30 September 2008

hari sayur sedunia

kenapa saya kurang suka nak pegi solat jema'ah kat surau atau masjid

nota: ni perspektif sebelah wanita

1. Saf tak rapat

Kebanyakan masjid/surau hampar sejadah dalam bentuk menegak, maka bermulalah konsep "satu sejadah sorang" yang kemudiannya menyebabkan saf tak rapat malah berjarak-jarak. Nak tarik atau ajak orang kiri kanak rapat-rapat, sume makcik2 atau kakak2, sapelah kita ni nak suarakan pape. Nak rapat ke kanan, sebelah kiri pulak lompong dan vice versa. Solat dengan serba salah. Sebab tu baik tak payah pergi, afdal di rumah. Cuma kadang2 rasa gak nak pergi, contohnya terawikh.

Meh kita lihat sabda Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah,

"Seandainya orang2 tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencaainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya."
[Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137]

2. Saf mula dari kanan

Solat sume mula daripada sebelah kanan, salah satu sebab jadi saf tak rapat. Tingat satu kes sorang makcik dengan saya ketika berdiri nak mula solat.

"*Maghi rapak sini skek agi je nih." Kata makcik yang merapatkan saf ke kanan (walaupun sebenarnya banyak jugak gap nye).

Saya yang berada di paling tengah rasa pelik. Terus tanya (lepas translate kata2 makcik itu ke dalam bahasa standard).

"Er makcik..saf mula dari tengah kan...?" Saya dengan bahasa 'foreigner' saya di negeri sendiri (masih dalam training untuk berbasaha ganu sepenuhnya).

"Eh dok eh, kena rapak ke kanang...maghi2.."

Jadi nak cakap ape lagi, kena sami'tu wa'ato'tu la jawabnya. Rapat ke kanan, belah tengah pulak macam lompong. Haih..

Sekadar pengetahuan saya, saf hendaklah dimulakan dari tengah, iaitu bermula daripada belakang imam hinggalah penuh saf pertama.

Dalam susunan makmum diajar Rasulullah (saw) dalam solat berjamaah. Ini termasuk kedudukan saf pertama dan seterusnya, bagi saf yang bermula selepas imam, mesti bermula dari bahagian tengah saf pada kedudukan di belakang imam.

Sabda Rasulullah (saw), maksudnya: “Menengahi imam dan tutup tempat kosong [iaitu ruang antara dua makmun] .” (Abu Dawud) (Sabiq, 2000: I: 173).

Kemudian bila datang makmum lain, maka diselang-seli di antara kanan dan kiri dengan dimulai di sebelah kanan dan seterusnya kiri supaya saf tersusun rapi dan seimbang.

3. Busy lipat telekung

Satu lagi fenomena sebelah wanita, selesai je bagi salam, sume dah busy lipat telekung lipat sejadah. Dengan sejadah kita sekali tolong lipatkan. Imam tengah wirid lagi (walaupun bukan 'amalan sunnah), macam agak tak patut dah busy ready nak balik. Kan?

4. Solat tanpa telekung?

Yang ni lari sket daripada topik atas sume.

Kadang2 bila saya dalam perjalanan ke mana2, saya lebih selesa solat dengan pakaian yang dibadan semata-mata tanpa telekung di surau/masjid. Yelah tengah musafir. Ada jugak time2 kat shopping centre wat camni atau kat UIA (uia konfirm takde sapa akan tegur). Kadang ada makcik/kakak tegur saya (biasanya di masjid luar).

"Nak, kenapa sembahyang tak pakai telekung ni, tak sah nampak aurat."

"Eh, aurat kat mana ye makcik?" tanya saya pelik.

"Tu tangan tu." Sambil menunjuk bahagian tapak tangan. "Semua orang solat kena pakai telekung, nak. Tutup satu badan boleh nampak muka je."

Saya senyum sahaja. Malas nak memanjangkan cerita :D

Cuma saya selalu suka tanya kawan-kawan kalau situasi macam ni.

"Kamu pakai baju dengan tudung ni menutup aurat tak?"

"tutuplah ni semua ikut syarat."

"Dah tu mestilah pakai macam ni je pun boleh je tunaikan solat."

Biasanya mereka termenung kejap sambil angguk kepala setuju. (:

(kalau kamu tak faham kenapa, nanti kamu tanya ye)


5. Kain solat jarang/nipis

Antara syarat sah solat adalah menutup aurat. Selalu saya dapat lihat kebanyakan wanita solat dengan telekung nipis yang masih menampakkan warna kulit (terutama lengan dan kaki), rambut etc. Ada yang memakai telekung nipis tetapi menutup aurat sempurna di sebelah dalam, ini takpe.

Ramai orang amik syarat tutup semua tanpa amik kisah telekung solat yang nipis, cuba check perati semula telekung masing2. Kalau diikutkan solat tidak sah kerana aurat masih tampak di pandangan orang lain. Biasanya bila solat di rumah atau hostel dengan tanpa tudung, t-shirt lengan pendek dan sebagainya.

Pengalaman sendiri, dulu setiap kali nak solat akan pakai sweater nipis dan tudung tiga segi serta stokin. Memang penat jugak setiap kali nak solat buat macam tu. Jadi kemudiannya ibu carikan solution, carikan telekung khas yang kain putih dijahit dua lapis, memamg tak nampak lah aurat alhamdulillah. Dan saya gunakan kain pelikat sebagai kain sarung untuk solat, warna kotak2 gelap, jadi takyah susah2 pakai stokin :D ini idea daripada ayah (:
Jadi sejak tu memang tak perlu saya tutup aurat lengkap sebelum sarung telekung solat, tak rasa terbeban.

Ramai teman mintak belikan telekung tuh, tapi memang mintak maaf, susah betul nak dapatkan stok, dan harganya mahal..

Kesimpulan

Wah, da pandai buat kesimpulan. :D
Kebanyakan yang berpendirian seperti number 1, 2 & 3 adalah golongan yang hari-hari ke masjid/surau. Jadi rasanya baiklah jika imam dapat bagi tazkirah sedikit mengenai perkara asas seperti ini. Penting ni penting. Susunan batu bata jika tak rapat dan kukuh, runtuh bangunan tuh.

Jangan jadi macam saya, tak berani nak cakap lebey2 dengan makcik2/akak2 yang lebih senior di surau/masjid. Salah satu sebabnya, bahasa saya lah, masih belum mahir. Kalau saya bicara bahasa ganu kawan2 cakap baek tak payah, buruk sangat kata mereka. Bila saya bicara kelate, teman2 cakap 'go ore sie' (macam orang Siam). Haha. Bahasa tu penting sangat sebenarnya untuk dekati mad'u (ah poyo ;p ).

Saya suka solat bersama teman-teman yang faham sepenuhnya undang-undang solat, terutama di musolla/surau/masjid di sume kampus UIAM. Rapat utuh padu dan tunggu sampai imam berlalu baru busy lipat-lipat sume. Gembira dan tenang je.

Golongan kategori 5 memang di mana-mana pun ada. Cuba check masing2, perati dan tanya kawan.

Banyak benda yang dah jadi pegangan dalam masyarakat kita walaupun sebenarnya benda tu salah (even nampak betul). Dan di atas hanyalah sekadar dalam pengetahuan saya yang tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah agama, mana salah sila tolong betulkan ye.

p/s: hari ni hari makan sayur sedunia~! haha

16 comments:

it's jenn. said...

selamat hari raya as!~

As said...

erk, entry ni memang siyes panjang lak..


er, dearest jenn, TAKE CARE~!

Amin Mansor said...

real situation.best bace psl ni. 2x ulang tau.nk bg phm btl2.hehe..

tp tajuk nye 100% xde kaitan.

As said...

dearest amin wb

er..pening ye baca as tulis ;p

erk, pasal tajuk tu, tatau nak buh pe, ngeh3..kebetulan banyak gaduh pasal sayur semalam (:

Anonymous said...

kamu ekstrim ke dorang jumud?
alasan je tu kan? cakap je xnak pegi masjid
waahahaha

Jepah said...

btol2... mmg banyak kepincangan dlm saf solat sekarang ni... bile kite suruh rapat, di jawab lak oleh org sebelah... memandai la... itu la... ini la...

bab baju sembahyang pompuan, malas la nk komen byk2... mmg mcm2 style n fesyen... tp, aurat x tertutup habis... kalu x caye, tgk la pompuan yg solat, berapa ramai yg nampak dagu???

sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman...

As said...

dearest jaed sayur,
ah, kamu memang sengaja je cari kes eh ;)

as ekstrem atau depa jumud?

neither both!

tu antara yang basic dalam 'ibadat, nak ekstrem2 bukan sini eh ;p

p/s: kurang suka nak pergi bukan bermaksud tak pegi, better ah dari sesetgah orang yang da sampai masjid pastu pusing balik :P

take care jaed sayur


dearest jep,
realiti jep realiti..

jep, dagu tu aurat sampai area mana eh? ade sorang ustazah cakap part tententu je yang susah je mcm kalau nak explain sini :D

faidhi said...

jenis mkcik2 gitu senang berkah buang dalam koloh.

As said...

erk..ma ma'na 'berkah' + 'koloh' tu

:D

Anonymous said...

Ada betul juga apa yg dikatakan kakak tu. Tapi setahu saya, masaalah saf tak rapat tak menjadi masaalah buat kommuniti saya di sini. Tapi pengalan itu sendiri pernah saya lalui di tempat2 lain. Kalau tengok dalam TV, sembahyang Jumaat sendiri saf pertama memang dah jadi satu lumrah takkan rapat.

Solat tanpa telekung, mungkin bagi orang2 awam yang tak tahu, ianya akan menjadi satu issu.

Jadi betullah penting untuk adanya tazkirah pasal benda2 macam ni. Kalau tak pun dalam forum2 dalam TV, daripada org2 duduk sibuk2 bincang pasal bida'ah dan mempersoalkan tentang perkara yg hukumnya memang dah tercatit dalam Quran dan tak perlu untuk kita berpincang pendapat.Ada baiknnya kalau benda2 asas mcm ni di ketengahkan dan di didik dalam masyarakat. Seperti saya sendiri, memang tak dinafikan, ilum tentang agama saya sendiri agak kurang.

As said...

dearest anonymous @ atikah @ rumate,

bangga akak baca *BM *adeq yang bagus :D

betullah semua yang adik perkatakan. dan best je dengar pasal masalah saf kat SA takde masalah..huuu dalam TV pun adeq perati, bagus2.. :D

yang part last tu best (:

*BM sebab die orang putih
*adeq sebab 2 years younger even she's my rumate in uia :p

Jepah said...

mcm ne nk ckp erk??? nk explain without figure payah jgak ye... huhuhuhu... btw, blajar lah ilmu agama dgn lebih mendalam...

Adlan said...

islam tu mudah sekali ajarannya.
cuma tang yang mudah orang amek berat sangat smp jadi komplikated.
(rapatkn saf, pki telekung)

hal2 yang lagi penting (fardu/wajib) diambil ringan plak kan (tutup aurat)

sebagai da'ie kita kena lah cuba jugak utk menyeru masyarakat kita. teruskan blogging jugak ye As!

As said...

dearest alan,
betul3..
islam itu mudah tp bukan untuk dipermudahkan :D

orang suka komplikated kan yang simple dan amik mudah yang wajib/basic.

Moga Allah kuatkan langkah kaki kita to help us be good and help others to be good huu!

cikEff said...

ahaha~
3malam sempat terawih dan jejak kaki ke masjid luar uia.
3malam sakit tgk diorg punya saf sejadah.
3malam jugak gi xbwk sejadah, tumpang sejadah orang [konon nak rapatkan saf].
pendek kata, hanya saf solat sunat eid je yg saf rapat.
hehe.
As, selamat raye n pose 6^^

As said...

dearest tim

:D

sunat eid rapat sebab ramai sgat sume kuar g solat, pastu cam tak muat kena sgat2 rapat..

time tu je best :)