9 August 2009

tentang bayi itu

my beloved nephew, currently one month old

aku sangat sukakan bayi. aku ingin punya hati yang tulus mulus sepertinya, hanya ketenangan tiada sengketa di hati.

paling istimewa, mereka adalah makhluk yang diciptakan Tuhan untuk manusia merasa kasih dan membuatkan sesama manusia semakin menyintai.

__________________________________________________

aku memandu melepasi satu kawasan tempat letak kereta perlahan-lahan, mata terpaku pada seorang bayi di atas dukungan seorang lelaki. Sungguh comel mulus dengan mata memandang sekitar, usia 5 bulan aku kira.

aku senyum bahagia. hati aku memang mudah lemah dengan wajah seorang bayi. kami bergerak lagi, aku memandu perlahan-lahan mengikuti arus. tiba-tiba mata terpaku pada tangan lelaki yang mendukung bayi itu.

dan senyuman aku terus berubah. wajahku mencuka seketika. di jari lelaki itu terselit sebatang rokok. mendukung bayi sambil merokok. damn~

aku terus berpaling, tak sanggup mata ini terus melihat. aku cukup anti makhluk pembunuh yang satu ini. sangat-sangat anti jika mereka mengaut sama manusia sejagat untuk mati bersama mereka.

aku letakkan kereta di suatu tempat. kami berjalan. dan sekali lagi kami melepasi lelaki yang masih sedang mendukung bayi sambil merokok itu. aku pandang...dan tiba-tiba aku lihat bayi itu terbatuk-batuk teruk berbunyi kahak.

aku sebak. kesian bayi itu, baru sahaja mengenal dunia sudah terdedah kepada maut buatan manusia. aku serius sebak. tolonglah, kamu memang tak gunakan aqal kurniaan Tuhan kah?

3 comments:

farah, s. said...

masyaallah comelnye ur nephew :D

isk. perbuatan merokok tu. xsayang anak ke? urghhhh

Dammit said...

Tak suka jugak bila tengok keadaan macam ni. Kalau ye pun nak merokok, jangan susahkan orang lain. dalam kes ni, anak sendiri.

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

geramm!!
akal dia letak kat bukulali kot..
x reti sunggoh mamat tu!