25 July 2010

perlukah ada risau

Kaki yang memijak duri
Kubawa ia menyusuri hari
Merentas batasan mimpi
Yang roboh di sini
Di hati ini....!

Dalam hidup, banyak perkara yang kita sayang.
Ramai juga orang yang kita sayang, itu yang hampir menjadi perkara pertama bagi kebanyakan kita.

As selalu tertanya pada diri, apakah kasih sayang kita mampu memelihara mereka semua daripada hilang daripada pandangan hati dan mata. Adakah segala kuasa di tangan kita. Apakah mampu kita membendung segala kerisauan daripada terjadi. Kehilangan, kematian, kerosakan, berubah hati dan segala perkara negatif yang tidak mahu kita utarakan.

Semuanya di tangan Tuhan! Siapakah kita yang kerdil hina, mahukan sesuatu terjadi atas kehendak kita, sedangkan segalanya telah dalam genggaman takdir iradat Tuhan. Kadangkala rasa terlalu kerdil diri, nikmat diberi tak terjangkau luas, pedih hati yang kecil semata, mengapa itu yang dijadikan sandaran kesedihan.

"Toksoh duk ingat lah hok sedih tu.."
I think someone said this way in my flickr page.

Sesuatu yang memang ditakdirkan bukan milik kita, walau sekuat mana pun genggaman kita, tetap akan terlepas jua. Sesuatu yang memang ditakdirkan untuk kita, di dalam tanah ia tersembunyi rapat, tetap akan datang pada kita.

Apakah lagi yang perlu dirisaukan? Takdir Tuhan? Kita manusia, tetap manusia. Selagi belum bergelar sufi, yang pergantungan totally pada Rabbi.

Entri ini adalah bukan untuk mendoakan, tetapi untuk menarik kita semua kepada realiti. Ia lebih kepada peringatan dan pujukan buat diri sendiri. As mahu berkongsi dengan kamu.
As sendiri yang menulis entri ini pun terasa sangat syadid nya diri. Tapi ini realiti yang perlu kita garapkan, bukan?

easier said than be done.

Moga Allah kurniakan kita iman yang sempurna. ameen.

21 July 2010

berhidup dengan dia

Dia teman As sampai bila-bila. Dia sangat setia bersama.
I was not aware that Im living with it since few years back. Maybe since 7 years ago. Wow lamanya kami bersama~

Just after I met Dr. Cyril Toma from Prince Court Hospital, that he found this on me. Living with fibromyalgia. Muka As berkerut when he mentioned this to me. What is that on earth? Until he asked me to go back and google about this. (just click here to know more about fibromyalgia)

And it fits perfectly with all the symptoms!

Sebab selama ni penat As duk buat imaging kat badan ni nak check apa masalah dia exactly. Did I have PID on my spine. Did I have any tear in the knee. Mintak tolong radiologist buatkan ultrasound for shoulder joint jugak.

Mintak tolong staffs buatkan MRI dan sebagainya. Hoho. Penat je As tido dalam MRI. But at least I know that my cervical disc are all degenerating now. But I do think Im too young for this. Heh.

Yang paling best, surgery done but nothing happens. Malah makin worst. Semua sebab fibromyalgia. Ces. hehe. Akhirnya dapat jawapan kepada persoalan.

Yes, ini kali pertama as menulis tanpa explain pada kalian setiap medical terms. As mintak maaf. Dengan semua apa yang as belajar selama ni, as curious nape semua imaging modalities takleh nak show fibromyalgia in the images. MRI which specially design for soft tissue pun tak boleh show. Ultrasound lagilah tak jelas. CT scan etc tu lagilah jauh sekali.

But functional MRI (fMRI) boleh usha what is in the brain of fibromyalgia sufferer. How the brain response, and how the pain regulate. Macam sangat menarik. But, we dont have fMRI yet in Malaysia. Haih. That is such an interesting study. Cuma risau susah nak dapat data kat Malaysia sebab memang tak ramai yang sakit macam ni, dan tak ramai doctor aware to diagnose this. Acceptable lah, sebab rare. Dah jadi bias in study.

The same goes with the imaging using SPECT (single photon emission CT). Sama macam fMRI, die tetap study brain of the suffferer, where the blood flow is higher, and each region tu of course indicate different things. Tahla. As just suka cardiac imaging je when it comes to SPECT. The same goes to MRI, as lebih minat cardiac MR. Memang sangat best.

Dan as rasa sangat tah pape, sebab this is not my style of writing. I did not show my emotion directly this way, especially in this blog. Yosh...ape sudah jadi..wiiii...

8 July 2010

When Mum asked you to get married

Never speak about this. Never touch on this issue. In this memorable blog of mine.
This, such a big issue, for me as a woman.
And when Mum asked me to get married.

Mum asked me to get married.
Mum thought I already have someone special.
Mum thought that I rejected men who came to me.

"Sape2 yang baik datang pada kita, terima jelah seadanya. Tak perlu pilih-pilih sangat."

I said, Im in pain 24/7. I don't want to burden anyone close.

"Is your sickness make your friends doenst want to befriend you..?"

And...im speechless..
Lifetime sickness, terrible pain 24/7. Emotional distress due to the pain. Pressure in life because of inevitable bad day. I burden those who close to me a lot, even those who didnt. The list will go longer..

Im a healthcare practitioner, I learn patient care, patient psychology and all..it should be me, the first who understand and accept my condition with ease at heart. But Im frustrated with those who cant accept me with this condition.

It makes me, to say, 'I am your mistake, please stay away.'

Conversation ended when Mum said,
"Berdoalah, moga Allah berikan seseorang yang baik."


7 July 2010

The mess we are in

Status
Title

This is the mess we are in
when the title given in front of your names
being as something which would make you to be treated as God.

Oh please !


13 June 2010

The only option you have


Hanya satu yang paling pasti di dunia ini, iaitu ujian daripada Tuhan.

Selama mana pun telah kita bertahan, sekuat mana pun dugaan, hanya satu pilihan yang diberikan, iaitu bersabar.

You have nothing else my friend. But to be tough.

Sesuatu yang terlalu kita sayang, terlalu kita tidak mahu lepaskan, sampai masanya jika Allah mahukan, ia pasti akan terlepas daripada genggaman. Mungkin itu yang sebaiknya untuk melegakan perasaan. Jika tidak terlepas, tetap jua ia akan pecah di genggaman, yang pasti lebih menyakitkan. Jangan kita tambah kesakitan itu dengan tidak mahu meredhai apa yang terjadi.

Rasa sedih, rasa kecewa, rasa bahagia gembira. Sama ada datangnya mereka, atau berlalunya mereka, jangan kita tutup segala rasa, terimalah seadanya terciptanya mereka sedemikian rupa.

Jalanan yang berliku, manusia-manusia yang dihadirkan ke dalam hidup kita jua banyak mendidik jiwa. Petiklah penawar paling mujarab, redha akannya. Demikianlah hidup ini, terlalu banyak tautan rasa yang banyak jua mengundang derita. Namun segala rasa sakit ini, hanya dariNya untuk kita yang sentiasa alpa.

Redahlah segalanya, segala perlakuan manusia terhadap kita, segala ujian dariNya, redahlah. Kerana Dia yang lebih besar daripada segala apa yang kita rasakan..lebih besar daripada apa yang kita hilang..

Ya Allah, sesungguhnya kesakitan ini lebih menyakitkan daripada kesakitan fizikal yang Kau berikan sejak bertahun yang lepas. Tuhan, berikan kami ketabahan, berikan kekuatan atas hati yang telah dilukakan, berikan kelembutan pada jiwa yang diperlakukan sedemikian, hanya Kau kasih yang berkekalan ! :'(

16 May 2010

confused dan pasti



Dalam seharian kita, ada kondisi yang buat kita jadi confused statusnya, ada kondisi yang kita pasti. The same goes to me. Perkara-perkara tentang kehidupan, yang semestinya berkait dengan agama kita. Jika kita pisahkan perkara kehidupan dan agama, sekular la kita. Ke salah? Betulkan eh..

Tapi dalam satu isu yang as pasti, mengenai pemberian lesen judi untuk sukan supaya penipuan dapat dielakkan. Pasti sebab dinyatakan dengan jelas.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [5:90]

Takkan jadi halal judi itu walaupun diberi lesen. Kan kan..
Lesen manusia, bukan lesen dari Tuhan.
Sama seperti meletakkan logo halal Jakim pada pewarna rambut, tak semestinya itu bermaksud pemakaiannya adalah halal.

Adakah pihak yang memberi lesen tu confused jugak macam As salu confused? Confused dengan ayat "ya ayyuhal lazii.." (wahai orang-orang yang beriman)..maybe.
Pihak berkenaan berjanji tidak akan mengabaikan pembangunan Islam. Wah. Ini cukup bagus. Inilah negara Islam sebenarnya yang kita cari.
Lalalala..~

Time-time confused camni sebenarnya kita perlukan suara-suara mereka yang 'mengetahui' untuk menegur. Manusia, kena ketuk, baru beringat. Jika setelah diketuk belum beringat juga, doakan moga Allah letakkan hidayah di hati kita.

Camne pun, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yang kadangkala tak tercapai 'aqal kita untuk memikirkannya. Hati manusia sentiasa penuh rasa ragu. Termasuk As pun sama. Terjadinya perkara ini, menjadi isu hangat di sana sini. Pasti ada hikmah di sebalik untuk kita sama-sama fikirkan, untuk pihak2 sebelah A dan sebelah B turut sama memikirkan.

Inilah, petanda makin sangat dekat, dengan the end day. It is actually has landed long time ago..hanya kita tidak menyedari..

p/s: is currently at home, will off back to KL jap lagi. inshaAllah. harap hati lebih tabah. lebih cekal. lebih redha. lebih kuat. lebih telus. dan lebih-lebih mampu menerima segalanya..

wallahu'alam.

14 May 2010

semua sekali pasti ada hikmah

dalam 3 tahun praktikal
as perasan,
tiap kali pesakit bayi yang datang ke department radiologi untuk prosedur x-ray/CT scan selepas jatuh, sama ada jatuh katil, jatuh buaian, jatuh macam-macam ada, mesti datang nak check bahagian kepala (skull) sama ada retak atau sebagainya.

Kepala dulu yang menjunam terkena lantai, atau tempat jatuhan barang berat. Pernah ada pesakit kanak-kanak datang untuk CT scan sebab TV jatuh ke atasnya. Dasyat bukan?

Namun, macam mana sekalipun berdarah terluka bengkak segala, pasti hasil x-ray atau CT scan adalah normal. As duk terfikir, golongan tak berdosa ni, pasti malaikat sambut depa time jatuh tu supaya tak ada pape fracture atau pendarahan di kepala.

ada juga bayi yang jatuh dari buaian, kepala bengkak. baru saja malam tadi. nak check bahagian kepala sama ada okay atau tidak, tapi disebabkan bayi tu jatuh dari buaian, kami dapat mengesan masalah di paru-paru nya. Jadi, datang nak check untuk benda lain, tetapi dapat tahu bayi tersebut mengidap radang paru-paru. Penyakit ni biasanya di kalangan bayi memang tidak menunjukkan tanda. Jadi, jatuhnya bayi tu dari buaian membawa kepada diagnosa penyakit itu. Indah aturanNya.

Sebab tu tiap perkara pasti ada hikmah, takde yang takde hikmah. Cuma kadang kala kita manusia tak dapat fikir apa hikmahnya. Dan kadang kala jua memerlukan masa untuk memahami dan menerima..

Ya Rabbi....fahamkan aku...dan bantulah aku untuk menerima ketentuanMu dengan selapang-lapang dada....

Sesungguhnya mereka dalam peliharaanNya..inshaALlah..
dan kita juga. ameen.

13 May 2010

rugi weh..

eja, mudah je :)

nak praktikkan tu sukar..

sekarang musim semua kawan2 praktikal di merata tempat di semenanjung..pekerja komited tanpa gaji. As di HUKM, menyambung perjuangan praktikal yang sudah masuk tahun ke-tiga. Dalam hari-hari as attend patient, as salu terfikir. Ada nilai ikhlas, atau sekadar attend kerana perlu attend patient.

Dan jugak salu terfikir, alangkah rugi jika tiap patient yang datang tu, as attend dengan tanpa perasaan. Sekadar mahu menyelesaikan satu tanggungjawab. Memang betullah, jika semua benda dalam hidup kita, kita niatkan sebagai ibadah, beruntungnya kita..
Tapi selalunya kita leka. Kita lepaskan banyak perkara begitu sahaja.

Sangat harap, hari-hari yang dilalui, pada musim praktikal yang masih panjang ini, disertai keikhlasan, rasa mahu membantu yang tinggi, dan rasa kasih pada yang memerlukan. Seperti mana as sendiri sentiasa merasai sakit, moga itu membuatkan as lebih memahami perasaan orang-orang yang kesakitan..

Back to the reason why I'm in this medical field. Coz I am a sick person too. I wanna help people, like I wanna be helped. Ikhlas, mahu fikir-fikirkan. Tulus, mahu intai-intai kan. Kekuatan, mahu digenggam erat. Moga tabah untuk meneruskan hari-hari berbaki, sambil memberi bantuan pada pesakit yang memerlukan. Seorang yang sakit attend pada pesakit. hehe, kelakar jugak kadang2 :)

p/s: sedang on call, dan sangat2 sejuukk kat hospital ni~!

4 April 2010

pangkah


مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ كَانَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ
( رواية التُّرْمُذِى )

Maksud hadith: "Sesiapa Yang Keluar Kerana Menuntut Ilmu ,Pahalanya Seumpama Orang Yang Keluar Berjihad Di Jalan Allah Sehingga Dia Kembali Pulang.”

Hadith ni sentiasa membakar semangat mereka-mereka yang menuntut ilmu. Tetapi rata-rata kita hari ini buat revision kerana exam, kerana ada quiz, kerana ada asaimen dan sebagainya. Ke mana perginya niat yang satu, belajar ilmuNya ikhlas keranaNya..

Kalau yang tu dah hilang, bolehkah kita anggap perjuangan kita belajar hari ini dikira sebagai jihad seperti dalam hadith..
bila sibuk belajar untuk exam, kita hanya nampak kena hafal untul exam, kita da tak nampak 'ilmu' tu. Danger..

Sepatutnya, ada nilai ikhlas yang perlu diperbaharui niatnya setiap hari dalam apa jua perkara, sungguh-sungguh tingkatkan ilmu, jadikan sebagai amalan kita dan kita berusaha jadi lebih baik dengan ilmu kita tu.

dan kita sentiasa semakin jauh dari tu. Moga Allah mudahkan jalanan kita. Tidak terlalu fokus hanya pada exam, sampai lupa nilai ilmu tu sendiri. Dan tidak terlalu fokus pada kelebihan ilmu pada duniawi kita, risau kita lupa milik siapa ilmu tu.

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

23 March 2010

hati seperti burung

miliki hati seperti burung..terbang bebas di angkasa tidak gusar akan jatuh, tawakkalnya mereka kepada Pemilik 'alam :)

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Masuklah ke dalam syurga itu para kaum yang hatinya seperti hati burung." (Riwayat Muslim)

"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan(keperluannya).”

cakap dan tulis senang, tapi bila di uji dengan pelbagai dugaan..ia tidak semudah itu..kan.. T_T
belum sampai tahap mukhlisin...ya ALLah...