Setakat hidup ni ada tiga kerjaya yang pernah aku ceburi sesungguh hati.
Satu - tiga tahun training kat hospital tulah. Tapi sebenarnya jadi pekerja tak rasmi. *La ni rasa cam dah lupa 70%*.
Dua - Pernah tangkap gambar sana sini. Dah lama bersara. Bai bai. Kecintaan untuk landscape hampir berkubur da la ni.
Tiga - Hah, kerja untuk syarikat minyak. Sibuk planning sana sini untuk operasi loji syarikat. Totally whole new world sebab sesat ke dunia engineering. Sungguhlah bukan aku tapi Allah jugak yang bagi mudah.
Empat - InsyaAllah coming soon. :)
WHY A TEACHER?
Rasanya dalam banyak-banyak benda, insyaAllah yang ini terbaik buat aku, selamat pada banyak perkara. Hari tuh bila banyak kali dapat kol daripada pelbagai syarikat multi-nasional tawar jawatan menarik gaji lumayan, aku pun start jadi berbolak hati. Tak sedap hati. Dan pelbagai hati.
Aku fikir-fikir, ape kes nak guna intelek aku untuk non-Muslims nye? *walaupun takdelah seberapa pun* Baik la aku guna intelek hat ada ni untuk didik anak-anak generasi pelapis Islam.
Tak kisah lah gaji berapa pun sebab rezeki tu milik Dia, kita apa susah? Yang penting berkat. Yang sikit pun rasa banyak, makna kata lebih daripada cukup. Dengan syarat kena ikhlas ah. If not nanti Allah cakap, boleh blah~
Tu semua hidayat, Bro. Datangnya ibarat lintasan cahaya. Zass sekali je masuk kotak fikiran. Allah bagi idea dan paling penting bagi kesedaran secara cash and carry. Syukur yang amat.
If not tah mana-mana lah aku pi sedekah intelek nih. Eh weh korang jangan terasa pulak. Ni sebab aku dapat peluang double triple rezeki sebagai guru jatuh bergolek tiba-tiba depan mata. Korang dah kerja kat mana-mana tu asalkan halal dan berkat kira orait lah!
So tadi masa kursus, bila aku disoal lagu tuh. Why a teacher? Aku dah zass ada jawapan depan mata secara hologram. Alhamdulillah a'la kulli ni'mah.
RAHMATAN LIL 'ALAMIN
Dulu Universiti aku ada lagu baru. Kami hafal sebab jadi komiti Ta'aruf Week nak kena ajar junior. *Aaa Taaruf Week tu Minggu Orientasi la*. Lagu dia pendek dan simple. Tapi ada word rahmatan lil 'alamin. Hari ni baru aku faham phrase tu dalam erti kata sebenar. Boleh dengar
sini.
Seorang guru atau nama Arab dia muallim/muallimah - peranan mereka adalah rahmatan lil 'alamin. Makna kata memberi kasih sayang dan keberkatan dengan menyampaikan perkara yang baik. Patutlah lirik lagu Universiti aku jadi camtu:
Together we make the world a better place.
Forever expand the culture of Iqra.
IIUM is to realize the meaning of Rahmatan lil Alamin.
Oh camtu rupanya!
Faham tak? Tak faham balik fikir sendiri lah pulak. Oke?
PELUANG BESAR
Yup. Peluang untuk menyampaikan fikrah Islam kepada anak-anak. *Ceh gaya cakap macam makcik-makcik yang ada anak-anak.* Maknanya gitulah. Kita ada audience yang insyaAllah kita boleh selit didik fikrah tu dalam sesi pembelajaran.
Apatah lagi isu tauhid. Perkara paling asas dalam jiwa-jiwa Muslim. Kita nak tanam terapkan keimanan dalam jiwa manusia, maka elok benar jika boleh mula time belum jadi buluh. Kenapa iman? Hah lain kali lah cerita, oke? *Banyak dah hutang. Hutang yang sendiri buat*.
Bukan bermakna kau kerja yang non-guru kira kau takda peluang ni. Pandai-pandai cari na. Cuma aku tengok lecturer aku dulu banyak guna time mengajar untuk emphasize Islamic values. Serius. Nak-nak bila subjek Medical line. Aku suspect betul dengan depa. Memang touching and inspiring.
Jadi, I would like to be one!
AKIDAH MERENTASI KURIKULUM
Wah ini antara perkara paling best kat sekolah ni. Ada elemen AMK. Ape itu AMK? Yang aku mention kat atas ni lah, heh! Dia ala-ala Universiti aku dulu, lecturer ajar kena selaraskan dengan Islamic input. Students, contoh untuk report Lab Physics kena ada hadith atau ayat Quran yang relate dengan eksperimen buh dalam tu sama.
Tahun first selalulah kami yang takda basic sekolah agama ni blur je part tuh. Belek Quran versi tafsir tu cam nak makan je. Siap memasing ada software hadith. Hoho. Tahun-tahun selepasnya alhamdulillah dah cun dah part tuh. Nilah antara hikmah didikan gaya nih.
Ala-ala untuk anak-anak sekolah ni, nantilah aku belajar lagi dan kaji cara terbaik. Sebab fokus kita adalah anak-anak ni. Misi kita nak lahirkan generasi pelapis yang memandang dengan pandangan iman.
InsyaAllah!
HARAPAN
Seorang guru kena banyak islah diri, check hubungan dengan Allah dan aku kira banyak perkara kena koreksi diri. Aku doa moga dengan meletakkan Islam sebagai masdar dalam pendidikan mampu jadikan kami one step beyond. Beyond those yang tak.
Moganya diri aku sendiri telah 'terdidik' supaya proses penyerapan Islam dalam kehidupan anak-anak tak 'terputus' dek kerana aku.
TERAKHIR
Seorang guru yang sangat aku hormati pernah share kata-kata seorang alim tentang konsep tahu, faham dan yakin.
Ada orang kerat tangan dan boleh sambung semula kat pasar.
Kalau kamu dengar cerita itu, kamu TAHU.
Jika kamu pergi dan lihat orang itu kerat & sambung tangan, kamu FAHAM.
Jika kamu serahkan tanganmu untuk dikerat dan disambung semula, barulah kamu YAKIN.
Ha gitulah. Dengan asbab hidayat Dia juga kita dapat faham, especially faham agama. Dulu aku suka satu quote ni, yang selalu aku teringat tiap kali pandang wajah lecturer aku kat Universiti.
The mediocre teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
The great teacher inspires.
Again, moga Allah bagi faham dan beri kekuatan untuk beramal atas iman yakin.
Nilah first time aku rasa cuak nak kerja. Serius! Tapi Allah kan ada. Time-time gini sangat-sangat teringat hadith make your best. Aku try cuba jaya. Dan aku serah kat Dia for the rest.
We are here to touch the hearts. Still, makhluk takda kuasa, Allah Maha Kuasa. Pemilik segala hati.
La haula wa la quwwata illa billah...
p/s: Hari ni attend course micro teaching, sebab tu la jadi lagu ni. Harap-harap tawajjuh la time dengar tadi.