8 June 2016


Memori rumah lama kita, tempat pertama madrasah kita bersama. Tempat pertama ibu banyak belajar daripada Khayraa.

Ingat lagi penyaksian kita di alam rahim,

Al-Araf, ayat 172:
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): 
"Bukankah Aku tuhan kamu?" 
Mereka semua menjawab: 
"Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Hiduplah kita, Khayraa untuk memenuhi janji pada Tuhan yang memiliki segalanya. Satu satunya harapan ibu. 
Semoga nanti kembali semula kita pada Pencipta dalam keadaan redha dan diredhai. Suci seperti mana datangnya Khayraa ke dunia ini.

Hadiah hebat yang Allah kurniakan buat ibu dan ayah. Sejak dalam rahim, minda ini banyak bersedia mental. Banyak kan kisah suka duka kita dari awal, hingga waktu kelahiran Khayraa, sampailah saat ini. Itulah bahagian rezeki dan takdir kita yang telah Allah tetapkan penuh kasih sayang dengan qudratNya.

Surah Qaf, ayat 8:
تَبْصِرَةً وَذِكْرَىٰ لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ

(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).

[At 356 days of life]

*mimpi apa main buat collage gini ni 😂

11 November 2015

Latihan Matematik untuk anak sejak kecil

Kad Dot Matematik nilai 1 - 100.

Saya tak berapa suka Matematik, jadi saya mahu sediakan medium untuk Khayraa supaya dia rasa Matematik tu mudah. Supaya dia rasa enjoy dengan perkara melibatkan pengiraan bila dia besar nanti. Insya Allah. 



Untuk anak anak yang belum faham nilai/kuantiti sesuatu benda. Kita jadikan Matematik dalam bentuk bahasa. 

ANGKA hanyalah simbol kepada sesuatu kuantiti serta tidak mempunyai nilai untuk difahami anak anak yang baru nak mengenal.

Jadi kita perkenalkan NILAI SEBELUM perkenalkan NOMBOR yang mewakili nilai tersebut. Bila dah kenal dan faham nilai - bolehlah kenalkan angka. Boleh juga jika ulang semula untuk anak anak yang dah kenal angka.

Tunjuk kad ni dan sebut nilai nya. Anak akan rakam bilangan dot bersama nilai yang disebut. Jadi, lain kali dia nampak 5 batang pensel dia tahu itu lima bilangannya.

Bila buat penyelesaian masalah menggunakan kad ini juga; anak akan nampak perubahan dot.
Contohnya bila kita letak ● + ●●● anak akan nampak dia jadi ●●●●.
Berbanding 1 + 3, hanya simbol tetapi tidak faham akan nilainya.

Ini yang akan membantu anak mengira dengan pantas kerana dia mengenal nilai bukan angka (simbol).

Otak anak bawah 6 tahun macam span dan dapat merakamkan sesuatu sekelip mata. Benda yang kita tak nak ajar pun dia copy on the spot. Hehe. Jadi jangan ragu dengan keupayaan anak walaupun dia brain injured - yang penting mula daripada sekarang. Yakin lah dengan kemampuan anak kita!

-----
Kami beli kad yang lebih kurang spesifikasi ditetapkan secara berkumpulan cukup 10 orang; dapat harga kurang sikit. RM140 untuk 100 kad besar. Boleh nampak kan saiz lebih kurang laptop untuk bantu anak melihat dengan jelas.

Hubungi:
Puan Farah Liyana dia boleh tolong arrange group buy.

------
Satu sesi ada 5 kad. Kena imbas dengan pantas, satu kad satu saat - jadi satu sesi dalam 5 saat.

Nota cara imbas ini khas daripada Puan Farah.

DAY 1: Set 1
* Imbas dot nilai 1 - 5
* Sebanyak 3 sesi (1 sesi 5 saat)
* Sesi 1: Kad ikut turutan nilai 1, 2, 3, 4 & 5
* Sesi 2 & 3: shuffle kad supaya tak ikut turutan

DAY 2: Set 1 & 2
* Tambah 5 kad baru (nilai 6 -10)
* Buat 3 sesi setiap set; jadi total 6 sesi.
* Sesi 1: kad dot nilai 1 - 5
Sesi 2: kad dot nilai 6 - 10
* Sesi 3 hingga 6: shuffle kad set 1 & 2 supaya tak ikut turutan

DAY 3 (sehingga mencapai nilai 20)
* Tambah 2 kad baru (nilai 11 dan 12) dan ketepikan 2 kad lama yang paling awal (contohnya nilai 1 dan 2)
* Tambah kad baru dan ketepikan kad lama; dua keping setiap hari
* Setiap set mesti ada nilai baru. Sampai waktu setiap sesi ni boleh shuffle semua kad yang dah diimbas dan tak perlu ikut turutan.
Contohnya: 11,5,3,7,9 dan 12,4,8,2,10
** jika anak laju boleh +3-3 @ +4-4 @ +5-5

Lepas nilai 20 boleh mula penyelesaian masalah dah.

○○○○

STEP 2 - Equations and Problems Solving

Persediaan:
* Siapkan senarai equation untuk permainan selama dua minggu
* sehari 3 sesi
* 1 sesi buat 3 Equations (E) & 2 Problem-Solving (PS)
TOTAL: 9E 6PS/day
* 14 days x 3E: 42E
14 days x 2PS: 28PS
Pastikan dah sedia ada dalam senarai sebanyak 42 equations dan 28 problem solving dalam list.
* Pastikan equations TIDAK berulang dan pattern TIDAK boleh di teka.
Contoh nilai dot 1+1=2, 1+2=3, 2+2=4.
(Jawapan boleh diteka bayi. Depa BOSAN! hehe)

Day 1 - Day7
* 1 sesi buat 3E
* 1 hari ada 3 sesi

* Cara imbas dot ● + ●● = ●●●
(berdasarkan buku How to Teach Your Baby Math by Glenn Doman, page 115)

Say 'one' (letak kad dot nilai satu ●) dan sebut 'plus' (ambik kad dot nilai dua ●●), sebut 'two' (letak kad dot nilai dua tersebut ●●).
Sambil ambik kad dot tiga ●●● and sebut 'three'.

Day 8 - Day 14
* guna cara yang sama seperti Day 1 - Day 7
* setiap di akhir sesi buat 2 problem solvings (pastikan equation ini belum pernah dimainkan).

Next adalah tolak darab bahagi.

Jangan lupa - must be JOYFUL!

------
Sesungguhnya bukan niat nak besarkan anak yang lebih daripada orang lain - a big NO. Harapan semoga semakin besar nanti dia masih rasa gembira dan seronok belajar; terokai dunia lebih luas dan meringankan beban dia untuk hari mendatang.

Gadjet baru untuk Khayraa. ♡♡
Alhamdulillah Thank you Allah.

Inspired by:

NURY Institute, Bukit Antarabangsa.
The Institute for the Achievement of Human Potential, Philadelphia

9 September 2015

Rangsangan deria rasa

Bagi lemon sebenar untuk rangsangan. Mula mula tengok dan perhatikan. Lepas tu nak pegang sikit. Akhir sekali nak juga masuk mulut. 

Stages of exploration. 



Sambil cerita sikit kegunaan lemon untuk kesihatan.

139 days of life.
--------

"A child begins to learn just after birth.

There has never been, in the history of man, an adult scientist who has been half so curious as is any child between the ages of birth and four years.

We adults have mistaken this superb curiosity about everything as lack of ability to focus."

The Institute for the Achievement of Human Potential, Philadelphia.

----
{Sebenarnya depa just need a glance to capture and store what has been learned. Sebab tu tak boleh fokus lama waktu kecil. Cepat bosan.}

4 September 2015

Terapi minda dengan menulis kad imbasan.

Art therapy. 

Dah lama tak indulge dengan photography, photo editing, drawing dan yang sewaktu dengannya. 

Sejak buat flash cards menggunakan my own font ni rupanya jadi therapy buat minda. 



Sebenarnya paling mudah, taip di komputer dan terus cetak aja terutama untuk ibu bekerjaya. Jadi jangan stress ya... 

Memilih untuk menulis guna tangan sendiri walaupun ada chronic pain - atas beberapa sebab. Semoga Khayraa dapat aura daripada tulisan ibu.

Boleh tenggelam dalam dunia sendiri bila menulis untuk kad imbasan ni. Rasa macam dapat time out.

Nampak simple tapi perlukan sedikit fokus. Tanda bahagian tengah dan tengok bilangan huruf. Guna pensel kemudian guna marker. Kemaskan bahagian tepi dan tebalkan huruf jika perlu.

Ibu ibu yang dah ada anak lebih besar ada juga cerita - katanya sambil mewarna dengan anak mereka pula yang tenggelam dalam dunia sendiri sedang anak dah pindah main benda lain 
Mesti ramai ibu punyai pengalaman yang sama ♡♡

There you go - a simple me time. Alhamdulillah Thank you Allah.

Nota: 5 kad dalam satu set. 3 kali sehari. Up to 5 different types of set per day.

Contoh daripada dua set berlainan. Ini hanya 3/5 daripada jumlah satu set 

30 August 2015

Belajar sambil bermain, belajar penuh gembira.

Bagi anak kecil semua perkara adalah satu permainan. Termasuklah belajar.

Otak anak kecil kita belum mampu bezakan yang mana satu adalah bermain dan yang mana adalah belajar. Semuanya mereka anggap sedang bermain. 

Waktu usia emas ini anak kecil sudah mampu menerima maklumat sama ada dalam bentuk pendengaran atau penglihatan. Asalkan kedua duanya jelas.

Bunyi jelas dan cukup kuat untuk didengari.
Maklumat dalam saiz yang cukup besar dan cukup jelas untuk dilihat.

Contohnya macam dalam iklan televisyen lah, kita yang dewasa ni pun tertarik fab teringat ingat. Huhu.
Bila bawa keluar rumah - tiba tiba aja anak kenal simbol Mcdonald, KFC dan sebagainya. Boleh sebut walaupun tak diajar sebab biasa tengok dalam iklan.

Fakta asas: Anak kecil MAHU, BOLEH dan sentiasa SEDANG belajar

Jom ambil peluang usia emas ini beri maklumat yang bermakna...semoga Allah permudahkan para ibu dan ayah - yang bekerja mahupun di rumah sepenuh masa. Semoga Allah beri kekuatan pada kita untuk menjadikan sesi ini penuh ceria dan kasih sayang.

"Education may be stressful to most children. On the contrary, learning is not, especially when presented in a FUN and LOVING way." - Glenn Doman




*Khayraa at 11 days of life. Corak besar, jarak luas dan warna kontras hitam putih - untuk mata yang baru nak belajar fokus di awal kelahiran.

7 May 2015

Dua minggu pertama Khayraa MR

Dua minggu pertama Khayraa. 

Gambar ni antara program rangsangan untuk otak, peringkat bayi baru lahir lebih kurang bawah 2.5 bulan. Untuk bantu bayi yang serba lemah supaya mudah dan cepat berkembang. 



Pattern cards tu untuk penglihatan. Dalam mata yang kabur, bayi hanya nampak dan tertarik dengan kontras hitam putih. 

Track tu untuk galakkan pergerakan kaki dan tangan dalam keadaan meniarap, untuk pernafasan serta banyak lagi manfaat. Biasanya bayi akan menolak kaki dan menggapai tangan ke depan sedikit sedikit.

Amazingly memang sewaktu lahir Khayraa sudah berjaya bergerak sendiri dari perut ibu naik mencari susu di dada ibu, sendiri tanpa bantuan. Beserta eye contact dan senyuman. Tak lupa juga ada sesi tidur sementara nak sampai tu hehe.

Dalam tempoh 2 minggu ini dia juga berjaya bergerak jarak dekat apabila dibiarkan di atas track, malah berjaya berpusing sendiri badan ke kiri dan ke kanan pada hari ke 15 (sebenarnya berguling boleh jadi anti development). Masya Allah potensi anak kecil itu ada sebenarnya walaupun dia brain injured baby.

Selain tu boleh main tutup buka lampu untuk rangsangan mata, gosok gosok badan guna berus, gerakkan ibu jari kita di tapak kaki bayi dari tumit ke jari (barbinski reflex), banyak bercakap, buat balancing hayunan dan sebagainya.

Budak kecil suka explore sekeliling kan. Sama lah dengan bayi baru lahir. Dia sangat nak tahu tentang dunia baru ni. Rangsangan yang kita bagi secara sengaja ni akan bantu dia untuk lebih cepat melihat (sebab bayi seolahnya rabun - mata dia belum dapat focus, semuanya kabur), lebih cepat mendengar dengan baik dan lebih cepat dapat merasa dengan baik (sentuhan).

Sayang jika dalam kondisi otak paling dramatik berkembang ni bayi masih terperangkap lama-lama dalam dunia penglihatan kabur kabur (hampir buta sebenarnya), tak berapa boleh mendengar dan deria sentuhan masih kebas kebas.

Peringkat awal ni bahagian otak yang sedang berkembang laluan rangsangan dia, adalah kawasan brain stem dan spinal cord.

Otak manusia berkembang pesat dan penuh dalam 6 tahun pertama, tapi perkembangan paling dramatik berlaku ketika setahun pertama kehidupan.

Perkembangan ini boleh dihentikan, diperlahankan dan paling penting boleh dipercepatkan!

Untuk percepatkan proses ini, kita perlu rangsang deria sentuhan, penglihatan, pendengaran dan saraf motor (pergerakan, bahasa dan daya tangan/manipulasi) sejak lahir lagi. Apatah lagi jika bayi itu mengalami kecederaan otak (brain injured children), sebab jika dirangsang mereka mampu jadi sama seperti anak anak normal.

Buat setakat boleh dan mampu. Yosh!

Sumber:
- NURY Institute, Bukit Antarabangsa.
- The Institute for the Achievement of Human Potential, USA

31 March 2015

Perihal awal kelahiran dan bedung bayi baru lahir

Bayi yang baru lahir pertama sekali dia kena belajar menggerakkan kaki tangan tanpa medium berair seperti sebelumnya dalam rahim ibu. Kemudian belajar bernafas. Ajaib kan dia dapat buat semua ni dalam masa singkat. Subhanallah. 

Waktu baru lahir bayi tak nampak sangat, boleh kata hampir pada buta. Tapi bila nampak cahaya terus dia akan cuba guna daya penglihatan tu. Tapi kejap kejap ajalah, dia akan mudah penat.

Kemudian bayi baru lahir tak berapa dapat dengar sangat. Masa dalam rahim memang dia akan respon pada sesetengah bunyi yang kuat. Tapi waktu lahir, dia hampir pada tak dapat mendengar. Tapi biasanya bayi lahir dalam keadaan chaos pelbagai bunyi di hospital (tak semua), mencipta auditory chaos pada bayi.

Jadi bertambah susah dia nak cuba guna deria pendengaran di awal kelahiran. Yang terbaik adalah suasana tenang, aman dan sunyi - dapat dengar jelas suara ibu, suara ayah azan iqamah aja.

Tapi, deria bau bayi baru lahir sangat baik! Sebaik sahaja lahir kita dah terus letak bayi di atas kulit perut atau dada ibu dalam keadaan meniarap, dia akan terbau bau dada ibu - kalau kita biarkan dia boleh bergerak dengan sendiri ke arah breast dan suck the mother! Masya Allah.
Ni namanya breast crawl. Breast ibu keluarkan bau yang menarik bayi, tak silapnya bau sama macam air ketuban.
(Update a year later: Alhamdulillah Khayraa got the chance to experience this)

Jadi bayi baru lahir ni; hampir tak nampak, tak berapa dengar, dan boleh gerakkan kaki tangan. Tapi biasanya kita bedung untuk membataskan pergerakan dia. Kita fikir sebab nak bagi dia rasa macam dalam perut, hakikatnya dia rasa tersekat sebab susahnya nak bergerak untuk test kaki tangan dia, practice. 





Baru keluar ke dunia baru, struggle dengan penglihatan, pendengaran, dan kemudian kaki tangan dihalang daripada bergerak. Baby is not happy.

Kita fikir waktu baru lahir ni honeymoon period untuk baby. Makan tidur, bedung, pakai sarung kaki dan sarung tangan. Rasa macam dalam perut, tidur lebih selesa. Sebenarnya dalam rahim, bayi sangat aktif somersault kan?

Hakikatnya, bayi baru lahir dia dah sibuk nak cuba melihat, mendengar, bergerak bebas dan merasa sekeliling dengan anggota badan. Jadi setiap kali terjaga, dia punya wawasan adalah nak dapat buat semua ni.
Tapi persoalannya, sama ada kita bantu dia nak capai target ni atau kita cuba menghalang dia. Tanpa sedar kita menghalang dia, tapi kita tak berniat pun. Huhu.

Jadi tak perlu bedung, pakai mittens dan booties. Selain menghalang cubaan untuk bergerak, ia juga menghalang rangsangan kepada saraf motor.

Baby bila lahir mungkin dah chubby susah bergerak sangat, kemudian kita bataskan pergerakan dia pula dalam dia berusaha nak belajar bergerak; last sekali pasrah aja lah. Hehe.

Ada bayi yang rasa desperate nak bergerak, dia tunggu waktu mandi atau tukar diaper. Masa ni dia akan gerak kaki tangan sungguh sungguh sambil mulut bising menangis waktu mandi, pakai baju atau tukar diaper. Kita pun struggle lah sama nak mandikan dan nak pakai baju. Huhu.

Selain stress sebab kena bedung ni, baby pun rasa stress bila kena baring on his back. Macam kura kura terbalik atau Ferrari diterbalikkan. Tak boleh bebas gerak kaki tangan.

Ini semua penting untuk pembangunan otak bayi, sebab setahun pertama paling cepat dia menerima dan meresap semua rangsangan, paling pantas otak berkembang.

Info ni daripada The Institute of for the Achievement of Human Potential (TIAHP). Dalam institut ni ada satu teamwork besar. Ada pakar otak (neurologists), ada therapist, ada macam macam. Dan depa ni semua dah pergi banyak negara sejak dulu dulu untuk kaji perihal anak anak di lapangan.

DISCLAIMER: Terpulang kepada gaya parenting masing masing, kondisi semasa, keperluan dan sebagainya.

---
Lima puluh tahun kajian, penglibatan sepenuhnya dan pengalaman bersama anak anak normal dan anak anak brain injured. Team mereka terdiri daripada Neurologist ke para doktor hingga physiotherapist, tak lupa photographer dan sebagainya. Telah berpergian ke lebih seratus buah negara untuk mengkaji perkembangan anak anak serata dunia berdasarkan latar belakang budaya dan nature masyarakat setempat, termasuklah Antartika, Gurun Kalahari dan semestinya Malaysia juga.

Staff institut ini telah bicara dan mengkaji:
- wanita sukar hamil
- wanita yang baru tahu dia hamil
- wanita di trimester pertama
- wanita di trimester kedua
- wanita di trimester ketiga
- wanita di bilik bersalin untuk anak sulung hinggalah wanita yang nak bersalin anak ke 11
- Bayi di saat kelahiran
- bayi 10 minit selepas kelahiran
- Bayi yang sudah matang
- Anak dalam cribs
- Anak atas katil
- anak dalam playpen
- Anak dalam bathinette
- Anak dalam Bath tub
- Anak anak di tadika dan bilik darjah
- Anak anak di mana mana sahaja yang kami jumpa; anak jiran, anak sendiri, anak saudara, anak kawan, anak brain injured, anak kepada orang brain injured dan sebagainya
- Anak sofistikated
- Anak kampung
- anak bandar
- Anak pekan
- Anak di gurun
- Anak di hutan
- Anak di Pulau
- Anak kaya
- Anak miskin
- Anak keluarga pertengahan
- Anak kilang dan sebagainya

Kajian bermula daripada pergerakan bayi dalam rahim, bayi menjulur, merangkak, permulaan bayi dapat berjalan, berjalan pantas, anak anak berlari dan melompat, pergerakan gimnas atau atletik dalam kalangan remaja sehinggalah usia tua.

Kesimpulannya mereka mendapati mobility (pergerakan) sangat kait rapat dengan perkembangan otak (kecerdasan). Untuk menanam minda yang cerdas mesti bermula dengan badan aktif.
----
The Institute for Achievement of Human Potential yang menjadi inspirasi program perkembangan anak anak NURY di Bukit Antarabangsa.

30 March 2015

Gadget anak yang tidak diperlukan

Dalam gambar ni antara alat yang tak digalakkan untuk guna sebab menghalang perkembangan gerak geri anak.



Contohnya play gym. Ia tak encourage anak untuk meniarap, menghalang rangsangan motor sekaligus menghalang perkembangan minda. 

Mata anak bila memandang permainan tergantung tu akan lebih promote kepada fokus jarak jauh. Apa yang penting pada usia muda ni fokus pada jarak dekat. Permainan yang tergantung yang banyak jenis, warna, corak tu juga create chaos pada si kecil. Dia perlukan medium yang jelas, satu pada satu masa.

Baby cot beserta bantal bantal juga tidak perlu melainkan kegunaan waktu tidur malam. Play area juga sama. Baby walker apatah lagi yang telah ada banyak issues. Baby seat support juga.
*malah step duduk adalah tidak penting setelah kajian perkembangan otak anak dilakukan.

Apa apa alat yang menghalang pergerakan bebas anak dan menjauhkan anak daripada ibu ayah mestilah dielakkan. Jika rasa nak guna jugak, guna secara berhemah. Apabila ada keperluan mendesak.

Waktu lain, being on the floor is the way of life. Untuk merangsang pergerakan (mobility competence). Kecerdasan minda berkait rapat dengan pergerakan fizikal dan penjagaan makan. Jadi biarkan anak bebas bergerak dan eksplorasi. Ada sebabnya mengapa banyak manfaat menjulur dan merangkak satu rumah selain untuk otak, ia juga untuk immunity.

NURY pesan kalau dapat hadiah baby walker; jangan buang. Tapi TANAM terus. Kalau buang nanti ada orang lain ambil 

25 March 2015

Kaitan rangsangan fizikal kepada otak.

Rangsangan fizikal sangat terkait kepada perkembangan bahagian struktur otak seperti midbrain, hindbrain (pons, cerebellum, medula) dan sumbangannya terhadap emosi. Boleh rujuk gambar. 



Emosi kita orang yang besar ni pun sama, begitu juga anak anak.

Struktur midbrain & hindbrain berhubung dengan cortex, antaranya berkait dengan:
- emosi,
- memori dan
- immuniti

Antara sebab anak kuat tantrum, kuat merajuk, kuat marah, kuat menangis; berkait dengan perkembangan bahagian otak yang ini.

Antara perkembangan fizikal yang berkait dengan isu di atas adalah menjulur dan merangkak.

Jika anak atau kita sendiri waktu dulu skip salah satu seperti merangkak kesannya, mungkin menggangu emosi dalam sedar atau tidak.
Walaupun anak dah usia 4-5 tahun, kita boleh ajak patah balik merangkak dan menjulur dengan cara, main dengan anak anak di lantai contohnya.

Selain tu, CARA atau corak kita merangkak dan menjulur tu beri kesan besar juga kepada emosi.

Untuk merangkak menjulur ni ada 3 jenis pergerakan yang sepatutnya berlaku:
1) Homologous (melibatkan otak bahagian bawah dan atas, style ulat bulu)
2) Homolateral (Bergerak ke depan dengan kaki kiri, tangan kiri serentak and vice versa - style beruang)
3) Cross pattern (kaki kiri, tangan kanan yang serentak bila gerak ke depan and vice versa - style kucing atau harimau)

Mana yang OK?
•Step 1 terus ke step 3 - OK
•Step 1 --> step 2 --> step 3 - OK
•Step 1 & step 2 - stop = TAK OK

Step 3 WAJIB berjaya sampai jadi spontan.

Waktu kursus kami semua kena demo merangkak menjulur di gym, nak usha cara kami semua. Adakah beruang atau harimau. Sepatutnya dapat pergerakan cross pattern yang spontan dibawa oleh badan dan otak.

Ingatkan senang aja. Tapi ramai juga tak boleh buat cross pattern. Maybe that explains kenapa kita even as adult pun cepat moody, mudah stress, mudah marah 😂😂😂😂 belum plus corak pemakanan yang buat emosi tidak stabil.
Anak anak pula mudah tantrum, sensitif, mudah menangis, merajuk etc.

Untuk anak yang skip step merangkak atau menjulur, boleh semula ajak beraktiviti di lantai untuk menjulur dan merangkak (contohnya main kejar harimau).

Untuk baiki emosi anak termasuk kita yang dewasa ni boleh ulang balik menjulur merangkak bersama anak.

Buat latihan untuk baiki dan bangunkan semula; supaya dapat bentuk cross pattern secara spontan.

Selain tu kena tengok juga faktor persekitaran lain yang mempengaruhi keadaan ini. Buat sinergi insya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan semuanya. 

24 March 2015

Anak normal versus anak brain-injured.

Jika kita punyai anak istimewa, teruskan semangat.
Anak normal dan anak brain-injured mempunyai potensi yang sama. Asalkan kita sediakan rangsangan dan peluang buat dia.

Salah satu institusi yang dirujuk adalah NURY di Bukit Antarabangsa untuk assessment dan way forward.

NURY tak bererapa berminat untuk classify anak kita cedera versi mana, autistik ke cerebral palsy ke etc. Tapi NURY lebih berminat pada potensi pembangunan otaknya.

Institut di bawah Glenn Doman di USA buat kajian selama lebih 50 tahun dan telah membina profil spesifik pembangunan otak serta fizikal untuk menilai kemampuan anak, seterusnya cara untuk merangsang perkembangan.




Jika di Malaysia ni kita ada growth chart tu kan, dalam buku rekod kesihatan anak. This profile is very much complete compared to the growth chart sebab merangkum semua aspek. Menggunakan profil ni lah anak kita akan dinilai dan tengok apa yang perlu dibuat.

Bagi NURY, anak brain-injured boleh ke depan sama level atau boleh lebih lagi daripada anak normal. Dan ia terbukti di institut kelolaan Glenn Doman sendiri. Provided with stimulation and opportunity.

NURY percaya hanya ibu ayah dapat menyembuhkan dan meningkatkan potensi anak dengan bantuan dari Allah. Therapist hanya tunjuk cara tapi ibu ayah lah komponen utama. Ibu dan ayah. Tak mampu seorang ibu nak buat seorang.

Kuncinya adalah memberi rangsangan untuk otak bayi sejak dia lahir lagi. Kalau rasa dah terlambat, jangan putus asa. Yang penting rangsangan. Better late than never. Kita sendiri sebagai ibu ayah kena ada keyakinan tinggi, walau apa pun kata kata pakar tentang masa depan anak. Ini yang NURY tekankan. Ada kes stroke dewasa yang berjaya pulih. Walaupun orang dewasa. Brain grows by use.

Asalnya dulu pun Glenn Doman dan team working closely with neurologists dan they make up their own institute.

--

“Every child born has, at the moment of birth, a greater potential intelligence than Leonardo da Vinci ever used.” – Glenn Doman

“Parents are the best teachers their child will ever have. They can provide a home that is rich in stimulation and opportunity to use new abilities as they develop. The most important ingredients are mother and father themselves.”
- Janet Doman (anak kepada Glenn Doman)

“The first year of life is a critical time. This is the time when the brain is growing explosively. The brain literally grows by use – and if we use it, we’re going to grow it. And if you don’t use it, especially in the first 12 months, then you literally will lose brain cells.” – Janet Doman