Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

14 May 2009

kerana pertanyaan beliau

Beberapa bulan yang lepas, kami makan bersama dalam talam. Ada banyaaak makanan hanya untuk kami berempat. Kami pandang-memandang fikir macam mana nak habiskan. Tapi kami makan jelah.

Tiba-tiba seseorang bersuara;

"Untuk cepat kenyang, kena makan cepat ke makan lambat-lambat?" Tanya beliau sambil pandang aku yang menyuap.

Maka tiba-tiba aku cakap,
"Tahukah anda, ia mengambil masa 20 minit sejak kita mula mengunyah makanan, untuk impulse dihantar kepada vagus nerve mengatakan bahawa kita kenyang."

Semua dengar. Aku berfikir sesaat sambil memandang tepat mata beliau sebelum menambah bicara,

"Jadi maknanya kita kena makan laju-laju la kan kalau nak habiskan semua makanan ni..?"

"Yeah, hari ini kita kena lawan arus. Makan cepat sket ye." Kata teman aku.

Jadi kami makanlah laju-laju sikit supaya tak membazir :D

Haha.

Dan hari ini baru aku dapat relate dengan salah satu sunnah nabi iaitu makan tiga jari. Ada yang cakap budaya nabi makan roti so memang a tiga jari je, makanan ruji kita mana boleh. Makan nasi bocor nanti. Walaupun aku pun memang makan nasi guna 4-5 jari. Utilize la katakan :D

Dulu kala suka makan dengan sudu, pastu asyik kena smashed je kan, maka jadilah aku kembali pada wanita melayu terakhir. Owh ye, kenapa orang melayu tak suka makan dengan sudu? I asked a friend dan die cakap sebab tak puas makan, tak berselera. Ye betullah tu.

Sebab tu nabi makan tiga jari. Because eating with 3 fingers provide sufficient amount of food that stomach could handle in each bite. Kalau makan 5 jari, we give more food to the stomach in each bite. Plus ape yang aku nak kaitkan dengan fakta yang di atas adalah, bila makan 3 jari akan menyebabkan kita habis makan lambat sikit.

Biasa kamu semua makan berapa lama? Tak sampai 10 minit kan. Thus camne perut nak rasa kenyang kan sebab information kenyang tak sampai lagi ke otak. Itu yang ramai tend to makan benda-benda ringan pulak lepas makan berat. Atau ramai yang tend to tambah nasi sampai berpinggan-pinggan. Betul?

And I believe it is hard for us to apply this sunnah tika makan nasi. Jadi, tika makan nasi tuh, jangan laju-laju sangat, kunyah biaq hancur sket baru telan. Akan amik masa sedikitlah kan jika makan. Jadi akan rasa lah kenyang tu. Perut pun tak terkejut dapat nasi yang tak hancur lagi :D

Dan bolehlah apply sunnah nabi ini jika makan benda lain macam roti dan sebagainya whichever applicable.

Ingat lagi entry pasal steroid ni?

Well no comment, cuma aku suka makan sejak setahun lepas. Daripada kurus cengkung jadi berisi dengan berat normal akhirnya. Sebab aku suka makan lately, so aku cam kena control. Which means, kalau rasa nak amik nasi banyak, jangan. Banyakkan lauk dan salad. Biasa banyakkan salad la sebab ada fiber.

Sebab nasi hanya kenyang sementara je, carbs kan cepat digest compared to fiber and protein. Tapi sebenarnya protein la yang buat kau rasa kenyang. Try makan nasi kosong tengok cane rasa kenyang ke tak. So dalam pinggan tu better lauk dan salad lebih banyak daripada nasik. Fiber lambat digest jadi kau akan rasa kenyang lama.

Time-time yang bukan waktu makan dan kau rasa lapar, try amik buah la dan bijirin. Ni sume fiber yang buat kau kenyang lama sikit dan inshaAllah better for your body rather than kau makan benda high calory.

Tapi tak salah je kau nak makan benda-benda high calory macam kek sume, cuma jangan kerap hari-hari dan berlebihan for sure. tapi ganti la semula dengan exercise sume. Mungkin kau gelak je, but exercise adalah sangat-sangat penting untuk badan kau. Jangan amalkan sedentary lifestyle. Hampeh. Kalau rasa nak cepat kena heart attack, silalah amalkan ye. Dialu-alukan.

Ingat, kau tak jaga makan, kau merana. Kau tak exercise kau merana. Kau tak rasa hari ni tapi kau akan rasa akan datang bila dah berusia. Dan saat tu macam agak sia-sia la kan. Paling penting, jangan makan ikut nafsu. Mungkin kau boleh kata akan datang kau akan jaga lah makan, but you are what you eat, and once dah jadi habit macam tu, it's hard to change. Sekian.

nota 1: kalau cara kau berbeza dengan aku, tak payah kot kalau rasa nak condemn, but u always cud share it here with others. All above are those I found through my reading.

nota 2: mari baca sini jap jom

p/s: ini kali pertama aku termenung on what to write to share with u guys, dan apa yang berjela ni sume datang emncurah secara tiba2 tika aku menulis. Ilham dari Tuhan..