27 August 2011

Debar menjadi tamu-Mu


Allah
Dalam tiap sujud dan du'a
Aku mohon dijemput menjadi tamuMu

Seringkali
perancanganMu di luar jangkaan seorang hamba
Dijemput bertandang di bulan mulia
Tiada kebetulan melainkan kerna takdir Mu jua

Debar sebak di dada
Gerun wujud di hati
Serius tak mampu ku nafi
Aku cuak Ya Rabbi

Hamba hina penuh debuan dosa
Melilit tiap inci deria
Namun satu yang daku pasti
KasihMu mengatasi sebuah kemurkaan
Walau amalan hanya jari sejengkal
Walau iman senipis kulit bawang

Aku pergi hanya keranaMu ya Allah
Semata-mata keranaMu
Semata-mata keranaMu
Semata-mata keranaMu Allah

Tetapkanlah niat hambaMu
Jauhkanlah riak dari hatiku
Mengharap hanya redhaMu
Memohon selaut pengampunan
Moganya disucikan jiwa keseluruhan

Umrah mabrurah
Dambaan jiwa seorang hamba


2 Ramadhan 1432H
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

3 comments:

otakshamel said...

Paling suke line

Serius tak mampu ku nafi
Aku cuak Ya Rabbi

neem said...

Dah 10 tahun lebih meninggalkan tanah suci itu.. Rindu..

aku HIV positif said...

selamat hari raya,
maaf zahir batin.
terima kasih atas segalanya.
maaf lewat mengucapkan,
streamyx meragam menjelang idil fitri dan kekangan masa yang keterlaluan.

sesuatu yang pasti:
"Seringkali perancanganMu di luar jangkaan seorang hamba
Dijemput bertandang di bulan mulia
Tiada kebetulan melainkan kerna takdir Mu jua"