24 March 2008

it's here again

Hey, what's happening..??
The fight has just began, alhamdulillah done with 4 subjects, yet another 7 are waiting. Yes, it's the final examination, again. Striving very hard for these 15 days, hopefully everyone could bear until the very end of it, inshaAllah. Add up with the water crisis due to the repairing work on leakage pipe of Block F, harap bersabarlah kengkawan semua..

To those taking dietetics, gunakan kemahiran anda untuk menggoreng. To my fellow classmates in DDIR, remember the issue for this semester, special request from our lecturer, “belajar-belajar lah guna pen, at least half". Me myself penat da kena tegur last semester, so I did change for this semester sebab tanak kena tegur. Senang je kalau nak berani guna pen, make sure you did study well, adequate to give you the sense of confidence to use pen for the calculation part. Heh, easy to say hard to do, but not impossible. 4 subjects with major calculation, not even could be understand in the class, how eh?

No worries, just use your pen or your pencil or whatever to change your life. The pen/pencil have the power to determine your way of having the results later. Most important, the One who gives us the idea of having either pecil or pen to write, it’s better than using a feather aite..? After hard efforts, leave everything to Him.

There are some other valuable weapons needed during the examination days which u might miss them up, the sweater and the hand glove. Na'am, you will be dying answering those questions in Medicine examination Hall if you dont have these things. At least you are still alive when you are out. (just a suggestion, but I think it is not applicable for everyone =P )

InshaAllah it will be the end of Year 1 this coming 6th April, all the best, may Allah ease everything,and for everyone, amen.

“Allahumma ja’alna minan naajihin wal faaizin wal mumtazin fi kulli imtihan wa fil hayaatid dunya wal akhirah..ameen.”

10 March 2008

recently..

Assalamu'laikum wbt..

Sudah berhabuk nampaknya di sini. Lama ditinggalkan, bukan kerana tiada isu, tetapi dek kerana masa yang berkejar-kejaran dengan tuan punya blog. Biasanya dalam kesibukan yang terlampau, masih ada masa untuk di sini, tapi kali ini tak tergapai rasenya.

Peperiksaan yang berturut-turut, kuiz, tugasan yang banyak, hujung minggu yang tiada cuti, rawatan di hospital dan berbagai lagi. Kali ini mungkin saya yang tersilap bawa hingga jadi sesibuk ini atau memang sangat sibuk? Bagaimanakah? Moga-moga tetap ada keberkatan masa di situ. InshaAllah.

Baru sahaja mampu menarik nafas lega setelah peperiksaan yang tidak henti sejak pertengahan januari, dan kini bertungkus lumus menyiapkan tugasan-tugasan baru. Kemudiannya akan cuba mengejar ulangkaji untuk peperiksaan akhir pula mulai pertengahan mac ini. Life is so hectic yet interesting. Setiap hari adalah ilmu, ilmu paling mahal, kerana pengalaman itu mendewasakan (dan juga merubahkan, hmm..??)

Salam awal imtihan buat sahabat-sahabat. Masa terlalu pantas...well..
anyhow, i am among of those who waits for the brand new malaysia :)

wallhu'alam.

p/s: menebuk kembali bahasa, persediaan untuk salah satu kertas akhir, terlalu lama sudah
rasanya ditinggalkan :)

wassalam

30 January 2008

Final decision

Keputusan muktamad. Final decision.

Been seeing the world for almost 20 years and 4 months, it was my first time hearing those words from Ibu and ayah.

“This is our final decision. Muktamad.”

Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

They’ve never been this strict with me before as I’m an obedient daughter, expect less gives more. Rarely ask for something and have less desire in life. The same goes to my other siblings.

“It was because of your health. It was because of your safety.”

They are too worried.

If and only if they know how far I can go. How tough I will get going with this pain. Only if...

It was a once-in-a-lifetime-chance which I need to sacrifice. Never will it come again, for me. More than that, it was a chance for me to find a brand new side of me, upgrading the inner side. And, it was a chance which will be burnt.

‘Ya Allah, I seek for Your guidance, my hope and my prayers are only for You, the best Listener ever. La hau la wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim..’

.: Pasrah Mode :.

20 January 2008

bubur asyura

Saya tidak berapa mengenali bubur ini, sehinggalah saya turut serta mengacau bubur ini dalam kawah besar di SESTER dulu. Mungkin saya pernah melihat sebelumnya tetapi saya menolak untuk merasa. Biasalah, ape yang kita tidak tahu, kita lebih cenderung untuk menolak.

10 Muharram atau disebut hari asyura biasanya masyarakat kita bersama-sama memasak bubur asyura. Sewaktu di SESTER selama dua tahun itulah kali pertama dan terakhir saya merasakan meriahnya mengacau bubur asyura. Tahun ini teringin pula hendak merasa, tapi masih tidak kesampaian. Mungkin ia telah menjadi adat masyarakat melayu Islam memasak bubur asyura yang mana merujuk kepada peristiwa Nabi Nuh a.s berlabuh di bukit Juudi pada 10 Muharram.

Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."

Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Asal-asal daripada kisah ini, kebanyakan orang Islam memasak bubur asyura pada 10 Muharram. Saya kurang setuju untuk mengatakan ia adalah adat, sekurang-kurangnya Muslimin akan mengingati peristiwa berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s dan kemudiannya diceritakan kepada generasi baru. Saya mengambil iktibar daripada apa yang ibu saya ceritakan setiap tahun. Dan semalam saya masih lagi mendengar cerita yang sama sebagai tazkirah buat saya.

Ape yang dikatakan adat, boleh juga menjadi suatu ibadat andainya acara memasak beramai-ramai dapat mengeratkan silaturrahim dan bagi anak-anak muda pula akan cenderung untuk bertanya sirah di sebalik acara ini. Ia boleh menjadi satu penghayatan buat ummat muda masa kini yang rata-rata langsung tidak berminat dengan sirah Nabi-nabi di zaman dahulu.

Jika diingat kembali kisah ummat Nabi Nuh a.s dimana Allah mendatangkan banjir besar memusnahkan mereka. Mereka menjadi kaum pertama yang dimusnahkan secara massal oleh Allah.

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).”
(Al-a'raf : 64)

Maka tidak salah jika masyarakat meneruskan majlis memasak bubur ayura beramai-ramai, walaupun saya belum pernah melihat dengan mata sendiri mana-mana masyarakat luar yang mengadakan majlis ini. Mungkin kerana keterbatasan saya yang tinggal di hostel sejak lima tahun lalu. Tapi sekarang saya betul-betul nak merasa bubur asyura tahun ini. Isk...

Wallahu'alam.

[sekadar membersihkan sawang di blog (^_~) ]

4 January 2008

perkara kecil, tapi memberi makna..

“2 messages received”

Mata memandang skrin handset, kemudian disimpan. Hati mengatakan takpe, biar dulu, ada urusan yang sangat penting untuk diselesaikan sekarang. Bukan menjadi kebiasaan untuk tidak segera membaca message yang diterima, kerna mungkin sahabat-sahabat ada perkara penting yang mahu dibantu.

‘Takpe, fil ba’dal ‘ahyanin, kadang-kadang je lambat bukak message.’

Lebih kurang sejam setengah kemudian, hati teringat ade message perlu dibaca. Segera dibuka.

“Macam mana nak neutralkan orang yang makan panadol banyak-banyak? Please reply A.S.A.P.”

Hati terus dihinggap rasa bersalah, orang berharap, tetapi kita pula menangguh. Maafkan saya!

Termenung seketika. ‘Macam mana eh..adeh.’ Saya baru sahaja pelajar tahun satu, juga bukan pelajar perubatan. Tetapi hati meronta mahu membantu. Berfikir seketika, mendapat idea, tahu untuk menyebut nama medication tersebut tetapi gagal mengingati ejaannya. Mungkin juga dek kerana tidak pernah mendapat pembelajaran formal mengenai ilmu perubatan.

Jejari menekan keypad,

"Maaf, sape ni? Kena inject N-acetyl cystine (chealetine agent). Within 4 hours secara IV (intra venous) nih. Tapi if da lepas 4 hours, kena cuci perut la. "

[nota: message ditaip berdasarkan pengetahuan pada sebutan nama medication, bukan ejaan sebenar.]

Message dibalas, tetapi belum sempat tertera ‘message sent’, jari jemari pantas mendail number kepunyaan si penghantar message, terdetik di hati mungkin sahabatnya yang menelan panadol banyak-banyak.

“Dah tengok message belum.?”

“Belum sempat pun lagi..”

“Owh, takpe. Macam ni..” diri mula bercerita serba sedikit apa yang biasanya dilakukan doktor [read: mungkin akan dilakukan oleh doktor] berdasarkan pengetahuan diri ini yang cetek [tapi nak jugak tolong, haiz..].

Kaedah rawatan adalah pelbagai dan ia bergantung kepada keadaan patient yang datang dengan masalah sebegini. Jika duration pesakit mengambil panadol yang berlebihan masih dalam jangka masa 4 jam, rawatan secara IV (intra venous) biasanya dilakukan. Jika sudah melebihi 4 jam, rawatan cuci perut atau gastric cleansing [maaf, tak pasti term sebenar] akan dijalankan. Namun, jenis rawatan tetap bergantung kepada keadaan pesakit.

Saya bernasib baik kerana berbicara dengan pelajar yang datangnya bukan dari Kuliyyah of Medicine atau yang seangkatan dengannya, maka terma-terma biasa sahaja yang perlu digunakan. [read: maknanya kalau salah sebut term pun no hal, huhu.] Tetapi hakikatnya, jika melibatkan anatomical term, itu lebih mudah berbanding menyatakan body part dalam terma orang awam.

“So, macam mana dia sekarang?” Tanya saya ingin tahu dan sedikit risau.

“Hidung dia bleeding.”

“Heh?Bleeding lak?” Otak saya merasa pelik, apsal bleeding pulak hidung? Al maklum lah, saya memang bukan di bidang perubatan, tambahan pula, condition sebegini belum saya pelajari di tahun pertama. Akal mencari idea, paling kurang saya mampu memberi sedikit maklumat berkenaan hal ini kepada sahabat yang mengharapkan jawapan.

“Hmm..maybe ada bleeding disorder, kalau biar kadang-kadang boleh bawa kepada acute liver bleeding.” Dan perkara ini boleh fatal tak silap saya, jadi tidak saya nyatakan kerana kurang pasti. “Janganlah tangguh-tangguh, pi jumpa doctor lah. Takde apa yang kita boleh buat untuk dia, doctor je boleh sebab cukup equipment.”

“Ok, nanti bagitau.”

Perkongsian di atas sekadar peringatan buat saya dan lain-lain, kalau stress janganlah sampai telan panadol banyak-banyak. Panadol biasanya tak harm, nak-nak yang soluble. Silalah telan benda yang lagi dangerous seperti coke + panadol. Satu menu yang pastinya mampu buat anda pengsan dengan mulut berbuih. Faham? Barulah rock sikit kesannya.

Kanak-kanak biasanya, lagi ditegah, lagi dibuat. Yang disuruh, tak mahu dibuat pula. Maka, teknik terbaik, larang apa yang tidak patut dibuat, suruh apa yang patut dibuat. Ini eksperimen saya, dan ia positif.

Buat peminat coke di luar sana, jika anda masih menelan coke, saya nasihatkan apa kata anda telan sahaja pencuci tandas harpic. Kurang sedikit kesannya kepada badan berbanding coke. Yelah, kerana jika tandas dicuci menggunakan coke, ia akan berkilat bersinar mengalahkan harpic. Ketahuilah bahawa coke mampu membuatkan anda mandul. Perkara yang pernah dibincangkan dalam entri lepas, kemandulan bahasa [heh, takde kaitan lak].

Pengajaran kedua, sesibuk manapun, at least bacalah dahulu message yang diterima mana tahu jika ia penting. Sesal kemudian tiada gunanya. Teringat kata-kata Ketua Jabatan saya,

“SMS were made for things that can wait.” Means, if ade kepetingan apa-apa, silalah call, miscalled pun takpe, nanti saya call kembali.

Sejam kemudian saya menerima message selanjutnya daripada sahabat yang sama.

"Doctor bagi die ubat nama dequalinium chloride & tyrothricin. Macam mana?"

Erk..setakat manalah pengetahuan saya di bidang pharmaceutical pulak dengan nama chemical ubat. Sekadar boleh suggest beberapa nama ubat jika sahabat-sahabat mengadu tentang sesetengah penyakit, itupun kebanyakannya nama brand ubat, bukan chemical names. Perlu anda tahu bahawa, kebanyakan ubat mempunyai kandungan yang sama, cuma brand yang berbeza.

Faktor tambahan yang lain ialah, pesakit mempunyai pengaruh psikologi tergadap sesetengah ubat, bahawa jika dengan ubat sekian-sekian mereka akan sembuh, manakala ubat sekian-sekian tidak mampu menyembuhkan mereka. Walaupun mereka hanya diberi plasebo pills (pill yang berisi tepung semata, bukan ubat), mereka tetap sembuh. Inilah kuasa minda, minda memberi arahan kita menelan ubat dan pasti akan sembuh, maka sembuhlah walau sebenarnya tepung semata-mata.

"The doctor surely knows best. No worries."

Begitu ringkas balasan saya, saya tahu sedikit mengenai ubat tersebut, tetapi saya kurang pasti. Maka lebih baik diam. Di sini saya nampak, sahabat saya ini lebih rely kepada saya (sahabatnya) berbanding doctor yang lebih tahu tentang bidang ini. Kita lebih percaya kepada orang yang kita sangat kenal berbanding orang yang kita tahu pakar dalam bidang tersebut, walaupun kawan kita ni bukanlah tahu pun.

Kesimpulannya, tanyalah kepada yang pakar. Maksud saya, bertanyalah kepada mereka yang anda pasti mempunyai jawapan untuk anda. Sahabat saya tersebut, tersilap sedikit kerana bertanya kepada saya, tetapi pasti ada hikmah disebaliknya, tiada sesuatu yang dijadikan sia-sia.

Till then, only Allah who always knows best.

Wassalamu ‘alaikum.

p/s : saya menunggu jika ada sahabat yang ingin membuat perkongsian mengenai kes pesakit di atas, jua dialukan sebarang pembetulan. TQ.

25 December 2007

bicara yang berubah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam buatmu dengan rahmat Allah dan keberkatanNya. Pesan buat diriku, diriku, diriku yang selalu alpa dengan rahmatNya dan dirimu yang disampingku.

Mungkin kebanyakan manusia menuturkannya saban hari kerana ia adalah rutin dan adat, tapi moga kita tergolong di kalangan mereka yang menyampaikannya sebagai satu ‘ibadah dan jua do’a yang penuh kasih sayang atas rasa pengertiannya yang agung.

Ketahuilah salamku penuh makna, do’a buatmu yang tidak dapat kulihat dengan mataku, tetapi yang ku ingat dan kulihat dengan hatiku. Kau yang ku kenal atau tidak.

Hari-hari yang dilalui penuh ujian dan warna-warna kehidupan, yang pastinya menjadi salah satu tanda keagungan Ilahi buat hambaNya. Ujian yang mempunyai peringkat berbeza-beza buat setiap jiwa yang pastinya kadang kala menimbulkan pelbagai perasaan kecewa, marah dan kadang kala hingga hilang keyakinanmu kepadaNya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? "

Surah Al-Ankabut : 2

Manusia tidak akan faham apa yang kau alami, maka usahlah timbul rasa marah yang mengganggu hati. Kami manusia biasa yang kadang kala menafsir bukan dari mata hati, menilai dari apa yang tampak, tidak mampu menyelami. Maka tika itu ingatlah, hanya Dia yang menciptakan kita, yang memahami ciptaanNya lebih dari segala-galanya.

حسبي الله لأ إله إ لا هو

عليه توكلت

Moga diberi kekuatan di dalam kesakitan,ketenangan di dalam kegundahan, keimanan tatkala hati berbolak balik.

Pengharapanku hanya kepadaMu!

19 December 2007

S . A .C . R . I . F . I . C . E


P . E . N . G . O . R . B . A . N . A . N

Individu yang berbeza, pengertian yang berbeza, pengorbanan yang berbeza.

For eidul adha, it was a memorable sacrifice made by Prophet Ibrahim a.s. Celebrated on the 10th of Zulhijjah, the last month in Islamic calendar. Being born on this date made me think back again, the sacrifices I did throughout the year. May it boost my spirits, inshaAllah.

For those who performing hajj, taqabballahu minkum, ameen. Hoping to have a chance seeing baitul 'atiq one day, inshaAllah.

Well, don't forget to have takbir in these three days. Jangan hanya eidul fitri yang dibesar-besarkan, namun eidul adha disisihkan. If they were to be compared, takbir for eidul adha is required for 3 days continuously. Sepatutnya ia diraikan lebih meriah... Eidul fitri hanya sehari, bukan sebulan yang diamalkan oleh masyarakat kita. Hmm..

Salam eidul adha. Allahuakbar, waliLLahil hamd!

Wallahu'alam

p/s: I've started to mix the languages. Oh, my...

16 December 2007

ulil albab

When I was about leaving a friend’s room going to mine, I saw a friend acting a bit weird. She’s looking for something and walking around. I wanted to ask, but,

“Hmm, takpe dulu kot.” I talked to myself and I went to my room.

After a while she came into my room, look out through my window and a bit ‘mundar-mandir’ I should say. I was on my way to take ablution for maghrib prayer. To think that I have to ask why, I did not wait for any further actions and asked,

“My dear, kenapa ni? Tengok ape?”

“Erm, perasan tak matahari tu dah terbenam exactly at that point?” She answered me and showing her finger through the window.

“Yup, it was changing starting last November. As perasan sebab dulu cahaya matahari petang tak masuk bilik as, tapi since final exam dulu die dah berubah sket.”

I was a photophobic person naturally, my eyes cannot be exposed to light more than it could and I cannot open up the curtain if it is a bright day. My eyes are very sensitive to light, thus, when the direct light suddenly get through the window, it makes me wanted to see where is the sun located recently.

And then she told me on her story, the same goes to her (except the photophobic story). When the light exactly goes into her room, she became curious. And I got what she meant. I am thinking of the same thing one month ago and I have asked few friends, but no one replies me and left the question unanswered. It left me to forget about the sun for a while until this friend came and asked. Iforgot maybe because it has became a routine. I will discuss about the ‘routine’ things later.

“So, does it mean kiblat kite berubah?” She asked.

Erk, what I supposed to say. “My dear, I was thinking about the same thing tapi as pun tatau nak kata macam mana.” I’m giving her the true feeling of me. Nak wat camne, jahil jugak. Ilmu di dada tak seberapa.

“Kiblat kita kena tengok matahari terbenam la kan?”

“Supposedly..kiblat sekarang ni pun as guna kompas je.” Saying and looking at her. We both suddenly being in silent mode. Thinking, looking to the sun.

“Jom, nak pi amik wudhu. Pasni kan ada discussion.” Saya mula mengajak tidak mahu berlama-lama lagi.

We get together going out from the room. At the door, I look at her in a glimpse, looking at the other side and said to her, “Dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 190, sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pada penggantian siang dan malam, ada tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.” No further explaination from me hoping she would understand the meaning behind.

After maghrib prayer, I think again over this matter. Not exactly about the kiblat, but relating to the verse 190 of suratul Imran. How much have I looked over and ponder about the ayatullah (signs of Allah) from His creations. Everyday it was just a routine to look at the sunrise and the sunset, the trees and the rains that pouring, nak-nak musim tengkujuh ni and everything. Either it has given me the ‘ibrah to wonder about or it was just a meaningless routines which I follow everyday.

The same goes to the case of wearing hijab. We’re trained to wear hijab since our childhood which then when we grew up, wearing hijab is a routine without we realize we are actually doing the ‘ibadah to Allah. Doing it not assisted with niat, it was useless. Just because of routine. Alangkah ruginya!

Teringat perbincangan bersama teman dan seorang mas’ulah yang dihormati sabtu lepas berkisar tentang permulan awal an naba’ yang banyak menyentuh tentang alam semesta, yang jika diamati ‘alam ini, sepastinya bergetar jiwa-jiwa.

Kata Syed Qutb dalam kitab tafsir beliau, fil zilaal,

“Bangunlah. Lihatlah.Tolehlah. Fikirkanlah. Renungilah…sesungguhnya di sana ada Tuhan. Di sana ada tadbir. Di sana ada takdir. Di sana ada ujian, dan di sana ada beban. Di sana ada perhitungan. Di sana ada ganjaran dan sesungguhnya di sana ada azab yang perit serta nikmat yang besar.”

The monsoon this time, not just affecting kawasan pantai Timur, but also the other region such as Johor and Malacca. As in surah an naba’ itself verse 14-15,

‘Dan kami turunkan dari awan, air hujan yang tercurah dengan hebatnya,untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman.’

It shows the rahmah of the rains. But also it could come as a ‘bala’ (cannot find exact word in English). NauzubiLLah.

Pada ‘alam ada maksudnya tersendiri tentang kekuasaan Maha Pencipta buat mereka yang mahu berfikir. I really Allah hope that Allah will always help me in my way of finding Him, searching for the love which I long. And for you too, amen.

28 November 2007

cases for reference

Reminder : You might find this entry 'offensive' (read: something which is not useful), but try a hit first.


Those cases below are true cases happened to hundreds of IIUM students. Simple cases, but please read through (read: read patiently) to understand the values lie behind them.

Case 1

One message received.

“I think you can access some of your examination results by tomorrow.” A short message service received from a lecturer. I was about a bit curious, why is it very fast?

The day after today (read: tomorrow), I go and check my examination result. But it wasn’t there yet.

“Owh, maybe I need to recheck after 4pm.” My heart said. I waited patiently, I guess so do the other friends.

One day later, I was informed it will be available by 26th November. Ok, I’ll wait. It was a relief, at least I can do many things more in peace. In fact it was mix up with an inquiry to know, huhu. What a terrible feeling.

Conclusion: Still cannot access the result

Moral (read: reminder):

1- In life, things won’t always be as what is being informed.

2- We have to be very patient in everything.


Case 2

It was 26th of November. Everyone surely will be very nervous on getting their own results. It was a phrase given by a kelantanese friend, ‘lembik lutut’. Huhu. After getting ourselves very well tough inner side, we try to access the result, but what is only appear is ‘Result is not available’ in red font.

Then checked again, again and again. How many times, I cannot count. Okay, I can be patient. Wait a while more. Then I still rechecked as I am not learning what is the meaning of giving up. Well I really do hope that in reality, I am really not learning that sense of feeling.

Every time I get nervous (read: a bit nervous only, because I’m getting tired of being nervous) I will think back, do I really wanted to see the result now? It wills maybe destructs my mood and I will have no feeling to do other things.

But the case is I am still checking the result.

Conclusion: Still cannot access the result


Moral (read: reminder):

1-Dare to face even the hardest things in life.

2-Never give up!

3-Don’t just hoping, instead work hard for it and pray for the success.

4-You wouldn’t know until you try.

5-Sometimes, Allah did not give out something on time, maybe because He wanted to give us some more times to recite prayers.

6-Don’t stop praying!


Case 3

It was 4.30 pm when suddenly abang bie from Gombak campus PM me and said,

“How was your result? It was on. Most of Gombak students already can access theirs.”

“Eh, it is available already? I’ll go and check.” I said to him blissfully.

I then become very nervous, again. Just imagine the feeling of forcing yourself to look through something which is going to be hurtful or rather joyful.

Now, at the same page (read: log in page for result slip). Clicked and go. Guess what, a white empty page appeared.

“Oh, no, again? I say man (read: aiseyman).”

Then, I tried many times, again and again. Still not giving up? Yes I am. Until midnight I am still trying. As I go this far, I think I really need to learn back what is the meaning of giving up for me to stop for a while.

Conclusion: Still cannot access the result


Moral (read: reminder):

1- Force yourself to be able to face anything in life.

2- You really cannot give up.

3- Please inform your friend for the thing that you know they are waited patiently.

4- Share and spread the information. Sharing is caring.


Case 4

Since morning I decided not to retrieve the result. I was informed; it was the Kuantan students who cannot access the results. Thus, let it be. I think it was something which is cannot be waited. But then I tried once, the result isn’t appeared.

Then, I ask a friend in Gombak campus to inform this kind of problem to Gombak A & R (read: Admissions and Record) division. Thank you Aziz.

In the afternoon, for about before ‘Asr prayer I opened up the page again. Saje je maen-maen, dah agak macam takkan appear lagi. But it wasn’t as what I expected. Bang, the result is in front of me. I am not prepared; however, the result was already there. Yes, my eyes blinked.

“Oh God, here it goes.”

Too many subjects (read: 9 subjects only) to go through. I checked randomly because it was a feeling which we do not know where to look first. I look and look randomly wherever it is, until I reach the last subject in the list.

It was Islamic Worldview. Hey, how come the grade wasn’t there? Stated ‘result not available’. Eh, then how about the GPA? Owh, also not available.

I’m become worried. The result wasn’t as expected to be. I’m quite depressed. A friend suggested to me to guess a moderate grade (read: he suggested B) and try to count up the GPA. I tried and I am not happy with the GPA.

I waited a little longer, then I try to access again, Alhamdulillah the grade was there. Much more than it was expected to be. I counted the GPA again, and I am very happy. Some of the grades made me sad, but then the GPA heals me lots even though it lower (read: kurang 0.172) from the targeted GPA. Overall, syukur!

و شكر الله الحمد لله!

لا حول ولا قوة الا بالله

Conclusion: Result retrieved, but no GPA yet (read: kire sendiri le).

Moral (read: reminder):

1- Have a buddy to accompany you in anything. You will be at least a little stronger.

2- Be prepared always, because we don’t know what is coming towards.

3- Hope for the best, prepare for the worst. I learn this from RAFEST ‘06/07 when I conducted one of the programmes.

4- Make actions if you wanted something to change. (Read: kalo takleh access result silelah report. Jangan duk tunggu je. Isk.)

5- Allah won’t easily give us something we want, instead He always give the best out of it.

6- Don’t forget to always be a grateful servant of Allah. Alhamdulillah wa syukru liLLah!

7- Cheer up for the future incoming. Be prepared, keep praying and gambate!

والله أعلم با لصواب

27 October 2007

the hopes..

the final exam is finally reaching us..

InshaAllah by this morning we will be having the first final examination paper, nine papers to be done, nine of us.


a message from ustaz hasbullah, lecturer of islamic worldview

My Hope

1. Dont make exam is everything ..... but then, after exam you will get nothing ....
2. Always depend on Allah .... WHO will guide the eximiner to evaluate your answer and performance justly with the spirit of rahmat.... Be closed to Allah , Allah will be closed to You more than yourself.....
3. Be sincere in your study, you will be blessed later on..... soon or future life...

I do my Best and YOU do your Best and ALLAH manages the REST....

Good Luck.

Ya Allah, lapangkanlah hati-hati kami, permudahkan segala urusan, berikan kekuatan, ketenangan dan keyakinan yang mantap kepadaMu..
aku pohon dengan sangat, pohon dengan sangat..pohon dengan sangat..
Rabbi yassir, rabbi yassir, watammim bil khair..ameen.