8 July 2012

Forgive and forget.

Forgive and forget.
Jika tak mampu lakukan keduanya, then just pick one.

Waaah. Rasa dah terlalu lama post yang sebelum ni tak bergerak ke mana-mana.

KESALAHAN

Ape ye ek yang akan kita gelarkan sebagai kesalahan?
Boleh ke perlakuan orang yang menyakitkan kita digelar kesalahan?
Yes if it is wrong to you and no if it is right to them.
Dapat tangkap?

Ramai orang masuk ke dalam kehidupan kita.
Dalam ramai-ramai hanya segelintir yang kita boleh jadikan sahabat.
Tak kira lah kecil besar tua muda.
Ramai jugak yang akan memberi calar pada hati.
Tapi hati tu dia akan berkecai jugak.
Bila orang yang katanya sayang pada kita, menikam dari belakang.

Kesian.
Kena kutip balik satu-satu yang dah berkecai tadi tu.

MEMAAFKAN


Balik semula pada isu atas sekali.
Jika tak mampu memaafkan dan melupakan, jadi pilih je salah satu.

Saranan aku, maafkan jelah.
Walaupun depa takdak pun mintak maaf.
Mungkin lah depa tatau fitnah dan adu domba tu bukan kesalahan.
*sarcastic sungguh*

On a serious note.
Maafkan jelah, untuk diri kau jugak senanya.
Itulah kunci untuk jahit semula hati yang berkecai tu.
In the end, ape je pun kita nak bawak jumpa Allah nanti.

AFTER-EFFECT

Hati dah jahit.
Rasa hormat yang hilang tu kembali balik.
Bila jumpa semula, pretend macam takdak apa berlaku.
Tapi kekok Tuhan je Maha Tahu.
Things won't be the same, maybe aku jelah yang boleh jadi the best actor among all. 
Heh!

Bila dah sama-sama blah, hati start duk berdetik.
Kenapa depa sampai hati buat lagu tuh?
Kenapa dan kenapa yang rasa cam nak clarify.
Tapi sampai takat tu jelah.
Tinggal rasa yang tak dizahirkan dengan kata.
Hanya sebab untuk mendamaikan jiwa-jiwa.


Aku maafkan.
Cuma maafkan aku kerana menjadi manusia biasa.
Yang tak dapat tekan CTRL+A dan butang DELETE.
Maka aku tak mampu untuk lupakan, apatah lagi kita bakal sering berjumpa.

Senang sket kalau aku pindah daerah ek?
Haha.

So far so good insyaAllah.
Sebab the wise won't forget.
Kang terkena lagi sekali sape nak jawab?
Hehe.

AKHIR

Orang yang pernah merasa akan memahami bagaimana rasanya begini.
Take my plate and chew.
Samalah macam cuba ko pakai selipar aku.

Cuma ni jelah nasihat untuk yang sama merasa:

Be positive.
Jadilah optimis.
Telah Allah SWT berfirman:

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
[Fussilat: 34]

Ya Allah damaikanlah hati-hati kami. Dengan kemaafan ini, lapangkan dan tenangkanlah..