Sesekali, hidup perlu meniti awan kelabu
dalam menongkah arus perjalanan panjang
kerana hidup penuh dengan tuntutan pengorbanan
sesekali, hidup itu bagai pelangi petang
tak bercahaya namun berseri
dan hanya seketika Cuma
kan pergi bila lembayung senja menyapa sepi
bila gerimis tak lagi sudi menghadirkan diri
bila mentari berlabuh, kerana janji di ufuk timur
tak mungkin diingkari.
Dalam semua yang sementara kecuali DIA
terlalu besar manapun janji pada hati
itu bukannya satu yang pasti.
No comments:
Post a Comment