23 October 2011

Positive forever.

Jiwa dan hati ini sentiasa kagum pada ukhuwah dan semangat sahabat-sahabat di Aku HIV positif. Yes, they are HIV +ve, but they are +ve forever~!
Sedikit cebisan entri dedikasi buat empunya laman yang melaluinya Allah satukan hati-hati. Sama ada yang menerima nasib yang sama, atau sekadar singgah untuk membantu memberi sokongan tanpa putus. Sejujurnya hati ini kagum.

__________________________

Uncle,
Kala ummat manusia berasak keluar dari al-Haram pasca tarawikh, As cuba berjalan perlahan di sisi jalan melawan arus. Kaki yang kali pertamanya menjejak, sedikit terkejut dengan suasana lautan manusia yang padat dan hectic. Semua mereka bergerak pantas. Tua muda sihat sakit semua hampir sama.

Pada yang tua, pada yang sakit, As melihat kesungguhan, kekuatan dan kesabaran mereka menuju Tuhannya. As kagum.

Uncle,
entah jiwa ini terasa ingin bicara, terasa ingin menulis. Jua pada hati yang rindukan ketenangan al-Haram. Pada ujian saban hari yang Allah hadiahkan. Didoakan moga ketenangan yang Allah campakkan dalam hati-hati kita. Moga terus dilapangkan jiwa, menerima dengan besar hati segala keperitan.

Uncle,
As masih ingat lagi. Saat pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada. Pada hujungnya, diambil sekeping kertas lalu dicoret sebaris perkataan. Yang kemudiaannya diserah pada As.

"Try to read this link, it might be helpful to you too."

"Akuhivpositif.blogspot.com." As baca, sedikit tergagap. Menerima huluran kertas, dipandang 4 detik. Wajah ditala ke arah doktor, mungkin mahu mendengar butir bicara seterusnya.

"He's my patient."

Uncle,
sepertinya doktor merasa kuat melihat semangat kita, jua kita merasa kuat mendapat sokongan beliau. Peribadi indah, menyapa jiwa-jiwa yang sedang menanggung perit rasa. Bak angin salju sejuk lembut menyapa.

Uncle,
kesakitan ini, keperitan ini, ujian ini, semuanya dari Ilahi. As selalu terfikir, ikhlaskah hati menerima semua kerana Dia. Kuatkah jiwa, tabahkah, sabarkah, hidup bersama penyakit yang dikurniakan Dia yang kita cinta. Untuk mengaku cinta as sendiri masih risau. Benarkah apa yang terlafaz?

Seperti mana si sakit yang berusaha bersungguh2 melangkah penuh payah ke al-Haram, cukup bersungguh kah kita seperti mereka. Atau kita lebih banyak merungut menanggung beban kesakitan?

Uncle
Badan ini yang semakin worsen keadaannya, berkadar tua tidak seperti umurnya, ada hari-hari As akui as merasa gundah. Jika sekarang keadaan sudah sepertinya usia 50 tahun, bagaimana 5-10 tahun akan datang untuk As hadapi semua ini. Apatah lagi kadar pemikiran As yang semakin slowing-down akibat 'brain fog'. Jujur as katakan, prestasi kerja as makin menurun. Kadar pemikiran, ingatan, carelessness...entah..

Kekadang As rasa semua ini lebih kepada bisikan syaitan. Ada masa As rasa ini suara hati yang banyak memendam keadaan. Entah.

Uncle,
kita semua ini, terlalu kuat nampak di luaran. Terlalu tabah kelihatan. Tapi hati yang dalam ini, siapakah yang menyelam untuk melihat rapuhnya yang hampir berderai. Hanya Allah. Dia yang mencipta tiap hamba, yang memberi segala keadaan, yang lebih memahami derita di jiwa.

Apakah yang lebih besar selain kebersamaanNya dengan kita?

Ini sahaja kekuatan As untuk terus bersabar, dan meneruskan kehidupan sepertinya manusia normal. Yup, as kelihatan sangat normal. Hanya terlihat kelemahan bagi mereka yang mahu 'melihat'.

Uncle
Manusia, seorang hamba. Banyaknya merayu dalam doa. Banyaknya meminta di depan Baitullah. Baru As terasa dan makin sedar, banyak yang kita pohon tidak Dia kabulkan, tetapi apa yang tidak diminta pula hadir sama ada menceria atau mengguris jiwa. Itulah indahnya aturan Allah. Diberi sesuatu yang lebih baik daripada permintaan hamba, sama ada perkara yang kita suka atau tidak.

Tiada kompromi. Hanya nya seorang hamba yang mengikut darah muda, senantiasa tidak mahu memahami takdirnya Sang Pencipta. Seperti mana anak-anak yang tidak pernah kan faham hati ibu dan ayah. Yes, speaking the truth.

Walau perit, walau terlalu sakit dan payah, namun jika itu aturanNya, jika itu dalam redhaNya, mahukah kita menolak?

As masih tertanya pada diri. Naik dan turunnya iman.

Uncle
Ramai yang tidak mampu menerima kelemahan diri seorang pesakit kronik. As faham dan cuba menerima. Hatinya seorang manusia yang lemah serba serbi, itulah As.

As hargai nasihat dan pesanan salah seorang sahabat walaupun namanya agak unik, Anonymous One, AO. Pesanan indah. As percaya ia datang dari jiwa yang telus.

Sahabat, pandanglah ujian ini sebagai kifarah dan rahmat Allah kepada kita lalu titipkan rasa syukur terhadap rahmat Allah yang lain. Insyallah kebahagiaan itu akan dapat kita rasakan, walaupun kebahagian itu kecil di mata sahabat-sahabat kita yang lain namun besar buat kita.. Insyallah.

Pandanglah dunia ini hanya sementara dan pinjaman, lalu kehidupan akhirat merupakan sebuah kehidupan yang abadi, lantas jika kita merasa sedikit kekurangan berbanding yang lain insyallah hati kita merasa sedikit tenang walaupun hanya beroleh sedikit kebahagiaan.

Berjalan di bumi Allah di bawah lindungan keyakinan terhadap pencipta kita, berbahagialah kita dengan hati milikNYA. Isyaallah..
Uncle,
indah kan? Entah bahagian mana, cuma hati ini terasa damai membaca. Sedamai tika mata memandang Baitullah.

Entri ini entah apa-apa, as cuma harap ada sedikit simpanan untuk saham akhirat. As dedikasi khas untuk sahabat-sahabat di laman uncle. Semua sekali. As teringin nak tepuk bahu setiap kalian dan ucap tahniah. Kalian yang membaca pasti faham betapa kita sangat memerlukan sokongan antara satu sama lain. Mungkin ada mata-mata yang mengatakan kita terlalu meletak emosi. Tapi hanyasanya yang merasa akan memahami, dan mengerti tentang besarnya makna sebuah sokongan dan peringatan.

Uncle,
As harap tersampai lah pesanan As ini di angin lalu. Betapa As mengharapkan buat yang sedang kesakitan moga terus kuat bertahan. Buat yang bertarung fizikal dan emosi pada stigma manusia moga diberi jiwa yang kental pada ujian, dan lembut padaNya. Buat sahabat2 yang diberi ujian kesakitan sebagai kafarah dosa.....

Allah sayang kamu, pasti.

As bersyukur diberi peluang mengenali kalian yang berjiwa hebat, walau kalian bukan siapa2 di mata manusia. Walau entah bagaimana rupanya, walau manusia pandang penuh stigma, namun harapnya kita hebat di sisiNya. Ameen ameen.

Uncle,
terlalu banyak bicara. Dalam kesakitan, pasti kekuatan untuk menulis itu hanya dariNya. Mohon undur diri meletak diri dengan aman di dalam laut kesakitan, moga hati terus cekal, kuat dan tabah. Yup, yes, we can!
Pada keadaan diri yang makin merosot kadar kesihatan dan fungsi badan, moga ada yang sudi hadir memberi sokongan padu tiap masa. Menerima keadaan diri. Bukan senang kan?
Jua buat sahabat yang memahami, yang banyak memberi dalam nyata atau tidak, tanpa peduli jarak. Hanya Allah yang mampu membalas.


As sangat suka tagline di blog Alia Haryanie, the one who kneels to Allah can stand up for anything. As doakan akak terus terus menjadi superwoman iron lady. Yes, you can. :)

Uncle
tinggal dulu. Jumpa lagi. Andai masih diberi rezeki usia, kekuatan dan masa..


11 October 2011

pasca

"Kenapa tak angkat kol Ibu." - Ibu

"Ambik MC la suara macam tu." - Kawan kerja.

"Are you really2 okay? Please don't force yourself." - Bos

"Haih lepas konvo terus takde suara. Menjerit ke?" - Rakan kerja


Alhamdulillah 'ala kulli hal. As ni susah nak hilang suara sebab infection. Jarang amat. Teringat kesah waktu dulu di sini - why people temporarily lost their voice.

I'm still trying to make my job done. Still trying to be there in the office. Still communicating with my colleagues pasal kerja. Bukan maknanya terlebih rajin still kerja time tak sihat. Cuma kesian sahabat2 lain kat ofis jika As MC. Plus, everyday of my life, is like the time when you're having flu. That's what we-FMS, feel everyday. So demam ni small matter inshaAllah. Since hari-hari in pain all over the body. If not hari-hari la MC. :)

I'm a big girl now. I just have my convo ceremony last Saturday, alhamdulillah. Convo for me is mainly just for my parents, jugak to celebrate with friends and most important, those whom I love meet each other during the day!

Been working for 4 months and half have given me the feeling of nothing-ness regarding convo. Saya paling merasa graduated selepas peperiksaan terakhir semester terakhir. Tika itu lidah hanya mampu melagukan ar-rahman sambil airmata berjatuhan. Mengenang nikmat Tuhan, membawa As melalui segala keperitan untuk menamatkan sebuah perjalanan sementara. Thanks Allah for bringing me through!


Minggu lepas banyak hari bekerja hingga lewat malam. Perubahan cuaca sejuk panas, jadilah badan panas. Kemudian semua beransur kurang. Tiba-tiba sahaja suara comel yang sihat di dalam dewan majlis konvo, berubah menjadi serak selepas keluar dewan. *saya tidak menjerit okeh*

Allah k.i.v sampai habis konvo :)

Sekadar sedikit pertambahan kepada cubaan yang lebih besar. Yes, you can :)

24 September 2011

Seorang wanita

Hasil foto usai peperiksaan paling akhir dalam sejarah ijazah muda


Entah, entri kali ini mungkin berbaur luahan seorang wanita itu. Andai ramai yang membaca, mungkin sisi-sisi tepi kehidupan dapat dilihat dengan minda yang lebih terbuka.

Aku sebagai wanita, orang sekeliling tidak akan bertanya tentang sumbangan aku pada masyarakat. Persoalannya lebih berkisar pada jodoh dan perkahwinan.

Sewaktu sedang belajar persoalan lebih kepada seputar perkara akademik. Baikkah atau bagaimana? Jika baik maka mereka tumpang gembira. Bila sudah habis belajar, soalannya sudah bekerja kah? Jika bekerja jurusan berbeza daripada kursus yang diambil, orang akan kata, kenapa ambil kursus yang susah dapat kerja?! Bila sudah kerja, orang akan tanya bila mahu kahwin?

Tapi soalannya takkan habis di situ. Kemudian isunya masuk perkara anak pula. Soalannya takkan pernah habis. Ramai manusia jadikan jawapan "sudah" sebagai kayu ukur kejayaan sebuah kehidupan seorang wanita itu.

Manusia, seringkali memandang pada hasilnya. Dan Allah memandang hanya pada usaha. Ada orang usaha sedikit tetapi dapat lebih. Ada orang usaha kuat habis upaya namun hasil tetap setakat cukup makan. Itulah indahnya pandangan Ilahi. Dan manusia akan terus dengan padangan mereka pada hasil, dan juga anugerah2 peringkat keduniaan yang seseorang itu sandang.

Berkisar tentang jodoh, usia aku masuk arena kemuncak pertanyaan dan suruhan untuk berkahwin. Normal. Cumanya seikhlas hati aku katakan, mahu petik calon sesuka hati bukan semudah memetik cili di tangkai. Dan masak spagetti jauh lebih mudah.

Apatah lagi dengan keadaan aku yang begini. Yup begini. Chronic pain yang jika aku sebut ramai akan ternganga apakah alien yang aku sebutkan tu. Yes, kalau rajin sila google Fibromyalgia. Kesakitan sepanjang masa di semua tempat serta emosi yang selalunya tidak stabil. Memang penat weh jika orang tu nak jaga aku dan ada di sisi tiap masa. Penat tengok aku. Which sepatutnya menjadi penyejuk mata pendamai hati. Yes, tiada siapa yang sanggup untuk me-mampu-kan diri.

Sukar nak cakap, tapi untuk memudahkan cerita supaya orang faham, aku akui aku setuju dengan kata-kata kamu. Seperti yang kamu harapkan, aku juga inginkan seseorang yang boleh bersama memikul beban kesakitan yang aku lalui tiap hari, seseorang yang boleh aku berkongsi derita, seseorang yang boleh memberi bahu menadah tangisan kesakitan aku saban waktu.

Memang mudah dan indah jika nak cakap, "mesti ada punya seseorang yang akan tahan semua ni dengan kamu". "Bila kahwin nanti akan lain, dia akan support kamu sepenuhnya tiap masa". Dan pelbagai lagi ayat2 indah. Indah. Imaginasi manusia memang hanya mahukan yang indah2 belaka.

Tahukah kamu bagaimana teruknya kesakitanku tiap saat dan tika? Tahukah kamu bagaimana emosi boleh bertukar deria? Seringkali waktu aku kesakitan dan kemurungan, sahabat2 terpaksa menarik aku kemas dalam dakapan hangat meredakan kepiluan dan kekusutan di jiwa. Dan biasanya tangisan aku akan terhambur di bahu mereka. Yup, aku menulis dengan birai mata menakung air, jiwa menahan sebak.

Kerna itu aku sentiasa berfikir, manusia, sejauh manakah mampu bertahan dengan emosiku yang selalu tak stabil. Manusia, sekuat manakah dia akan bertahan untuk menjaga seorang yang sentiasa kesakitan. Pasti ada masanya turut sama melenting dan meluah rasa perit menjaga seorang pesakit. Apatah lagi jika impian dan harapannya pada sebuah perkahwinan adalah yang indah dan mahukan seorang pendamping yang mampu memberi segala keperluan jiwa.

Tidak bermakna aku katakan mereka tidak baik. Dan tidak bermakna aku sahaja yang betul. Cumanya menjaga isteri yang sakit juga adalah ujian besar buatnya. Pasti dia akan jatuh jua pada kemuncak kepenatan. Penat emosi mungkin. Kerana fitrah kita ini yang cenderung untuk jadi begitu. Fitrah. Bukan salah seorang suami itu. Ia hanya fitrah.

Sahabat2 ku sudah masuk ke era pelepasan mungkin. Setelah perjalanan meraih sebuah ijazah sarjana muda berakhir. Maka berakhir jua kepenatan emosi mereka melihat diriku yang sentiasa kesakitan. Berakhir jua kepenatan pada sebuah penjagaan yang hampir sempurna buat sahabat yang sakit. Seriyes, aku selalunya untuk menjaga diri pun masih fail akibat kesakitan ini.

Jadi sejujurnya, aku tidak mahu menambah beban buat seseorang. Seseorang yang akan terpaksa menghadap diriku hampir tiap masa. Aku tidak mahu menyukarkan kehidupan seorang dia. Kerna apa yang dia damba selayaknya ada pada wanita-wanita yang jauh lebih baik. Yang tidak punyai sakit kronik sebelum perkahwinan. Jika sihat di awal perkahwinan, sayang dan cinta boleh meresap. Kemudiaanya waktu sakit, hati lebih terbuka untuk menjaga, kerana sayang yang beraja. Aku kira tidak mampu seketul hati itu untuk tiba-tiba menjaga isteri sakit yang baru hendak dikenali hati budinya. Boleh jadi anjakan paradigma begitu. Terkejut juga.

Aku sebenarnya sudah penat mahu menerangkan. Maka kamu baca sahajalah di sini. Mungkin kamu ada fahaman dan pendirian kamu, bahawa ia akan jadi yang indah-indah sahaja pasca perkahwinan buat seorang wanita yang sakit kronik sepertiku. Itu fikir imaginasi kamu. Bagaimana dengan logiknya?

Terima kasih atas segala perhatian daripada kamu atas kesakitan dan perlunya pada sebuah perkahwinan aku.

Demikian hidup ini adalah tautan daripada segala rasa. Tapi percayalah kesakitan yang diberi adalah kerna dia mahu kita sentiasa mengingatiNya. Dia mahu kita sentiasa merasa perlu kepadaNya..

Sepertinya perjuangan itu takkan berakhir, hingga kedua tapak kaki kita menginjak ke syurga..
Mahu ku singkap tabir hatiku yang kelabu, moganya ada ruang untuk cahayaMu!


p/s: Bila sudah habis ijazah muda, soalan seterusnya, bila mahu sambung belajar? -__- manusia...takkan habis.



18 September 2011

Awak.



Lama saya tak genggam tangan dia erat-erat. Belum pernah dapat kesempatan duduk berbicara seperti waktu dulu. Duduk melega sakit seperti dulu. Duduk membuang tangis seperti dulu. Duduk dalam dakap hangat basah airmata.

Malam ini bicara ringkas kami di tepian jalan sambil suaminya menunggu penuh sabar di dalam mobil. *terima kasih* Hampir akhir sesi bicara ringkas dia berkata-kata, hampirnya speechless.

"Saya sangat bahagia...... Saya rasa nak bagi sikit..... kebahagiaan saya pada awak.."

Saya gelak kecil. Dalam mata kami yang sedia berkaca sejak tadi. Dalam sebak rasa cuba menutur ceria, bercelaru bunyi suara, saya bersuara.

"Saya sangat rindu awak. Saya mimpi awak semalam. Awak cakap ayat yang sama." Saya senyum dalam tangis.

"Hah ye ke?" Matanya melagu kepastian, walau hati sebenarnya sudah percaya.

"Awak nak saya respond sama macam dalam mimpi saya semalam ke?"

Dia angguk.

"Moga awak terus berbahagia. Dan saya kan terus bertahan."

Dia yang sudah terlalu mendalami tentang kondisi diri, seputar tekanan kehidupan serta masalah kesihatan. Sinar mata yang makin berkaca, masih mengharap mampu menghulur bantuan.

"Kesian dia lama tunggu dalam kereta. Please...go.."

"Awak..." Jemari yang masih seolahnya tidak mahu melepaskan. Kerna belum pernah berpisah dalam singkat bicara, serta meninggalkan dalam tangis yang belum selesai.

Kadangkala berat bagi mata, memandang yang disayangi memikul berat beban. Apatah lagi tidak mampu menghulur bantuan sepertinya biasa. Waktu dulu :)

------------------------------

"Awak takpe, kuat."

Bicara yang sangat biasa tiba-tiba ditutur orang sekeliling. Mungkin kekuatan luaran seolahnya jelas terzahir di mata para pemerhati, tapi fragile runtuh rapuh di jiwa entah siapa dapat melihat.


p/s: Awak, penulisan yang mengundang pertambahan kesakitan fizikal. You know very well :)

10 September 2011

Warkah buat cha. Dari Haramain.

Menemui sahabatku Cha yang dikasihi sentiasa
walau dekat atau jauh

Cha,
Rupanya Khamis dan Jumaat adalah hari cuti buat rakyat Sau'di. Sangat ramai orang tawaf di al Haram. Tawaf wida' yang As mulakan pada jam 8 pagi masih belum berakhir walau sudah 45 minit berlalu. Itu dikira sangat lama kan Cha? Apatah lagi waktu Cha pergi, ia bukan dalam Ramadhan. Ramadhan, al Haram padat dengan ummat Islam.

Masih berbaki dua pusingan. Kudrat makin lemah dan kesakitan makin bertambah. Ditambah asakan ramai. Mohon kekuatan daripada Rabbi. As cuba keluar daripada kepadatan. Cuba keluar ke paling luar. MasyaAllah Cha, hampir tiada lantai yang kosong. Penuh dan padat. As cuba berlari di sepanjang dua pusingan terakhir. Sambil hati mohon hanya dua yang satu.

Cha,
Ape perasaan Cha selepas tawa wida' dulu? Bila As keluar daripada al Haram dan berjalan jauh. As toleh ke belakang perlahan. Inikah dia gerangan yang bakal dirindui? Masalahnya hati da sedia berat time tuh. Kenapa Cha? Cha pernah rasa, mungkin sama tapi tak serupa rasanya kan?

Cha,
mungkin orang akan berkirim doa tentang jodoh untuk di bawa ke Jabal el Rahmah. Tapi as kagum bila Cha kirim doa tentang ukhuwwah kita ber-4. As sendiri hanya pandang dari jauh langkah2 yang menapak naik ke atas. As duduk diam-diam kat bawah.

Ada atuk sorang ni tegur time tu, doa lah untuk jodoh sebab As muda lagi. As cakap takpe atuk, As da bawak doa yang lebih best. Maybe. Yes, ukhuwwah kita. Even as fikir semula, doa kat sini betul-betul makbul time wuquf je rasanya. Tapi takpe yang penting doa je.

Cha,
perjalanan ke Madinah ambil masa 6 jam dengan bas. As memang tak boleh lelap. Tengok luar tingkap. As cuma nampak batu dan padang pasir. Sangat terik. Cuaca masa tu dalam 44 darjah celcius. Bergilir-gilir antara batu dan pasir.

Macam tu rupanya Cha. Macam mana zaman Nabi dulu ye Cha. Naik unta je 8 hari. Tengah panas. Diorang kuat ye Cha. Kita je lemah. Terutama bab emosi. Management belum mantap.

Cha,
As sampai di al Haram ke dua. Masjidil Nabawi. Pertama yang As ingat, is you. Kenapa? Sebab as teringat apa yang Cha kongsi antara kita berdua tentang Masjidil Nabawi, tentang Rasulullah s.a.w. Cintakah kita pada baginda Cha?

Tak kira walau di mana, jom sama-sama kita usaha mengamalkan sunnah baginda. Moga Allah letakkan kecintaan di hati kita pada perkara2 yang disukaiNya. Muslimah solehah, Cha. Idaman hati kita di akhir zaman. Moga Allah pandukan jalan. As banyak lagha Cha. As banyak sangat kena belajar lagi, dan kena belajar semula. Cha tolong tegur2 As ye, boleh?

Cha,
bila hati dan perasaan bermasalah, satu je sentiasa menjadi kerinduan. Untuk berada di sana. Haramain. As pasti Cha kat sana pun tak sempat nak masuk otak pasal hal dunia sepenuhnya. Tujuan dalam kepala untuk beribadat semata. Jiwa tenang. Urusan dunia masuk kepala yang penting je. Apatah lagi perkara remeh-temeh. Jauh sekali hal-hal hati dan perasaan.

As suka diri As yang begitu, even sakit pun as letak tepi. Kat sana pun as selalu jalan malam sorang-sorang. Kadang sekadar nak tenangkan jiwa. Kadang tah tak tahu kenapa. Seronok jugak tengok manusia berlumba beribadat. Berlumba mencari tempat.

Cha,
As sebenarnya ingatkan as takkan ada rasa sedih pasal perkara ni. Hati ni takkan rasa dicarik walau sedikit. Rupanya as kalah Cha. Mata bertakung jugak airmata. Mesti Cha tertanya pasal apa. As pun tak mampu nak cerita Cha. Tapi As mampu deviate kan jiwa dengan tulis warkah buat Cha. Tentang memori al Haram. As pasti Cha pun ada kerinduan. Teringin untuk menjadi tamunya Rasulullah kembali.

InshaAllah Cha, ada kesempatan, ada rezeki, ada jemputan Ilahi, Dia akan bantu kita menebus semula perkara-perkara yang kita rasa belum cukup baik terlaksana di sana. Moga Allah bantu kita.

Cha,
sampai sini dulu As tulis. Ada masa As tulis lagi. Tak sangka kesedihan hati membawa pada penghataran warkah buat seorang sahabat, Karimah Fakhriah my dear Cha Cha.

May Allah bless.

6 September 2011

May Allah bless

Saya bersiap adjust pakaian check aurat selepas berwudhu'. Sahabat saya sudah selesai menghampar sejadah. Tiba-tiba terdengar, iqamat disebut siap2.


Saya senyum, menghampiri sahabat. Sudah terlalu faham taktik dia untuk menjadikan saya sebagai imam. Bersiap dan iqamat segera sebelum saya bersedia.

nota: iqamah disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan solat.

-----------------------------------------------------------------------

"As, ubat dah makan?"

"As, ni ubat awak kita dah bawak."

"As, ubat awak nak habis da kan. Nak pergi ambil bila?"

"As, meh kita bawak barang awak."

"As, boleh drive tak sakit macam ni?"

"As, sakit sangat? Nak kita tolong?"

"As...kesiannya tengok awak...kita tatau nak tolong macam mana."

"As..meh nak tolong iron baju awak."

Dia sahabat yang banyak bertanya soalan di atas. "Awak" dan "kita", itulah cara dia. Dia sahabat yang mempunyai sahabat pesakit kronik. Menjaga mengalahkan nurse dan doktor. Bertahun menjaga ubatan, kesihatan dan diri saya. Bilik hostel bersebelahan, duduk bersebelahan di dalam kelas selama 4 tahun, sentiasa bersama hampir ke mana sahaja.

Yang sangat memahami sakit saya. Yang sangat tahu setiap butir bicara doktor-doktor saya. Yang sangat bersabar menjaga saya yang kesakitan dan sangat bersabar menjadi sahabat saya.

Yup, terlalu rapat.

----------------------------------------------------------------

Saya rindu sharing session tepi pantai waktu malam. Saya rindu perkara luarbiasa yang kita semua buat musim exam. Saya rindu pelukan kasih kamu tatkala saya menangis kesakitan. Saya rindukan peneman waktu tidur malam saya. Saya rindu tepukan kasih mendodoi tidur. Yup, sahabat kamu yang sangat sukar untuk lena. Lenyap dalam mimpi gelap dengan sentuhan lembut penuh kasih.

Kasih-sayang, keluhuran budi, perhatian dan empati. Saya mohon Allah jadikan saham akhirat buat kamu. Antara sahabat saya yang terbaik budi dan akhlaknya. You rock my dear~

Thanks for being there. Thanks for showing me what true friends are like. For your love and this friendship. For everything else, the memories..the time we spend together..
Terima kasih tak terhingga. Tatau nak cakap macam mana. Wa sila tanya hati ni ye..

----------------------------------------------------------------


Wa, melepaskan kamu pergi. Dijaga dengan baik oleh seorang sahabat. Hakikat merasa jarak yang jauh, juga permulaan baru dalam kehidupan seorang BFF. Oh term BFF itu ibu mertua kamu ajarkan pada saya. Ingat lagi? ;)

Bertahun bersama, kita da graduated. Setiap kita mulakan kehidupan baru dan berbeza. Terutama Wa, dengan transition yang besar. Heh. Kami sedih, kami sayu. Tapi kami berkongsi gembira. Kami pasti kamu akan dijaga dengan baik. As meletak jawatan sebagai fotografer rasmi Wa, dan penjaga Wa. 'Penjaga' pada bab-bab special :)

Moga ada berkat dari awalnya.

The best I could say.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.”

Ameen.

--------------------------------------------------------------

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Selamat bergelar Puan. Selamat menjadi isteri solehah. Kamu sudah selangkah ke jannatul firdaus tertinggi inshaAllah. Ameen.

Kami, pemerhati jauh. Mohon bahagia, berkat dan redha Allah. Dalam sukar, pahit atau manis kehidupan baru kamu.

Cha, Kiniey..Susah nak cari gambar ber-3 :)


Cha, Kiniey dan Wa. Mereka, antara sebab saya kekal tabah bersama chronic pain. Mereka, adalah senyuman dan kekuatan saya! Moga keimanan yang menyatukan. Wa, still remember the night we renew the friendship?

Yes, please remember we always love you.

4 September 2011

Rindu

Telah wujud satu rindu
Lama terbenam dalam kalbu
Hanya khabar sayup di telinga
Dengan gambar
tambah sayu.

HambaMu datang menyahut seruanMu
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Tiada sekutu bagiMu

Allahu..
Ingin hati bicara cinta
Namun bimbang diri berdusta
Jiwa tidak selayaknya pada syurga
Namun pasti
jasad ini tak tertahan panas neraka

Tujuh keliling di rumah suci
Mulut berdoa tiada henti
Ampuni kami Ya Allah
Ampuni kami Ya Rahman
Ampuni kami Ya Rahim
Jiwa hamba merasa besarnya dosa
Dosa-dosa..

Marmar putih dicecahkan dahi
Takut dan harap berselang seli
mohonnya rahmat dari Rabbi
Ruh sejuk..
Ketenangan perlahan-lahan
mengantar ke segenap urat nadi



Makkatul Mukarramah
6 Ramadhan 1432H

27 August 2011

Debar menjadi tamu-Mu


Allah
Dalam tiap sujud dan du'a
Aku mohon dijemput menjadi tamuMu

Seringkali
perancanganMu di luar jangkaan seorang hamba
Dijemput bertandang di bulan mulia
Tiada kebetulan melainkan kerna takdir Mu jua

Debar sebak di dada
Gerun wujud di hati
Serius tak mampu ku nafi
Aku cuak Ya Rabbi

Hamba hina penuh debuan dosa
Melilit tiap inci deria
Namun satu yang daku pasti
KasihMu mengatasi sebuah kemurkaan
Walau amalan hanya jari sejengkal
Walau iman senipis kulit bawang

Aku pergi hanya keranaMu ya Allah
Semata-mata keranaMu
Semata-mata keranaMu
Semata-mata keranaMu Allah

Tetapkanlah niat hambaMu
Jauhkanlah riak dari hatiku
Mengharap hanya redhaMu
Memohon selaut pengampunan
Moganya disucikan jiwa keseluruhan

Umrah mabrurah
Dambaan jiwa seorang hamba


2 Ramadhan 1432H
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

17 August 2011

Tamu - mu Ya Rasulullah

aku [EXPLORE #53] by As |||
aku [EXPLORE #53], a photo by As ||| on Flickr.

Saat aku dijemput
menjadi tetamu-mu Ya Rasulullah
hati merasa begitu dekat
jiwa merasa begitu cinta
biarpun hanya makam-mu yang ku tatap

Di hening pagi
tiba-tiba hati ini terdetik
mereka berlumba datang
menziarahi makam-mu
bagaimana jika hari ini
kau masih hidup Ya Rasulullah?
runtun kah jiwa mu melihat ummat?
atau lebih kasih kah ummat
untuk mengikuti sunnah-mu?

Pasti ramai yang datang
mohon bantuan nasihat serta doa mu
tika itu
sempatkah untuk diri ini
walau hanya untuk menatap wajah kasih mu?

Ya Rasulullah
jiwa ini menyinta walau tanpa pertemuan
jiwa ini bergetar melalui penceritaan
namun jiwa ini masih gersang
masih jauh dari seruan
masih cuai dalam ketaatan
masih terawang dalam amalan

Ya Rasulullah
saat jiwa menghayati mimbar-mu
ibu tercinta jatuh terlantar sakit
lantas hati terbelah antara dua cinta
waktu kepulangan terasa masih jauh
namun waktu yang tinggal terasa singkat
itulah daku ummat mu di akhir zaman
merasa lebih cinta pada isinya dunia
sedang akhirat itu yang abadi
syafaat mu dambaan hati

Allahu
ku panjat doa berulang kali
moga mawaddah dan iman diikat di hati-hati kami
pada masjid nabi Mu
pada mimbar kekasih Mu
ku letak cinta abadi
kecintaan pada Tuhan
jua kekasihNya
yang berkekalan

Al-Madinatul Munawwarah
14 Ramadhan 1432H

19 July 2011

Memberi tanpa syarat

Our latest version of dearie little one, welcome to the family Raihah :)

"Nah, here you go."

Minda keluar daripada fokus, menoleh kepada suara yang menyapa. Terlihat huluran secawan minuman oat panas oleh seseorang yang baru 2 minggu aku kenali. Aku sedikit terkejut.

"Lah buat susah-susah je. Thanks." Senyuman mesra terkoyak buat teman. Satu berbalas satu, sedekah yang paling mudah aku kira.

Aku berhenti menaip. Minuman enak merah jambu kuhirup perlahan menghilang penat di kepala, mata mengarah kepada muka jam. Hampir jam 7 petang, masih ada beberapa antara kami yang sedang menyiapkan kerja-kerja. Walaupun bidang ini terlalu asing dan segalanya sangat baru dan sukar, namun hati tetap berbunga bahagia memandang satu persatu wajah yang sangat aku senangi peribadinya..

________________________________

Lama tak menulis, rindu! 'Absence makes the heart grow fonder'. If you ever heard this. Kali pertama menulis entri setelah officially employed. Terlalu banyak yang berlaku, pendek cerita segalanya berlalu begitu pantas dan hectic. Yup.

Buat mereka yang merasa gembira memberi untuk orang lain, pasti merasa hairan jika terjumpa jiwa yang merasakan ada udang di sebalik mee, merasakan ada niat lain di sebalik kebaikan yang diberi. Atau istilah orang kebanyakan, 'membodek'.

Pertama kali aku terjumpa orang yang menuduh sedemikian, hati beristighfar. Sungguh. Seikhlas hati aku berkongsi di sini, aku sangat terkejut. Mujur saja Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik. Ibu sentiasa mengirimkan sesuatu untuk mereka nikmati, dan aku gembira jika dapat memberi 'hadiah' buat teman-teman, out of love. Aku gembira apabila mereka gembira. Untuk guru dan sesiapa jua walaupun tidak kenal nama.

Allah memberi pengajaran kepada aku bahawa tidak semua manusia menerima kebaikan atau pemberian manusia lain secara positif. Ada kalanya secara negatif. Serius aku tidak sangka.

Macam mana pun, moga Allah bukakan hati mereka bahawa bukan semua manusia memberi kerana mahukan balasan sesuatu. Ada yang memberi tanpa syarat, ada yang memberi out of love, ada yang memberi untuk kepuasan dan ada yang memberi kerana mahukan pahala. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan kita memberi hadiah (tak kiralah dalam bentuk apa pun) untuk mengeratkan silaturrahim sesama hamba.

Apabila Allah membuka hati kita untuk berkongsi rezeki kepada manusia lain, itu hanyalah wasilah Allah menyampaikan rezeki hamba tersebut melalui kita. Ilmu yang ada pada diri dan disampaikan kepada manusia lain juga adalah kepunyaan Ilahi, kita hanya sebagai pemegang amanah. Segala yang kita sangka milik kita, tiada milik kita, hanya Dia. Hanya Dia.

Di sini, di dunia aku yang baru. Semua, semua manusia begitu banyak memberi. Dan mereka memberi serta berkongsi tanpa apa-apa syarat. Im deeply in love with them! Dan aku pasti takkan lupa mendoakan mereka yang banyak memberi dalam dunia aku yang lepas. Rahmat Allah buat mereka. Ameen..

Bagi aku, MEMBERI kepada makhluk Allah yang lain, semakin memaknakan kehidupan aku sebagai seorang hamba. Segala puji hanya buatNya.


Nota tangan: What other people may think of you, is none of your business. No matter who they are. Hanya pandangan Allah yang utama. Dia je yang boleh baca apa dalam hati kita, manusia lain tatau pape. So, like I care? Heheh. Smile :)

Nota kaki: Setiap tahun pasti ada ahli keluarga yang baru. Aku hanya tumpang bahagia mencurahkan kasih untuk anak-anak orang2 yang aku sayangi. Out of love, for them :)

Pesan kalam agung: ‎[al-baqarah: 177]
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."