30 July 2008

COntradiction

Bilik sangat kemas, meja sangat bersepah.

COntradict amat. Sindrom apakah ini..?

Adakah sindrom fikir masalah atau sindrom assesment..? Sindrom assignment atau sindrom report..?

He.

Meja bersepah pun, at least bilik kemas eh :D

Eccentricity

Dua orang budak menunggu dengan penuh sabar di kelas. Dahla datang awal, macam biasa :D

"Eh apsal depa sume ni lambat lak datang kelas hari ni." Sambil merenung jam dinding yang menunjukkan angka 2.00pm tepat. Tuan punya suara sudah tidak tahu berapa maqra' Qur'an sudah dihabiskan. Kebetulan hari ni datang sangat awal bersama temannya.

Juga hairan kenapa pensyarah belum masuk mengajar.

Hairan punya hairan, sambung baca Qur'an.

Si Teman selaku ketua kelas rasa tak sedap hati. Dibeleknya fail, dibukaknya jadual.

"MasyaAllah, takde kelas la petang nih!" Heh, patutlah takde sapa datang kelas.

Inilah natijahnya apabila jadual bertukar-tukar setiap minggu.

Hampeh~tak pernah-pernah ada orang rajin benor pi kelas, takde kelas pun pergi jugak. Hisy..


nota: kami mempunyai jadual kelas sehingga minggu ke-19, setiap minggu pasti tidak sama. Isk3..
Pastu pakat gelak dengan teman sekelas yang laen apabila rahsia bocor :D Itupun lepas kena gelak dengan pensyarah-pensyarah yang tanya apa yang dibuat di kelas sedangkan takde kelas. Keh keh keh :D

28 July 2008

Misi minggu ini!

Bagilah sakit apa pun,
InshaAllah boleh tahan.

Tapi..

Memang daku kalah teruk dengan flu + fever + cough
sejak zaman batu lagi.


Suhu badan makin naik
risau..
Dulu sume orang cepat baik dengan zyrtec
sekarang sume macam tak jadik je

Risau..
sebab warded khamis surgery jumaat,
pasti semua akan kansel jika

masih lagi on fever.

Tadi telan peel fresh sekotak
lepas bukak puasa dengan dia
sebab katanya akan cepat kebah, inshaAllah

Teman, terima kasih atas genggaman erat,
panaskan tangan daku yang beku ;)

Fever + flu + cough
perlu jugak psycho
supaya tak makin cepat teruknya.

Jadi misi minggu ini,
mesti kebahkan segala flu + demam+ cough
sebelum khamis!

Semoga semua yang sempat ku temui sebelum ini sembuh dari demam!

Syafakumullah syifaan ajilan

Matematis Muda, Didiey, Kiniey, Zawanah, Jaie dan sume2.

Virus sedang tersebar di UIA kah..?

MM
, misi kita sama, tapi tujuan kita berbeza :D

27 July 2008

Psycho

Ketika ke walimah seorang kakak ass. lecturer di KAHS terlihat seorang kanak-kanak jatuh tersembam. Die senyap kaku dan daku segera menghampiri. Cuba memimpinnya untuk bangun. Dia mula hendak menangis kerana lututnya tidak boleh bertahan, dan pastinya sakit.

"Sikit je adik, sikit je, tak sakitlah." Pujukku a.k.a cuba bagi psycho.

Kakak-kakak yang laen segera menghampiri dan mengulang kata-kataku apabila dia mula menangis. Aku nampak sedikit luka, tapi buat tak tahu.

Dia kemudian terus berlari-lari dan tak menangis lagi. Hu. Bagus.

Itu sekadar contoh. Kanak-kanak besar macam kita lagi bagus jika nak aplikasikan benda ni. Kalau kesakitan cuba psycho diri sendiri dengan wat tatau je kesakitan tuh. Go on with your life, do your activities as usual. Kalau kita stop sesuatu sebab kita sakit, kita akan rasa lebih sakit.

Sibukkan diri dengan banyak perkara, inshaAllah akan lebih mudah lupakan sakit :D

Ketika praktikal di hospital pun saya lihat lebih ramai kanak-kanak yang tahan sakit dan tidak mengeluh berbanding orang-orang besar yang banyak merungut sakit. Tak salah mengaduh sakit, cuma saya kagum dengan jiwa kental kanak-kanak :)

Maka, jadilah saya seorang kanak-kanak, masih, hingga kini!

24 July 2008

If yOu read mine

Teman, ke mana kamu?

Jangan kau cari daku
aku pergi mencari damai duhai teman
tiba masa kan ku pulang

Yang patut itu memang perlu dilakukan
Tapi perlukah setiap yang patut itu disegerakan?

Tuhan,
aku buntu dipersimpangan pilihan
hanya padaMu segala pengharapan
dan penyerahan..

Teman,
andai kau membaca ceritaku,
aku mohon doa darimu
moga diberatkan hati pada yang terbaik
di sisi Tuhanku!
--------------------------------------

"Tolong sign attendance untuk As ye, I won't be in for our classes today, still stucked kat hospital."

Khidmat pesanan ringkas (KPR a.k.a SMS) untuk teman 3-4 kali sepanjang minggu ini. Untuk mass lectures sahaja boleh praktikkan pesanan begini. Sebab agak susah hendak ketemu pensyarah mass lectures dan sampaikan surat dari doktor, jua bilangan pelajar yang ramai takkan tampak jelas akan ketiadaan saya.

Sangat mudah tandatangan saya, nun wau ra, garis. Siap. Lagipun di dalam kelas, bila sampai attendace sheet pada saya, biasanya sudah siap bertandatangan. Pastinya kerja kawan-kawan. Nakal.

Untuk course lectures, sume saya akan sertakan surat doktor kerana hanya kami bersembilan, pasti jelas nampak ketiadaan saya. Biasanya pensyarah akan letakkan 'with apology' setelah mendapat perkhabaran sebab dari teman sekelas. Kata pensyarah, tidak perlu surat doktor, mereka faham keadaan.

Namun hati tetap gundah, betul kah tindakan itu untuk mass lectures. Mungkin susah hendak fotokopi surat doktor dan serahkan kepada setiap pensyarah mass lectures yang sukar ditemui itu. Makan masa. Tapi benarkah dan bolehkah tindakan itu.

Walaupun konsepnya sama, ketiadaan di kelas itu dibenarkan atas sebab yang kukuh, namun mohon pertolongan teman untuk tandatangan itu benar atau tidak..?


p/s: isi entri tiada kaitan dengan nukilan di atas, harap maklum.

The countless love

"sayang berpanjangan
membawa ke syurga kasihnya ibu.."

Mum's instinct is always the best.

Redha itu yang selayaknya. Takpun cuba slow talk lagi walaupun da ke berapa kali.

Manalah tahu..




'Bertahan bertahan bertahan!'

23 July 2008

Triple C

some of the cup cakes

Today is my first attempt on decorating cup cakes for a birthday boy, coincidencely early this morning. First attempt, somehow very interesting. For a birthday boy, so it's quite 'cartoon'.

Then going to the hospital, to the clinic, after that went back to IIUM. Quite suprised to see a compound note on my desk. Offence number 33. Erk..

I asked few friends who are in the same course with me, luckily everyone got the compound notes! Huu, quite happy. Means we are not guilty, just a misundertanding.

taken before dealing with Mahallah office

Nampak sikit because there are only 7 of us, sisters of RDI, second year.

After a slow talk with Mahallah office explaining the conditions, seems that we still need to give an appeal letter. Eventhough we are not found guilty, but they said that they cannot cancel the compound notes because they're already been issued. Oh my..

"Yati tak kisah nak bayar, tapi geram sebab kita tak salah.." She said to us.

I understand, perkara yang remeh menjadi satu perkara yang besar jika tidak diselesaikan. Dan yang remeh-remeh inilah membantutkan kerja-kerja lain.

Entahlah...too much protocols and procedures, making simple things become complicated. But, it's okay, everyone just doing their jobs, but I believe there should be some considerations on certain conditions, and also exceptions. Hmm..

p/s: Triple C stand for Cup Cakes, and Compounds :D

Kuliyyah Interaction Day (KID)

They are getting ready to beat the students!

Overall, our group won the 1st runner up!

More news on KID 2008, click here

22 July 2008

Big girl don't cry

I dun wanna do the surgery

Lots of obstacles

Im giving up.

" But I've got to get a move on with my life
It's time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry
Don't cry
Don't cry

The path that I'm walking
I must go alone
I must take the baby steps 'til I'm full grown, full grown
Fairytales don't always have a happy ending, do they?
And I foresee the dark ahead if I stay"

-Fergie - Big Girls Don't Cry

21 July 2008

Astigmatism

Malam itu kami selesai makan, tujuan seterusnya menuju ke daerah yang belum kami terokai di malam hari. Mengambil dia di Amansari.

Memikirkan itu, aku menyapa seorang teman sekolah yang sama-sama ada,

"Ayu, tolong drive ah."

"Tamau tamau." Katanya. Mungkin fikirnya aku saje-saje.

Maka panduan bermula, dari pinggir bandar, ke bandar hinggalah masuk kawasan kampung tidak berlampu jalan. Namun kereta bersimpang siur, mungkin dari JB atau Pekan menghala ke Kuantan.

Ketika itu, mata melihat segala jenis lampu menjadi pecah-pecah. Yup, aku dah agak. Pandangan mata menjadi sangat terhalang dek kerana silau lampu kereta daripada hadapan. Mereka-mereka hairan.

Ya, memang aku astig. Dek kerana itu aku mohon dia pandu. Dia yang mengambil jurusan optometry sudah berleter di belakang mengenai astig.

"Eh Ayu lupa ke buat-buat tak ingat ni, orang memang ada astig."

Bila panduan mula dasyat, aku berhenti di tepi jalan.

"Ayu, drive please." Kataku risau membawa nyawa sahabat-sahabat.

Aku, memang kalah memandu waktu malam, melainkan dalam empat keadaan:

i) Panduan dalam bandar
ii) Kawasan berlampu jalan
iii) Terpaksa
iv) Tempat familiar

Selalu aku memandu, dalam keadaan terpaksa dan dasyat. Biasanya kesakitan yang membawa situasi sebegitu. Setiap kali sampai ke destinasi, pasti aku sujud syukur kerna Tuhan selamatkan aku sepanjang perjalanan, terutama jika aku berseorangan.

Jika kenang-kenang kembali, terasa seram sejuk di hati, bagaimana aku masih boleh survive. Cuma satu yang aku pasti, Allah memerhati dan melindungi!

18 July 2008

Bismillahi tawakkalna 'alaLLah

Tajuk entry, credits kepada seorang sahabat lama, teman berjuang.


Everything happens for a reason
, as always. Cuma hari ini, kisahnya berbeza, dan fikir sendiri reason-nya.

Termenung seharian selepas ketemu dia, dia yang baru selesai menyahut seruan Hari Jumaat di Masjid UIAM. Dia yang pertama kali dikenali 7 tahun lepas di Ortho Clinic. A great coincidence to meet him, haven't once meet him outside the hospital, apatah lagi di UIAM.

Dia, minta update terkini. Aku, menyatakan kesediaan melakukan penukaran hospital, kembali memberikan kepercayaan kepadanya.

"Kita buat surgery." Dia putuskan.

"I was informed the surgery this time around, gives fast recovery." Sebab dah few times lari dari previous surgery. Insaf, sangat!

"Tapi lepas surgery kena pakai tongkat. Full recovery 6 weeks, surgery recovery 2 weeks."

Lamanya, dan daku terdiam. Nak kena atend classes, nak pergi bilik air, nak gerak ke mana-mana, dalam UIAM banyak tangga, bilik pun kat 4th floor.

Dia menyambung, "Book terus, by this Thursday we can have the surgery. I'll discharge you on the same day. Tapi jangan balik rumah tau, you kena daily care from hospital."

Daku terdiam lagi. Means, stay in UIAM. Means, kena pergi balik hospital frequently. Sape nak jadi driver?

"Dr, inshaAllah next week we see how, we discuss later." Aku sudah mula banyak berfikir. Takkan nak wat next week, many things to be prepared.

Maka, sejak lepas solat jumaat, keje termenung bermula. Era menyusahkan sahabat-sahabat secara dasyat akan kembali. Sebelum ini hanya dalam waktu yang singkat, 8th April-13th April. Kali ini memerlukan pengorbanan yang lebih besar, from myself, and friends.

Termenung dan termenung, segala kesan buruk difikirkan. Kesan baik tidak dinafikan. Hampir give up. But, no pain no gain. Teman seperjuangan mengingatkan, tiap sesuatu memerlukan pengorbanan. Rasa terbangkit untuk lebih kuat.

Maka, muzakarah. Mohon pendapat dia, tanya kesanggupan dia buat kali ketiga, nasihat dia dan persetujuan dia untuk membantu. Paling penting, kata-kata mereka, dua kasih abadi ibu dan ayah.

Plan kena cantik, semangat kena kuat. Paling penting, sampai masa, redah semua. Pahit, perlu ditelan. Kita, bersama!

Dulu, degil, tak mahu sebarang bantuan tika di wad, namun Allah terlebih dahulu mengatur segala perkara. Semakin dalam mengenali erti persahabatan dan pengorbanan. Kita, manusia, akan lebih menghargai persahabatan bila adanya pengorbanan. Terima kasih sahabat, you say it loud in front of crowd.

'Dalam UIA banyak tangga, jarak jauh, bilik pun kat 4th floor, nak kena atend classes, nak pergi bilik air, nak gerak ke mana-mana, exam midterm, nak berulang ke hospital....macam mana nak hadapi..' <-- The growing list. 'Jangan peduli pasal growing list.'

Kamu, thanks for the great words --> 'people dont care how much we know untill they know how much we care..'

Semakin difikir, hati terharu, pergantungan hanya padaNya. Mari kita, bismillahi tawakkalna 'alaLLah.


16 July 2008

Iron woman

Bola mata tepat ke depan kelas
Pandangan semakin kabur
Tangan menggigil digenggam erat
Airmata jatuh jua
Terharukah daku dengan ajaranmu guru?

Owh, aku sebenarnya sedang hebat
menentangmu,
kesakitanku!

Sungguh dugaanMu Tuhan
dan aku, wanita besi!

10 July 2008

Senario

Mereka cakap,
"2nd year, tahun tough bermula.."

Tapi rasa sama aje, tOugh sejak mula semester pertama ;)

Mereka cakap,
"6 subjects, tapi susah tau.."

Tapi, aku 11 subjects, masih rasa tenang. (motivate diri untuk tenang, bersyukur kerna ia tidak lebih daripada itu)

Mereka cakap,
"Ala, buatlah kelas time laen. Jauh gap daripada kelas sebelumnya."

Kami, redha aje. Kelas penuh sepanjang hari, tara boleh tukar-tukar lagi.

Mereka cakap,
"Taknak pergi kelas petang ni, tak larat lah."

Aku, kesakitan menggila setiap masa, tapi tetap hadir di kelas setia.

Mereka cakap,
"Isk, tak cukup masa lah nak buat assignment. Tak sempat nak revise untuk exam!"

Aku, sibuk ke hospital jumpa doktor setiap masa, salu sakit tiap masa, aku banyak masa pulak ye? :D

Kamu dan aku, ingatlah, penat jika sentiasa banding itu ini. Aku ingatkan diriku, teman, tolong ingatkan aku jika aku mungkir. Kau susah, fikirlah, ramai yang lebih susah. Redha dan sabar itu sebenar-benar syukur, ini yang aku fikirlah..

wallahu'alam.

6 July 2008

Upgrade from Boyriend 5.0 to Husband 1.0

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I’ve tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate Housewife

Reply:
Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:
Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download
Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,

IT Support

~From a senior

5 July 2008

Mereka Permata

"Cuti sampai bila?" Tanya ayah tengah hari tadi.

"He, esok balik.." Jawab saya sambil senyum. Ayah geleng kepala, agaknya pening tengok anaknya sekejap ada sekejap takda.

Saya baru pulang ke rumah semalam dari UIAM. Jadualnya cuti semester bermula 8 April hingga 6 Julai. Tapi selepas 15 April barulah saya pulang ke rumah dan sejak 2 Jun saya telah menjadi biskut Chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada di rumah.

Ibu pun geleng kepala. Dan sebelum ini terpaksa saya berbincang dengan ibu sambil memegang kalendar demi untuk memahamkan beliau akan keadaan saya. Ke mana saya pergi, kenapa saya pergi.

Sejak saya asyik meninggalkan rumah 2-3 minggu yang lepas, ayah sangat sibuk. Keluar pagi balik di tengah malam. Jika sekali sekala saya pulang, pada hari saya ingin kembali ke UIAM, pagi-pagi lagi saya akan berlari mengejar ayah sebelum ayah ke tempat kerja. Saya cium tangan ayah, mohon maaf dan ucapan terima kasih. Itu rutin.

Sewaktu saya di bangku sekolah harian, guru saya pernah berkata,

"Mesti kamu kekurangan kasih sayang ayah, kan. Sebab jarang jumpa." Kata-katanya kerana ayah saya sangat sibuk, saya juga banyak masa dihabiskan di luar rumah untuk kelas-kelas tambahan dan aktiviti sekolah.

Saya terkejut kerana dihukum sebegitu. Guru, aku mahu kau tahu, kasihnya ayahku, tak pernah aku rasa kehilangan. Bukan kuantiti jadi pengukur, tapi kualiti!

Sejak tinggal di asrama, makin berkurangan kekerapan saya berada di rumah. Ditambah lagi dengan Program Latihan Khidmat Negara seminggu sejurus selepas tamatnya peperiksaan SPM. Jika dikira semula, sejak 6 tahun lepas, cuti kali ini adalah paling lama saya berada di rumah, sebulan setengah!

Dalam sebulan setengah tersebut, saya banyak seorang diri di rumah. Ibu pun sibuk dengan aktiviti beliau sendiri seperti mencurahkan ilmu pada kanak-kanak dan pergi menuntut ilmu. Sibuk bagaimanapun, waktu tengah hari, ayah dan ibu akan ada di rumah. Segalanya ibu siapkan terlebih dahulu. Bagi ibu, rumah mesti beres, baru boleh keluar. He.

Kadang saya kesal apabila mempunyai kereta sendiri. Jika tidak ibu ayah akan menghantar saya pulang ke Universiti. Dan saya banyak berkongsi cerita sewaktu dalam perjalanan. Dan kadang saya kesal dengan adanya kapal terbang. Sejak saya belajar di Pusat Asasi UIA di PJ, perjalanan pergi balik saya tidak lagi dihantar ibu dan ayah.

Heh, banyak perkara jika dibilang membawa kesalan, namun janjiNya setiap sesuatu membawa hikmah, antara tampak atau tidak, tersurat atau tersirat. Itulah sifat kasih sayangNya terhadap hambaNya yang kemudian menyubur di hati para ibu dan ayah terhadap anak-anak mereka.

Besarnya hati ibu dan ayah terhadap anak-anak, sama ada dapat dihitung dengan mata atau tidak. Dan kita pasti takkan mampu mencapai tahap itu!

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): 'Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidikku semasa kecil."
[al-Israa': 24]

p/s: Saat saya menulis, ayah masih sedang bekerja. Bekerja untuk Petronas. Pesanan khas buat semua, kakitangan Petronas bekerja keras untuk rakyat, jangan salahkan Petronas atas kenaikan harga minyak. :D ~Owh dengar cerita ramai kakitangan Petronas turun untuk protes esok~

bye bye freshie

Next week inshaAllah I will be officially a 2nd year student. What a long time to go, phew...As what Ibu said,

"6 tahun study, lamanya nak tunggu kakak kawen.."

Heh, 6 years needed just to complete a degree programme, and I've passed through half of it. Chayyok!

I am the 4th batch of KAHS (Kuliyyah of Allied Health Sciences) altogether with my other 58 fellow classmates. To review back from the previous year of academic session, alhamdulillah I've completed 20 subjects to include the Kuliyyah required subjects and University required subjects.

And for my Kuliyyah, the subjects are divided into two: BHS required subjects and Department required subjects. Even though in my kuliyyah we are separated into 4 courses, we still have a mass lecture where everyone of us from all departments will be in the same class. There are also classes where only two departments will be together and et cetera. For some BHS (Basic Health Sciences) subjects, we combined with students from other Kuliyyah.

I still remember during our 1st year, 1st semester, we are the first batch from KAHS to have EAP (English for Academic Purposes). Kind of subject which require students to have a course-related mini tesis (copy paste from what Mdm Yati said). The time when I went to KOS (Kuliyyah of Science) with Sakini to discuss on this matter especially the class arrangement and so on, Mdm Yati was very surprised knowing that we have to have this subject during the 1st year 1st semester. (tapi sebenarnya macam tak pelik pun, maybe because we cannot choose general topics, but spesifically about our course..hmm, no comment)

It is a subject which only will be taught during the 3rd year of academic session where we already have a strong understanding on our own courses. But, at last we still take it and have it with a great pleasure in mind. Surely because of the great teacher we have, she is great man! And because of EAP, we know very well the KOS building. That was an advantage aite? :D

For RDI (Radiography & Diagnostic Imaging) students, we already facing a hell during the first week of study. 9 subjects with 1 subject known as medical exposure where we need to travel all the way to Temerloh along the semester. A hectic life with 7 days of classes, day and night. Also classes with seniors. Hey, they are our classmates beb! Yes, during the first semester we already took the 2nd and 3rd year subjects.

A hectic life begin and what I always see among my RDI classmates, is the tears of pressure for the whole year of academic session. Sometimes they are too tired, too weak to hold, and most important at least they wanted a day off. Erk, you see me writing 'they' and not 'we'..why..?

I'm being a different me, also no tears just a smile, always. My job throughout the year is to calm my fellow classmates and acting as a very cheerful person. Yup, lakonan terbaek indah. To think of if everyone is in miserable condition, then who would be as the water to them.

I always heard people from other departments (audiology, optometry and dietetics) saying that they are lucky enough not to be as RDI students. Hehe. And I know they pity on us. So the bad condition remain until the 2nd semester with 11 subjects. Even while waiting for the bus to go the hospital they are still on tears. Oh my..

Some friends are curious on my changing, my attitudes, my behaviour. Maybe due to the hectic lifestyle + hospital as the 2nd home. But I guess, after the hospital admission end of the 2nd semester and the 2 months holiday give a remedy to me. Healing the soul.

From the seniors, they always said that RDI is different. For other courses, 2nd year is the kick off for a tough academic session, but for RDI, it's all begin since the first year. Thus, Im not seeing this coming new academic year will give a new challenge to us, but it is another tough year for us. Our lecturers have already informed us how 'hell' this time would be and how hectic everything will be with 7 days classes. But we don't want to hear anything anymore, we'll see what will happened. And for me, I will be remain in high spirits! InshaAllah. The whole year taught me lots, and now come another, there's a need of facing everything with a big heart, as always. :)

Anything that comes to yOu, it is only the matter of adopting and then adapting things. Semua benda susah, tiada yang mudah, tinggal kita untuk memilih merasa susah atau enjoy kesusahan itu.

Teringat Mawar Merah selalu cakap,

"As, kita takda masa nak do something or go somewhere either to release pressure or to enjoy our day. So, kita enjoy je dengan segala assignemnts, quizzes and exams nih k."

Saya angguk dan saya memang faham. If refer to my previous entries, I've stated how hard it is to have lots of assignments at the same time with the examinations and quizzes. Also exams almost every 3 weeks, quizzes every week. But, it is the matter of enjoying what yOu have, syukuri what yOu got, regardless how hard it is because that is the only way to have a peaceful heart, a peaceful mind.

I always thinking of to have this pain out of me, as the pain really distract my attendance to class, my examinations results and so forth. I really regret this part, but to know that pain is a pleasure, I remain cool. A big heart which become smaller and smaller, I hope i could cope with it :D Fighting!

4 July 2008

wanita, pendokong lelaki

for him and for her

nota: Kajian adalah mengenai lelaki dan wanita, gambar mungkin tiada kena mengena. Credits kepada jururakam dan tuan punya perakam

Kata Ibu,
"Berdirinya lelaki kerana sokongan seorang wanita.."

Setuju!

Lama sudah ingin menulis entri ini, namun pengkajian dilanjutkan, perbincangan juga dilakukan. Ok, deal!

Lelaki akan kurang tersusun dalam melakukan sesuatu tanpa wanita berdiri disisinya. Regardless siapa wanita itu- ibu, isteri, pembantu, assistant, KSU, sahabat atau sebagainya.

Bila dikaji, lelaki yang terkecuali hanyalah lelaki yang multitasking.

Owh, saya sangat respect lelaki yang multitasking, sangat susah nak jumpa. Biasanya lelaki hanya boleh fokus satu perkara satu masa. Dan lelaki juga mudah serabut dengan perkara kecil, atau memandang remeh perkara besar. Perkara-perkara yang kemudiannya akan dilengkapkan oleh wanita sebagai pendokong utama.

Lelaki, percayalah, memang kamu mampu lakukan sesuatu. Namun kamu bisa lakukan dengan lebih baik bila adanya dokongan wanita. Erk, sudah tentunya wanita yang boleh diharap, again, regardless siapakah wanita itu.

Owh jangan terasa kamu-kamu yang bukan tergolong di dalam kategori ini. Ia hanyalah sebuah episod kajian dan perbincangan yang akhirnya Cik Secretary mohon publishkan. Perlu diingat, setiap jatuh satu perkara, tetap ada pengecualiannya. Jadilah kamu yang ganjil! :D

P/s: Kejadian kita adalah untuk saling melengkapi, pls remember this!