematian ibu sejak kecil. Banyak kali ditinggalkan Ali RH berbulan-bulan asbab perang, tetapi dia redha. Bahkan tak pernah mengeluh dengan kemiskinan, siap tak pernah dia tak hulurkan apa-apa pada pengemis yang datang ke rumahnya.

Ramai lagi wanita-wanita contoh zaman Nabi SAW, kalau rasa nak tahu tanya jelah Haji Google. Duhai wanita, pandanglah wanita-wanita yang dikisahkan sejarah ini. Belajarlah daripada mereka dan ikutlah jejak langkah mereka.

Kita ini jangan jadi hamba pada fesyen dan juga pada pandangan manusia. Jadilah hamba hanya pada Allah SWT. Hanya Allah. Kehambaan kita pada fesyen, hanya menunjukkan kadar intelek kita yang rendah. Agak-agak ingat lagi tak orang-orang zaman batu dulu kala pakai baju lagu mana? Lepas tu macam mana depa slow-slow design baju yang better, yang lebih menutupi. Tu semua menunjukkan peningkatan tamadun manusia. Jika kita pakai baju serupa macam zaman batu dulu atau serupa dengan manusia yang tak jumpa tamadun lagi, makanya sama sebijiklah kita dengan depa. Ye dak?

Kita ini, sepatutnya bangga yang amat. Sebab kita ini, anak-anak kepada Fatimah RA, Khadijah RA, Hajar dan Aisyah RA. Jadilah kita wanita solehah seperti mereka, jadilah kita isteri-isteri seperti mereka. Contohilah teladan terbaik. Maka bersamalah kita dengan mereka di syurga tertinggi insyaAllah!

AURATMU WANITA


Ramai je yang pakai tudung labuh tutup dada dah, pakai baju tutup penuh dah tapi sebenarnya ada sikit-sikit lagi yang boleh touch up. Ramai juga yang bukan pakai baju menutup aurat, tetapi pakai baju BALUT aurat. Macam balut nangka. Haiyoh. -__-

Formula dia mudah je sis;
1. Tutup semua tubuh kecuali muka dan tangan (hand na bukan arm).
2. Tak jarang.
3. Tak ketat (maksud dia longgar la).

Maka jadilah kita orang berjaya sebab berjaya ikut peraturan yang Allah buat. Tapi if peraturan yang Allah buat ni pun fail, al makna guane gaya lah nak ikut peraturan yang manusia cipta kat bumi ni kan kan? Hatta buku yang kita sayang pun kita balut bagai nikan pulak anggota tubuh sendiri, tak sayang ka? Tak sayang ka kalu orang bukan mahram duk jamu mata? T_T

Allah jadikan kita indah, lebih indah daripada lelaki. Sampai Allah pun suh katup aurat comey-comey, hanya mahram ja boleh tengok. Ya la, Allah sayang lebih la maknanya tuh! Best a kan Allah ciptakan kita sebagai makhluk yang cantik, comey dan indah. :D

 SAYA TAK KUAT NAK TUTUP AURAT

Satgi orang pandang pelik. Lagipun rimas lah nak pakai tudung tutup dada, baju tutup segala, stokin bagai. Hisy! Nak buat camna, Allah bagi ujian hati ni tak kuat.

Lah begitu alasannya. @_@
Boleh pengsan aku dengar alasan ala-ala gini. Silap-silap masuk ward terus immediate admit.

Para wanita yang diri ini sangat kasihi, sedarlah bahawa sebenarnya sebelum kita rasa diri kita ni tak kuat, kita dah terlebih dulu lemahkan hati-hati kita dengan kisah-kisah cinta tah-apa-apa kat TV nung, baca majalah gosip, tengok TV rancangan fesyen terkini, belajar make-up sana sini dan sebagainya. Ni semua lah yang makin melemahkan jiwa. Seriyesly! Kita sendiri yang pilih.

BERJAYA DUNIA AKHIRAT

Orang yang memilih akhirat, dunia satgi datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita.


Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa.

***
Was inspired by a talk by Syeikh Alaa Elsayed entitle Woman of Exemplary in the Past at Twins of Faith Malaysia.



p/s: Wah next-next entri hajat nak share beza-beza hijab, jilbab, niqab segala adik beradik dia insyaAllah.


2 January 2012

Debar hari pertama!

Jam 10.30 malam. Alkisah Sarah baru je pulang ke rumah selepas selesai menyediakan kelas yang comel dan selesa untuk anak-anak. Siangnya busy dengan meeting. Hari-hari Sarah yang pack sejak 21 December 2011. Belum sempat duduk menarik nafas.

Naseb baek Sarah sempat sampaikan cerita ni jadi bolehlah aku nukilkan untuk korang.

Sejak dapat masuk sebagai guru Sarah diberi tugasan jadi guru kelas, guru pengawas dan beberapa tugasan lain. Jadi guru kelas kena prepare kelas to the boom sebelum mula hari persekolahan tahun baru. Memula Sarah terkejut jugak dan sedikit down tengok class yang sangat gloomy dan tak best langsung.

Nota: Kebanyakan kelas di madrasah ni guna tiles dalam kelas jadi nampak sangat kemas. Since kasut pun bukak.

Tapi Sarah punya kelas takdak tiles. Jadi Sarah decide letak tikar getah supaya kelas lebih 'cerah' dan kemas. Dinding-dinding yang penuh dengan kesan tampalan dan contengan. Serta kotor. Almaklumlah dah hampir 5-6 tahun kot bangunan tu. Dengan kanak-kanak lagi.

Jadi Sarah telah pulun untuk mengecat semula kelas tersebut bersama ayah dan adik-adik. Berhari jugaklah since semua tak pro. Heh! Sarah sangat nak thanks family beliau yang bagi support best. Beginilah ala-ala simple kelas Sarah yang lebih ceria lepas buat renovation. Alhamdulillah gembira bagi pihak Sarah.

Kelas Abdul Rahman Bin Auf!

Sudut aktiviti. Heh! Idea ibu Sarah, best!

Back door.

Sengetkan meja guru untuk monitor anak-anak.

Rak kasut DIY. Heheh! Ada sape2 nak derma rak kasut? :D

Harapanlah rasanya dari semua guru nak tengok anak-anak didik faham dengan baik ilmu yang dikongsi. Harap juga cemerlang dunia akhirat. Esok time assembly Sarah kena bagi taklimat keselamatan dan disiplin. Sarah pun tak hafal lagi tempat-tempat dalam madrasah ni tapi tibai jelah yang the best.

Sarah akan terus pack dan full till Thursday next week. This weekend pun penuh. Tahniah lah buat Sarah. Moga Allah bagi kecukupan insyaAllah!

p/s: Sebenaqnya Sarah suffer throbbing pain dalam abdomen dan 5 hari. Area appendix. Sarah tengah cari-cari lagi kot ada masa free nak pergi klinik buat beberapa test nak konfirmkan diagnosis yang Sarah assume. Heh! Masuk esok 6 hari lah. Tak sangka jugak macam mana Sarah boleh bergerak aktif dalam sakit dasyat dalam abdomen camtu. Chayyo Sarah!

notakaki: Weh sape ada idea nak decorate kelas untuk madrasah rendah, boleh ah share dengan Sarah ni. Nanti I sampaikan kat dia oke! ;)

nota kakitangan: Sarah tengah fikir-fikir module untuk Kem Pengawas dalam 2 minggu lagi. Ada idea? :D





1 January 2012

We met for a reason.


He sent you.
He guided some parts of me through you.
Even though there is no chances that we'll meet each other again.
But I thank you.

Toksah duk perasan, you tu bukan kau sorang je. Heh!

*Tapi major repair dan enhancement nya daripada kau sorang lah.*


Tapi seriyes, thanks a lot. Big Thanks. May Allah bless.


2011. Wah nampaknya ini entry pertama sebut pasal tahun baru Masihi. Selama ni tak pernah ambil peduli pun, tapi 2011 macam-macam sangat dah jadi. Terutamanya major events. Yelah zaman la ni orang mark pape pun planned yearly ikut Masihi.

Untuk mencapai tahap yakin macam sekarang, aku rasa nak sujud syukur berkali-kali. Memanglah bila Allah nak ubah hati seseorang tuh, split second pun boleh jadi. Kekadang kenalan ni main pengaruh besar jugak. Kekadang kenalan kita tu tatau pun dia jadi wasilah mengubah kita. Memanglah asbab hidayat untuk ummat. Untunglah.

Kenalan. Yes, kenalan. Sebab biasa kenalan takdak impact mana kat kita. Apatah lagi perspektif tentang kehidupan. Hidayat tu memang boleh turun zass begitu sahaja, provided hangpa berkehendakkan pada agama. Kekadang Allah sengaja campak kita kejap somewhere just untuk kita amik sat pinggan orang lain, masuk mulut dan kunyah.

Yup untuk belajar sesuatu. Lagi untung jika dapat berubah ke arah lebih baik. Oh untung sungguh. Nikmat Allah bagi. Shoot pahala sama kat kenalan kita nung walau tak berjumpa dah. Untunglah.

KUMPUL SEMULA

Malam semalam berjaya gatherkan semua sahabat-sahabat ibu ayah dalam satu reunion tak sengaja. Majoriti bukan orang asal negeri Darul Iman neh. Majoriti asbab kerja minyak sini. Ada yang dah pindah randah datang semula ke sini just untuk sesi dua hari ni.

Sejuk hati dapat jumpa semula makcik pakcik yang wajah-wajah mereka sangat menyiram air ke badan. Ruh sejuk. Bertahun-tahun kot pause. Begitulah bila bersahabat atas keimanan. Yang anak-anak remaja semua pakat duk sembang sesama depa. Aku je duk menyemak dengan makcik-makcik pakcik-pakcik. Siap anak-anak dengan cucu semua dah. Huu!

Aku pun teringin nak jadi cam depa dah tua-tua nanti. Kumpul semula dengan sahabat-sahabat atas iman. Nikmat Bro, nikmat. Saling pesan-memesan atas keimanan.

JALAN YANG DIPILIH

Tak kisah lah apa pun laluan jihad yang kita pilih untuk berkorban di jalanNya, asalkan masih yang Haq maka teruskanlah. Takdak sapa yang salah selagi syariah-compliance.

Semua yang memilih untuk mengorbankan diri, harta dan masa di jalanNya, maka itulah jalan kepada taqwa. Jangan penatkan diri berbalah tentang perkara kecil apatah lagi tentang perkara yang khilaf. Bila kita ada pendapat dan pegangan kita, janganlah terlalu rigid. Berlapang dadalah dengan pendapat dan pegangan orang lain jugak. Apatah lagi bila pendapat tu authentic.

Btw kalau boleh ajar-ajarlah diri berpegang pada apa yang authentic since Nabi SAW banyak kali dah pesan jangan bawak apa yang tak benar daripada dia [Riwayat Muslim, Sahih Ibnu Hibban & 'Alam al-Nubala]. Kata nak pegang jalan taqwa? Inilah salah satu cabangnya.

Please jugak jangan la claim orang ni salah orang tu salah sebab tak amal apa yang kita rasa betul. Orang tu pun ada kaji-kaji jugak sebelum pegang mana-mana pendapat. Kau fikir itu benar kau peganglah. Suruhlah anak isteri ikut sama. Tak salah pun. Tapi tak perlu bising sana sini kat orang lain claim depa salah. Banyakkanlah lagi membaca tulisan ulamak-ulamak yang authentic. Sebab kitab dah bersusun skang ni kat memana. Pandai-pandailah pilih yang Haq.

Selamat beramal dengan ilmu. Tau tau. Jangan taklik buta pada sesuatu. Takpe tau da korang semua bagus-bagus da. Good good sila tunjuk ajar na. :)


p/s: Contoh, ni contoh tau. Nama pun contoh: Aminah berpegang takpe tengah period baca Quran. Tetiba dah kahwin suami cakap tak boleh baca Quran time period. So Aminah lebih memilih untuk sami'tu wa ato'tu. Yelah daripada duk berdebat, pegang jelah pada pendapat suami asalkan syariah-compliance. Heh!

Contoh lagi: Orang A cakap kena azan sekali je. Orang B cakap kena azan dua kali. Last-last duk berdebat bagi dalil memasing. Orang C datang and cakap, takyah azan terus! Hah azan tu wajib ke? Orang C ambil pendekatan takyah la duk berdebat. Teet, time's up!

Notakaki: Meeting those friends kat syarikat minyak tahun ni antara perkara yang I feel so blessed.

Notakakitangan 2011:

  • Graduation - tak sangka rasa heartless.
  • 1st job in engineering planning team for oil & gas company - waaay NEW things for me.
  • 2nd job as teacher for a madrasah - waaay BIG thing for me.
  • Haramain - again, again please Allah!
  • Wedding dua sahabat paling rapat.
  • Mercy Mission International Conference - paling masyuk.
  • Masturat - ehem! Korek banyak ilmu dunia baru.
  • Tahun paling banyak DI-interview. Dan juga MENG-interview orang dengan pakcik neh.
  • Tahun paling banyak travel.
  • 8 bulan lupa renew lesen! Walhal duk drive satu Semenanjung!
  • Keindahan BersamaMu - :)