9 October 2008

puasa 6 terlebih dahulu

rentetan komenan di entri ini.

Puasa 6 hari syawal tanpa menggantikan puasa yang tertinggal terlebih dahulu.

Sorang student diberi dua tugasan yang punyai due date yang sama, satu yang wajib hantar satu lagi kalau hantar boleh dapat markah lebih, kira macam sampingan aa. Student A buat tugasan yang sampingan terlebih dahulu dan hantar pada due date tersebut. Manakala tugasan yang wajib hantar tu, dia baru siap separuh.

Lecturer dia tak bagi langsung markah kat dia sebab tak hantar yang wajib buat, abaikan yang wajib dan pentingkan yang sampingan. Sebab lecturer dia nak kan yang wajib, yang sampingan sebagai aksesori tambahan markah sahaja.

Analoginya, yang wajib itu puasa qadha dan yang sampingan itu puasa sunat syawal. Due date itu ibarat tarikh kematian. Apatah lagi jika kita tak boleh nak jamin kita akan hidup cukup untuk habiskan puasa ganti selepas puasa 6 hari syawal. Atau kamu boleh jamin tarikh mati kamu?

Apabila menyebut tentang hadith puasa 6 hari dalam syawal, Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan puasa 6 hari itu hanyalah selepas puasa Ramadhan (termasukla yang ganti ramadhan). Maka wajib bersegera qadha puasa kerana hukum yang wajib didahulukan di atas yang sunnah.

Kemudian lagi satu, niat puasa enam tak boleh disekalikan dengan puasa qadha’. Imam As-Syafi’e (dalam kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab “setiap amalan dengan niatnya” bahawa; hendaklah dibezakan puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha’ dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan, atau nazar atau puasa sunat. Namun jangan sedih jangan risau, seseorang yang berniat puasa qadha di dalam bulan Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat tersebut) mengikut pendapat sebahagian Ulama’.

Er, saya bosan nak menulis pasal ni sebab sepatutnya benda yang dah well known. Bukan nya tajuk baru. Jadi silalah alert ye, jangan beramal sukati kita je (: jangan sampai jadi sia-sia..

17 comments:

Unknown said...

Berkenaan tugasan ilmiah...Terfikir dua persoalan: Jujurkah kita (baca:pelajar) menyiapkan tugasan itu, dan jujurkah pensyarah memberikan markah tugasan kita?

Berkenaan puasa: Terfikir adakah amalan puasa kita diterima Allah...

Dengan harapan... Taqabbalallahu minna waminkum.

As said...

anuar manshor..dasyat tul, analogi tu siap difikir dalam2 pulak..analogi je :)
but it is great to ponder ;)

minna wa minkum taqabbal ya kareem..

Anonymous said...

kak..
baguslah entri ni...
dapat juga pengetahuan

As said...

baek adeq! kem salam orang cairo ;P

Anne said...

post yang baik..tapi u terlupa nak mention bahawa Aisyah pernah mengganti puasa beliau pada bulan Sya'ban.

Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim, No 101)

Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya.

(ini cuma snippet dari artikel dari berita harian hari ini. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20081008232057/Article/index_html )

:)

As said...

tq ainaa for the info. Memang lupa pun nak letak :D

Berkenaan puasa sunat 6 syawal terlebih dahulu sebelum qadha, ulama' kemukakan dua pendapat. Pendapat pertama daripada kata2 Aishah yang ainaa letak kat atas ni. tq da letak, takyah as buh dah ;)

pendapat kedua, tak boleh buat sunat dahulu based on hadith yang as buh sebelum ni,
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Seperti yang as terangkan kat entry sebelum neh, Rasulullah syaratkan ganti puasa ramadhan dahulu then only puasa sunat syawal.
Which means, puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah kita genapkan puasa Ramadan. If ada yang missed, perlu ganti dahulu.

Thus if perhati dengan teliti, pendapat kedua lebih rajih (kuat) sebab menepati dalil sunat puasa 6 tu sendirik. Secara analogi nya again, bayar hutang yang wajib itu mesti didahulukan drp beri sadaqah yang sunat.

However, if someone rasa tak sempat nak qadha dulu then baru puasa syawal,dan rasa YAKIN sempat qadha before next ramadhan, maka bleh lah amik pendapat pertama yang telah ainaa buh kat atas neh :)

sebab tu kalau as, as pilih amik pendapat ulama' Syafi'iyyah. Ganjaran puasa enam still akan dapat apabila seseorang berpuasa qada sekalipun dia tak berniat menggabungkan kedua-duanya.

amalan sunat ni sebagai back up je pd yang fardhu. Sebaiknya qadha dahulu sebab kita tak YAKIN umur akan panjang untuk ganti yang fardhu.

Islam itu indah. bg sesiapa yang sibuk ganti puasa wajib dan tak sempat puasa sunat, moga Allah bg ganjaran based on azam nya dan niat nya.

hadith nabi:
"Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Pilihlah mana2 pendapat berdasarkan keyakinan dan kemampuan masing2 untuk tunaikan yang wajib serta yang sunat.

if ada as silap memana, anyone, pls correct me, tq.
wallahu'alam

Suri suraya said...

Alhamdullilah. sy sudah selesai berpuasa bersama umi dan adik2.

As thanks for ur comment!
even x pernah jumpe awk, sy tahu awk friendly kn. take care there!

Mr Jagatraya said...

Alamak!blm stat pose 6 lagi..

izzahismail said...

oh.ok.
akak,sgt informative esp bab puasa 6 tuh.
curiosity,bley ke niat kedua-dua skali?wajib and sunat 6 cam klu kte buat solat sunat isnin dgn khamis campur skali dgn qada'?

As said...

huda, great alhamdulillah~

jagatraya, takpe masih ada masa..rebut lima sebelum lima :D

izzah..ingat ni kaunter pertanyaan ke haha
erm..takleh niat dua2 skali yang wajib dan yang sunat (ada akak state dlm entry).
bila kita puasa qadha dlm bulan syawal, moga2 dpt jugak pahala sunat syawal tanpa berniat puasa untuk kedua2 nya, niat untuk qadha je.

sama jugak dgan niat puasa qadha pd hr isnin dan khamis, puasa qadha tp moga2 dpt gak pahala sunat sebab puasa pd hr disunatkan berpuasa.
(akak ada state pasal ni dlm entry jugak :D )

hope menjawab lah

Anonymous said...

Ye, betullah tu. Mana2 ulama pun akan kata benda yg sama. Yg wajib didahulukan, yg sunat dikemudiankan. Bila dah settle yg wajib, baru la buat yg sunat. Tp org skang ni slalu tak cari info betul2.

Faisal Admar said...

yep. ada yg tak pasti dgn pahala puasa ganti dan puasa 6. tp sekrang ni ramai yang dah tahu. tak salah berkongsi info =)

Anonymous said...

salam, saya terkejut dgn the last paragraph yg ante tulis.

As a young person dan sentiasa mencari ilmu, you MUST NOT write that (dah bosan etc etc). Ada ramai yg jahil dan dimerata tempat. You'll be asked &/or heard the same issue again & again sampai you tua and kena respond. That is what dakwah is all about.

Dlm bab berdakwah ni tak ada short cut sebab ilmu itu luas dan selagi kita berpegang kpd AlQuran & Assunnah, InsyaAllah kita dilandasan yg betul. Teruskan usaha berdakwah dan mantapkan hujah2 ante. Jgn kita prejudice terlalu awal sebelum kita menghuraikan semua sumber2 maklumat ulasan2 para ulamak. Ada baiknya ante buat penjelasan & cth2 yg ada (sahih) dan buat pendapat peribadi diakhirnya. Ante tidak boleh memaksa semua org patuh kpd pendapat peribadi ante & sebaliknya ante hendak mengamalkan sikap berlapang dada.

Wallahualam.

As said...

kak norly..as jas state apa yang as pernah tahu lah..if ada tambahan sila la share ye (:

faisal..sama2 kita..

anonymous..
he, cakap je bosan tp sebenarnya takdelah camtu. If not, tak wujud entry ni :) tp my mistake lah, syukron.

cuma saya tidak sampai tahap memaksa orang mengikut pendapat saya kerana telah saya nyatakan sebegini dalam komenan saya di atas:

"Pilihlah mana2 pendapat berdasarkan keyakinan dan kemampuan masing2 untuk tunaikan yang wajib serta yang sunat."

yang bermaksud tiada memaksa sesiapa dan hanya bersikap berlapang dada. ok?

maafkan saya dan trima kasih atas teguran. takkan henti berdakwah inshaallah, cuma saya bukan seseorang yang akan menulis dgan gaya yang serius, menulis dgan agak santai (itu yang keluar mcm2 words, jd salah faham bg those yang tak biasa baca my entries :D ), tulis santai supaya semua orang rasa selesa nak baca entri yang bab hukum hakam. huu..

syukran jazaa'
(:

Adlan said...

walaupun benda dah well known, sekadar menjadi tazkirah tak salah..

tahun dpn mungkin kita terlupa pulak.. perlu la di ingatkan

As said...

baeklah abang alan! ;P

zeafoes said...

Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa untuk baca doa berbuka puasa sebelum menjamah ^^